Malaysia Ke Arah Industri 4.0?

Malaysia Ke Arah Industri 4.0

Malaysia ke arah industri 4.0, satu revolusi dalam perindustrian. Istilah industri 4.0 ini biasa bermain di fikiran ahli politik, pemimpin industri, dan ahli akademik. Revolusi Industri 4.0 amat penting bagi sesebuah negara untuk terus menjadi pendahulu, baik dari segi ekonomi dan teknologi.

 

Pada 1 November 2018 bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohammad telah melancarkan Dasar Nasional Malaysia. Dasar ini adalah mengenai Industri 4.0 atau Industri4WRD. Industry4WRD memberi tumpuan pada transformasi digital dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

 

Dasar ini bakal menjadikan Malaysia sebagai rakan strategik untuk “smart manufacturing.” Dalam masa yang sama, ia dapat menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama bagi para pelabur dalam industri teknologi tinggi di Asia Tenggara.

 

Disamping itu juga, Industri 4.0 akan memberikan penekanan khusus pada perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Perusahaan kecil dan sedarhana di Malaysia merangkumi hampir 98.5 peratus syarikat di sektor pembuatan dan menyediakan sebanyak 42 peratus peluang pekerjaan di negara ini. Dengan memberi penekanan pada perusahaan kecil dan sederhana, Malaysia akan dapat mengubah landskap ekonomi tempatan menjadi lebih sistematik dan moden sesuai dengan peredaran zaman.

 

Sekarang ini, kita boleh lihat di Malaysia kehidupan rakyat sudah mula beralih ke arah pendigitalan sebagai contoh kita dapat saksikan usaha kerajaan malaysia dalam menormalisasikan industri 4.0 dengan memperkenalkan aplikasi tounch&go e wallet, boost yang sudah mula digunapakai oleh rakyat Malaysia.

 

Bukan itu saja Malaysia juga kearah 5G dimana syarikat yang diterajui oleh teleko gergasi Malaysia seperti TM mula mendapat perhatian masyarakat. Malahan badan kerajaan juga turut kearah pendigital dimana semua urusan hanya menggunakan atas talian sahaja. Mudah bukan.

 

Jadi tak mustahil selepas ini dalam tempoh 3 tahun akan datang semua perkhidmatan hanya menggunakan hujung jari sahaja sesuai dengan Dasar Nasional Malaysia mengenai industri 4.0 sekaligus mengubah cara kehidupan rakyat malaysia dalam menggunakan teknologi.

 

Baca juga : The Greatest Stock Picker – Sir John Templeton

 

“Technologies that are emerging today will soon be shaping the world tomorrow and well into the future – with impacts to economies and to society at large.”


 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!