Kisah The Stock Market Emperor – Joseph Granville

Kisah The Stock Market Emperor, pernah dengar nama Joseph Granville? Anda pasti akan dapat manfaat dari legasi yang ditinggalkan oleh beliau. Joseph Granville adalah salah seorang forecasters yang berpengaruh pada awal tahun 1980-an. Rekodnya sangat baik pada penghujung tahun 1970-an dan di zaman kegemilangannya beliau mempunyai kuasa untuk menggerakkan pasaran. Apa yang berlaku apabila kata-kata dari seorang lelaki mampu mempengaruhi ribuan pelabur? Pada pukul 6.30 petang, 6 Januari 1981, Granville memberitahu 3,000 orang pengikutnya yang terdiri dari kalangan pelabur di seluruh dunia dengan ayat,

“Sell the market, sell everything.”

 

Keesokan pagi, broker dibanjiri oleh sell orders dan Dow Jones Industrial Average (DJI) turun dengan mendadak, 3 kali ganda kejatuhan yang berlaku ketika Black Thursday 1929. Isyarat jualan Granville telah mencetuskan panik dalam pasaran kewangan dunia. Granville dijulang seperti rock stars. Seminar yang diadakannya sentiasa mendapat sambutan hangat. Granville mengatakan, ramai orang yang menganggap beliau empat kali lebih berkuasa dari Federal Reserve (Bank Pusat Amerika Syarikat). Tidak dapat dinafikan, ramai pemain pasaran yang bertindak atas nasihat beliau.

Pada 22 September 1981, Granville memberitahu bahawa Tokyo Exchange sudah topped out. Hari berikutnya, pasaran menurun dengan ketara. Seterusnya beliau memberi amaran melalui radio London bahawa saham British boleh jatuh ke tahap yang tidak pernah dilihat selama 7 tahun sebelumnya. Hari berikutnya, kata-kata Granville terbukti benar!

 

the stock market emperor joseph granville

Latar Belakang Granville

Apa rahsia Granville? Dalam buku autobiografi miliknya, The Book of Granville (1984), beliau menceritakan bahawa bapanya, W. Irving Granving telah kehilangan wang sebanyak $ 100,000 (dana yang dipinjam dari keluarga) semasa kejatuhan pasaran saham 1929. Pengalaman bapanya yang sangat dahsyat telah membuatkan Granville lebih sensitif terhadap realiti ekonomi. Selepas menamatkan pengajian di Duke University, Granville diterima kerja di E.F Hutton & Co. sebagai penulis market letter. Melalui market letter, beliau mula membina reputasinya sebagai penulis di E.F Hutton & Co. dan tulisannya dibaca oleh ribuan pembaca.

 

Sumbangan Granville Dalam Dunia Pelaburan

Joseph Granville adalah salah seorang pelabur profesional terawal yang mempopularkan penggunaan indikator berbanding fundamental analisis. The Stock Market Emperor ini telah menjadi penganalisis teknikal yang dihormati pada zamannya. Anda boleh teka apakah indikator yang diperkenalkan oleh Granville? Indikator ini digunakan secara meluas sekarang. Ia adalah On Balance Volume (OBV). Granville telah menulis sebanyak 19 buah buku termasuk pada tahun 1976 di mana di dalam buku tersebut beliau telah meramalkan bahawa bear market akan terjadi pada tahun 1977-1978. Ramalannya sangat tepat, Dow Jones Industrial Index telah jatuh sebanyak 26%. Rakan kolejnya, Robert Stovall menggambarkan Granville seperti seorang emperor dalam pasaran pada masa itu. Jika beliau menurunkan ibu jari, pasaran akan jatuh.

 

the stock market emperor joseph granville

Kejatuhan Granville

Malangnya, pada tahun 1980-an ramalan Granville mengenai pasaran semakin tidak tepat. Beliau menulis market letter yang memberi amaran tentang bencana pasaran saham pada awal tahun 1980-an. Granville meminta para pelabur mengambil position short untuk memanfaatkan kejatuhan pasaran. Walau bagaimanapun, pasaran bertindak balas dengan arah yang bertentangan dari ramalan beliau. Granville terus memberi amaran bahawa apa yang berlaku hanya bubble yang sedang menunggu masa untuk pecah. Pada tahun 1984, Granville sekali lagi memberitahu bahawa kejatuhan pasaran sudah semakin dekat. Akibatnya pengikut beliau terlepas peluang membuat keuntungan dari bull market pada tahun 1980-an. Reputasinya sebagai penggerak pasaran telah rosak.

 

Pengajaran Dari Joseph Granville

  1. Tumpuan terhadap risiko (bear market) dapat mendidik kita supaya sentiasa berhati-hati dan berdisiplin dalam pasaran.
  2. Peraturan dan prinsip dagangan dapat membantu anda.
  3. Versatiliti, fleksibiliti dan berfikir di luar kotak.
  4. Usia hanya angka. Ketika Granville menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-77, beliau memberi amaran tentang kejatuhan pasaran saham pada tahun 2000 (Dot Com Bubble).
  5. Tidak kira betapa berjayanya anda, sentiasa menjadi pemurah dan peramah.

 

Jangan lupa ikuti channel telegram Market Demon 

Baca juga : Peristiwa Kejatuhan Pasaran 1987

“It doesn’t matter what they say, so long as they spell your name right”

 

 

1 thought on “Kisah The Stock Market Emperor – Joseph Granville

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!