Kata-Kata Hikmah Terbaik Sepanjang Zaman Tentang Pelaburan

Menerusi artikel kali ini, kami kongsikan kata-kata hikmah terbaik sepanjang zaman tentang pelaburan. Di dalam dunia pelaburan, kebiasaannya dua perkataan akan sentiasa berlegar-legar di dalam minda para trader: menakutkan dan tidak dapat dijangka. Untuk orang biasa, kebanyakannya akan merasa bingung tentang apa sebenarnya perkataan terbaik yang memberi gambaran tentang pasaran. Oleh itu, kita akan mengimbas semula apa yang pakar-pakar dalam bidang pelaburan pernah ucapkan. Kata-kata hikmah ini di ambil seawal zaman Ben Franklin dan sebahagian daripadanya merupakan pakar pelaburan zaman moden seperti Dave Ramsey dan Warren Buffett. Walaupun pasaran sentiasa berubah, namun nasihat pelaburan yang baik merupakan sesuatu yang tidak akan lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

 

Isi Penting

  • Walaupun pasaran akan berubah, nasihat pelaburan yang baik akan sentiasa berguna.
  • Lakukan kajian, analisis, dan pembelajaran yang perlu sebelum membuat pelaburan.
  • Risiko ada dimana-mana jadi sentiasa bersedia.
  • Dengan berpada-pada sewaktu berbelanja, anda boleh memastikan anda akan mempunyai dana yang cukup untuk persaraan dan juga memberi semula kepada masyarakat.
  • Mempelbagaikan pelaburan anda adalah sesuatu yang relevan. Jangan letakkan kesemua telur anda di dalam satu bekas kerana bekas itu berisiko jatuh dan anda berisiko kehilangan kesemua telur anda. Apabila anda sudah mempunyai keyakinan di dalam pelaburan anda, anda boleh melaraskan portfolio anda dan melakukan pelaburan yang lebih besar.

 

Nasihat Sepanjang Zaman

1. “Melabur untuk ilmu merupakan pelaburan yang menghasilkan pulangan paling tinggi.” – Benjamin Franklin

Dalam bidang pelaburan, tiada pelaburan yang akan memberi manfaat lebih banyak kepada anda selain menimba ilmu. Lakukan kajian dan analisis yang teliti sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Melabur tanpa ilmu ibarat menembak didalam gelap, kadang kala tembakan anda mengena tetapi kebanyakan peluru akan tersasar.

 

2. “Harga dasar dalam dunia pelaburan tidak akan berakhir dengan paras terendah dalam masa 4 tahun; ia berakhir dengan paras terendah dalam 10-15 tahun.” – Jim Rogers

Walaupun harga terendah dalam 10-15 tahun merupakan suatu yang jarang terjadi, ia boleh terjadi. Semasa waktu kejatuhan ini, jangan malu untuk melawan arus dan melabur; anda boleh mendapat keuntungan yang tinggi dengan membuat keputusan yang berani atau kehilangan kesemua pelaburan anda. Ingat pesanan yang pertama dan hanya melabur dalam industri yang telah anda kaji secara teliti. Kemudian, bersedia untuk melihat pelaburan anda turun sebentar sebelum naik dan membuahkan hasil.

 

3. “Saya akan beritahu anda cara untuk menjadi kaya. Tutup pintu. Takutlah bila orang lain sedang tamak. Tamaklah bila orang lain sedang takut.” – Warren Buffett

Sentiasa bersedia untuk melabur didalam pasaran yang sedang jatuh dan “keluar” didalam pasaran yang sedang melonjak tinggi ialah falsafah pelaburan Warren Buffet.

 

Tentang Pasaran

4. “Pasaran saham dipenuhi mereka yang mengetahui harga segala aset tanpa mengetahui apa nilainya.” – Phillip Fisher

Satu lagi nasihat yang pelaburan tanpa pembelajaran dan kajian akan membawa kepada penyesalan. Kajian bukan sekadar mendengar pendapat yang popular dari orang lain kerana perlu diingat, tiada orang yang sentiasa betul di dunia ini.

