Kejatuhan Ekonomi Tidak Dapat Dielakkan

Kejatuhan ekonomi tidak dapat dielakkan. Melalui bailout bernilai trillion dollar, bank pusat Amerika Syarikat (Fed) telah menambahkan risiko ke dalam seluruh sistem kewangan dan nilai mata wangnya. Kerapuhan ekonomi global jelas memberi kesan kepada semua. Pendekatan yang bertujuan untuk menyelamatkan keadaan semasa secara tidak langsung telah meningkatkan kerapuhan dan mendorong kemusnahan dalam sistem ekonomi. Ekonomi merupakan satu ekosistem yang berpusat di mana sumber, kekayaan dan kawalan kuasa terhubung dalam satu sistem rangkaian seperti domino, ia boleh memberi mempengaruhi yang lain apabila satu tempat menerima kesan yang buruk.

 

Kejatuhan sistem kewangan

 

Kebanyakan institusi yang terlibat mewakili ekonomi negara terikat antara satu sama yang lain dalam terma modal dan kebergantungan hierarki yang menjana kerapuhan. Apabila variasi dan volatiliti berlaku secara tidak dijangka, sistem boleh terganggu dan lebih teruk lagi melibatkan seluruh sistem. Ketika tahun 2008, seluruh sistem kewangan global hampir musnah disebabkan oleh pelagaan subsistem gadai janji & sistem kewangan global. Jadi, bagaimana untuk memperbaiki sistem yang rapuh ini?

 

Mereka melakukan bailout. Inilah yang dilakukan oleh monopoli apabila mereka membuat keputusan untuk mencetak mata wang, Fed, melakukannya dalam skala yang besar. Dari membaiki sistem dengan mengurangkan kerapuhan, Fed masih menggunakan pendekatan yang menambahkan kerapuhan. Ia memberi kesan bukan sahaja kepada sistem kewangan sedia ada, malah nilai mata wang turut terjejas. Dalam sebuah buku berjudul “Antifragile : Things That Gain From Disorder” yang ditulis oleh Nassim Taleb, beliau menyebut :

 

“Sesetengah perkara yang berlaku memperoleh manfaat daripada kejutan (peristiwa yang tidak dirancang) dan berkembang apabila terdedah kepada volatiliti, kerawakan, kecelaruan, bebanan, risiko dan ketidaktentuan. Walau bagaimanapun kejadian fenomena ini berlaku dimana-mana sekalipun tiada perkataan yang tepat untuk akronim fragile (kerapuhan). Kita menggunakan perkataan antifragile. Antifragile adalah daya tahan atau melebihi daya ketahanan.

 

Ketahanan terhadap kejutan dan tidak menerima kesan menandakan antifragile semakin baik. Harta benda disebalik semuanya berubah mengikut peredaran masa, evolusi, budaya, idea, revolusi, sistem politik, teknologi inovatif, kejayaan budaya dan ekonomi, kelangsungan hidup, perancangan bandar, sistem yang sah, khatulistiwa dan kewujudan manusia sebagai spesis dalam planet ini. Dan kita boleh mengenal pasti antifragile (dan fragiliti) menggunakan ujian ringkas asymmetry; apa-apa yang mempunyai penambaikkan lebih dari keburukkan daripada perihal yang berlaku (atau kejutan) dikenali sebagai antifragile; fragile sebaliknya.

 

Kita telah menggalakkan kerapuhan dalam ekonomi, kesihatan, kehidupan sosio politik, pendidikan dan hampir kesemuanya dengan menggalakan penglibatan kerawakan dan volatiliti. Peradaban sekarang, dunia telah memudaratkan kita dengan polisi “top-down” dan kontrasepsi, ianya satu keburukan terhadap sistem antifragile. Dalam konteks moden, ibu bapa yang terlampau mengongkong, dari satu sudut mereka cuba membantu tetapi mereka memberi kesan buruk pada yang lain.

 

Untuk mendapatkan ketahanan yang sempurna, kita perlukan mekanisme yang membuatkan sistem membantu perkembangan dengan jangka masa panjang berbanding memberi kesan yang buruk disebabkan perihal yang berlaku secara tiba – tiba, kejutan, tekanan dan volatility.”


 

Adakah Sistem Kewangan Kita Bertambah Baik Dengan Kejutan Yang Tidak Dijangka, Volatiliti Yang Melampau Dan Kebolehubahan Tanpa Henti?

Jawapannya sudah tentu tidak. Meskipun gangguan kecil yang berlaku pada rantaian utama, ia boleh menjatuhkan seluruh sistem. Sebagai tunjang utama dalam pencetakan wang, Fed membuat keputusan untuk mencetak lebih daripada 100 billion dollar untuk menyelamatkan peserta dalam repo market dan tentu saja, kerapuhan yang melampau dari keseluruhan alat spekulatif dapat dilihat dengan jelas. Pendekatan Fed dengan menambah modal membuatkan sistem yang rapuh menjadi semakin rapuh dah lebih teruk lagi pendekatan ini memberi kesan yang amat buruk kepada struktur yang telah rosak.

 

Risiko yang sedia ada tidak dapat dielakkan, cuma boleh digantikan. Tetapi pendekatan yang diambil oleh Fed akan mengakibatkan kesan buruk bukan sahaja kepada sistem kewangan malah akan menjejaskan nilai mata wang. Ringkasnya, satu-satunya kemungkinan kesan dari bailout Fed adalah keruntuhan keseluruhan sistem kewangan, termasuk mata wang yang dicipta oleh mereka.

Baca juga : Malaysia Ke Arah Industri 4.0

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!