Home » 130 Juta USD Untuk Gundam Metaverse

130 Juta USD Untuk Gundam Metaverse

Gundam Metaverse

Pengguna akan dapat membeli Gunpla secara fizikal untuk berinteraksi dan bersaing dengan pengguna yang lain diseluruh platform digital.

 

Bulan lepas, Bandai Namco Holdings mengumumkan telah melabur 15 Billion Yen (130 Juta USD) untuk membangunkan Metaverse bertemakan Gundam. Syarikat Bandai telah menyampaikan maklumat lanjut mengenai projek itu pada sidang akhbar Gundam pada Selasa.

 

Bagaimana Ia Berfungsi?

Di dalam sidang akhbar, Bandai menyatakan platform Metaverse adalah “fusion” antara perkhidmatan fizikal dan digital. Pengguna dapat membeli Gunpla melalui platform yang disediakan dan secara langsung dapat memuatnaik gambar serta data Gunpla. Para pengguna boleh  menggunakan data ini untuk berinteraksi atau “bertempur” dengan pengguna yang lain.

 

Platform ini mengumpulkan semua kategori harta intelek Gundam seperti mainan, anime, muzik, koloni maya & setiap dari kategori tersebut menyediakan perkhidmatan tersendiri. Sebuah koloni Esport akan dilancarkan pada 2022 yang memfokuskan kepada permainan Gundam Evolution dan Mobile Suit Gundam : Battle Operation 2. Koloni akan dihubungkan melalui ruang hub yang dipanggil “Side-G”.

 

Gundam Metaverse

 

The Gundam Base Gunpla Colony Store

Pada tahun 2021 VR Gunpla Store telah menjalankan ujian di The Gundam Base. Sehubungan dengan itu, laman rasmi The Gundam Base Gunpla Colony Store pula akan dilakukan ujian pembukaan pada musim luruh sebelum dilancarkan pada tahun 2023. Bandai menyasarkan untuk mengendali Metaverse berskala besar menjelang tahun 2025.

 

Menurut pengurus perniagaan Gundam Kо̄ji Fujiwara, butiran terperincinya masih dalam proses perbincangan. Termasuk samada Metaverse dapat diakses melalui telefon pintar dan PC. Maklumbalas dari peminat akan diambil kira semasa fasa ujian dijalankan. Bandai juga berharap dapat menggabungkan hasil ciptaan peminat & syarikat luar dari Bandai sendiri ke dalam Metaverse ini.

 

Nikkei Asia melaporkan bahawa projek Gundam Metaverse akan mencipta pangkalan data untuk menyatukan dan berkongsi data pelanggan antara syarikat Bandai Namco.

Sources: Gundam Conference, Press Release

 

Baca Juga : Apa Itu Metaverse

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.