 

5. “Dalam pelaburan, pelaburan yang selesa jarang menghasilkan keuntungan yang tinggi..” – Robert Arnott

Kadangkala, anda perlu keluar dari zon selesa untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. Ketahui tahap keselesaan anda dan berlatih untuk keluar dari zon selesa anda sedikit demi sedikit. Sebanyak mana pun anda mengenal pasaran, anda juga perlu mengenal diri anda. Kebanyakan trader gagal dari segi psikologi menyebabkan dagangan mereka gagal. Bolehkah anda bertahan dengan posisi anda sewaktu orang lain sedang melarikan diri? Atau bolehkah anda keluar dari posisi anda sewaktu kenaikan pasaran terbesar pada abad ini? Strategi dagangan yang terbaik boleh menjadi buruk seandainya anda tidak mampu bertahan hingga ke akhirnya.

 

6. “Berapa ramai jutawan yang anda kenal yang mendapat kekayaan dengan melabur didalam akaun simpanan? Jawapannya tiada.” – Robert G. Allen

Walaupun meletakkan pelaburan anda di akaun simpanan akan menjanjikan pulangan yang pasti, keuntungan anda akan menjadi minima kerana nilai pulangan yang rendah. Akan tetapi tidaklah bermaksud anda perlu melupakan sepenuhnya tabiat menyimpan di akaun simpanan. Akaun simpanan ialah tempat yang bagus untuk dijadikan tempat menyimpan wang kecemasan sedangkan pasaran pelaburan sebaliknya.

 

7. “Melaburlah untuk diri sendiri. Kerjaya anda merupakan enjin kekayaan anda.” – Paul Clitheroe

Kita semua mahukan kekayaan, bagaimana kita dapat mencapainya? Ia bermula dengan kerjaya yang berjaya yang bergantung kepada bakat dan kemahiran anda. Melaburlah kepada diri sendiri melalui sekolah, buku, atau kerja yang berkualiti dimana anda akan meraih set kemahiran yang berkualiti. Kenalpasti bakat anda dan cari cara untuk menukarkan ia kepada mesin yang menjana pendapatan. Dengan berbuat demikian, anda boleh menjadikan kerjaya anda kepada “enjin kekayaan anda.”

 

8. “Kadang kala, pasaran melakukan sesuatu yang sangat bodoh ia membuat anda tergamam.” – Jim Cramer

Tidak ada perkara yang pasti didalam dunia pelaburan; risiko ada dimana mana. Sentiasa bersedia untuk naik dan turun. Kadang kala kita sudah melakukan kajian yang terperinci sebelum melabur akan tetapi pasaran melakukan sesuatu yang diluar jangkaan seperti fat-finger error yang menggemparkan pasaran suatu ketika dahulu yang menyebabkan analisis anda gagal. Tabahkan hati anda jika ini terjadi kepada anda dan mulakan dagangan baru setelah anda kembali tenang kerana kebanyakan dagangan yang dibuat ketika minda anda bercelaru akan berakhir dengan air mata.

 

9. “Seseorang pelabur individu perlulah bertindak secara konsisten sebagai seorang pelabur dan bukan spekulator.” – Ben Graham

Anda adalah seorang pelabur, bukan seorang yang boleh meramal masa depan. Sandarkan keputusan anda berdasarkan fakta dan analisis berbanding spekulasi ramalan yang berisiko.

 

Tentang Harta

10. “Ia bukan tentang berapa banyak wang yang anda buat, tetapi berapa banyak wang yang anda simpan, berapa kuat ia bekerja untuk anda, dan berapa generasi ia akan bertahan.” – Robert Kiyosaki

Jika anda ialah seorang jutawan menjelang umur 30, tetapi kesemua kekayaan anda habis ketika anda berumur 40, anda tidak memperoleh apa apa. Kembangkan dan lindungi portfolio pelaburan anda dengan mempelbagaikan pelaburan anda dengan berhati hati, dan anda mungkin akan dapat mempertahankan harta anda untuk bergenerasi akan datang.

 

11. “Ketahui apa yang anda miliki, dan mengapa anda memilikinya.” – Peter Lynch

Lakukan ulang kaji sebelum membuat keputusan. Setelah membuat keputusan, pastikan anda menilai semula portfolio anda secara berkala. Keputusan yang baik pada hari ini mungkin tidak baik pada hari esok. Contohnya, posisi pelaburan anda yang sedang mendatangkan keuntungan pada hari ini mungkin akan menyebabkan kerugian pada hari esok andai anda hanya berpegang pada analisis asal dan tidak menilai semula analisis tersebut. Perlu diingat, pasaran merupakan suatu makhluk yang sifatnya tidak dapat kita jangka. Jinak hari ini mungkin liar esok hari.

 

12. “Kebebasan kewangan bukanlah pemilikan sesuatu barangan. Ia adalah belajar untuk hidup dengan kurang dari pendapatan anda, supaya anda boleh memberi semula wang dan mempunyai wang untuk dilaburkan. Anda tidak akan menang selagi anda tidak Berjaya melalukan ini. .” – Dave Ramsey

Dengan bersederhana dalam berbelanja, anda boleh memastikan anda akan mempunyai wang yang mencukupi untuk waktu senja nanti dan juga mampu berbakti semula kepada komuniti.

 

13. “Melabur sepatutnya menjadi seperti melihat cat kering atau rumput tumbuh. Jika anda mahukan keterujaan, ambil $800 dan pergilah berjudi.” – Paul Samuelson

Jika anda berfikir pelaburan ialah satu perjudian, anda salah. Pekerjaan sebagai seorang pelabur memerlukan perancangan dan kesabaran. Seperti falsafah hidup yang sering dipegang ahli market demon, tenang seperti seekor buaya memerhati mangsa. Akan tetapi, keuntungan yang anda lihat sepanjang pelaburan sememangnya mengujakan.

 

Seorang Contrarians

14. “Empat perkataan paling bahaya dalam pelaburan ialah: ‘kali ini mesti lain'” – Sir John Templeton

Ikut trend dan sejarah pasaran. Jangan melakukan spekulasi yang kali ini ia akan berbeza. Contohnya, kunci Utama untuk melabur dalam stok atau bon ialah prestasi ia dalam tempoh lima tahun dan tidak kurang.

 

Baca Kisah Sir John Templeton di sini : Pengajaran Dari The Greatest Stock Picker

 

15. “Kepelbagaian yang luas hanya ddiperlukan apabila pelabur tidak tahu apa yang mereka lakukan.” – Warren Buffett

Pada mulanya, kepelbagaian dalam melabur adalah relevan. Akan tetapi apa bila anda sudah mula mahir dan berkeyakinan dalam pelaburan anda, anda boleh melaraskan portfolio anda sepadan dengan kemahiran anda dan melakukan pertaruhan yang lebih besar. Tetapi harus diingat, hanya lakukan ini apabila anda sudah betul betul mahir dalam pelaburan.

 

16. “Anda ada kemelesetan ekonomi, anda akan ada penurunan di pasaran stok. Jika anda tidak memahami yang itu akan berlaku, maka anda tidak bersedia, anda tidak akan berbuat dengan baik didalam pasaran.” – Peter Lynch

Apabila dilanda kemelesetan atau penurunan, anda harus kekal di landasan. Ekonomi itu bersifat kitaran, dan pasaran telah menunjukkan yang ia pasti akan pulih. Pastikan anda termasuk di dalam pemulihan itu.

 

Kesimpulannya 

Dunia pelaburan boleh menjadi sukar dan mencabar. Tetapi jika anda melakukan kajian yang terperinci dan mengekalkan minda yang tenang peluang anda untuk Berjaya pada jangka masa Panjang adalah cerah. Rujuklah kata kata hikmah ini ketika anda sedang berasa bingung dan tidak yakin tentang pelaburan. Relevan kah kata kata hikmah ini dengan situasi anda? Adakah anda mempunyai kata kata hikmah kegemaran anda untuk ditambah?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!