Senarai Peristiwa Kejatuhan Pasaran

Kejatuhan pasaran berlaku secara berkala. Begitu juga dengan proses pemulihan. Dari segi sejarah, peristiwa kejatuhan pasaran bermula pada tahun 1634. Dunia telah mengalami beberapa kejatuhan pasaran akibat daripada panik besar dan kurangnya keyakinan terhadap nilai saham. Kejatuhan pasaran didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap ekonomi. Apabila keyakinan pelabur hilang, ia boleh mencetuskan jualan besar-besaran seterusnya menyebabkan kejatuhan harga.

 

Dengan kemunculan sistem elektronik, kejatuhan pasaran boleh berlaku dengan cepat di seluruh dunia dan kesannya dapat menjadi besar. Kerosakan dalam pasaran boleh berlaku apabila tekanan beli berlanjutan lama. Ketika ketamakan mendorong harga naik begitu tinggi, pasaran dianggap sebagai overvalued. Oleh sebab ketinggian harga tidak dapat dipertahankan, pasaran akhirnya boleh runtuh. Dalam artikel kali ini kami senaraikan peristiwa-peristiwa kejatuhan pasaran.

 

1. Tulip Mania, 1637


Bunga tulip pertama yang dibawa ke Belanda dari Turki pada tahun 1593 dan terus mendapat permintaan yang tinggi. Setelah beberapa ketika, tulip mengalami satu virus yang dikenali sebagai ‘Tulip Breaking Virus’, dan mula memberi kesan kepada tulip seperti kelopak yang berwarna warni dan corak seperti api. Keadaan ini memberi kesan besar yang menyebabkan tulip yang sudah popular menjadi lebih eksotik dan unik. Pada ketika itu, tulip yang didagangkan dengan harga premium menjadi semakin popular dan menarik minat lebih ramai pembeli. Harga tulip terutamanya yang dijangkiti virus semakin meningkat dan orang Belanda mula menjual tanah, mencairkan asset dan menggunakan simpanan untuk mendapatkan lebih banyak tulip. Kemuncak permintaan orang ramai terhadap tulip telah menyebabkan harga tulip meningkat sehingga 20 kali ganda dalam masa sebulan.


Tulip Mania menjadi gelembung ekonomi pertama yang pernah direkodkan. Setelah pelbagai spekulatif berlaku dalam perdagangan tulip, beberapa pihak mula menjual untuk mendapatkan keuntungan dan mengakibatkan kesan domino terhadap harga tulip. Akhirnya, semua pihak bertindak untuk menjual sehingga tiada yang mahu membeli dan mengakibatkan harga tulip jatuh mendadak. Kerajaan pada ketika itu cuba menawarkan jalan penyelesaian dengan menawarkan kontrak 10% bagi setiap nilai muka tulip dan mengakibatkan harga terus turun semakin rendah. Tiada pihak yang tidak terkesan dengan runtuhan harga tulip ketika itu, bahkan pihak yang keluar lebih awal turut terkesan dengan kemurungan akibat Tulip Craze.


Tulip Mania; Image credits: medium.com


2. Gelembung South Sea, 1711


Beberapa dekad selepas Tulip Mania, berlaku spekulasi lain di Eropah- Empayar Inggeris. Gelembung bermula melalui South Sea Company, sebuah syarikat yang bertujuan untuk membekalkan 4,800 pekerja setiap tahun, selama 30 tahun kepada ladang Sepanyol di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pihak Inggeris telah mendapatkan hak untuk membekalkan pekerja kepada Amerika Selatan melalui Perjanjian Utretcht pada 1713 dan South Sea Company membayar Kerajaan Inggeris £9,500,000 untuk kontrak tersebut, dengan tanggapan bahawa ia dapat membuka ruang perdagangan dengan Amerika Selatan dan memberi pulangan yang tinggi.


Keadaan ini disambut dengan kegembiraan dari pelabur dan menghasilkan satu peningkatan mendadak terhadap harga saham South Sea Company. Harga saham syarikat tersebut meningkat dari 128.5 pada Januari 1720, kepada 1,000 pada Ogos tahun yang sama. Walau bagaimanapun, pasaran mula merudum pada September dan mengakibatkan harga saham South Sea Company turun ke paras 124 pada Disember 1720. Apakah punca disebalik kejadian tersebut?

 

Spekulator membayar harga saham yang meningkat dan mengakibatkan kejatuhan South Sea Company yang sangat dramatik. Ekonomi sangat terkesan pada ketika itu dan sebilangan besar pelabur telah mengalami kerugian yang besar. Namun begitu, Kerajaan Inggeris dapat mengelak dari kejatuhan tersebut disebabkan oleh kedudukan ekonomi Kerajaan Inggeris yang terkenal dan kejayaan Kerajaan Inggeris untuk menstabilkan industri kewangan pada ketika itu.

 



South Sea Share Prices


3. Kejatuhan Bursa Saham, 1873


Kejatuhan Bursa Saham Vienna pada 1873 telah disebabkan oleh spekulasi yang tidak terkawal serta mengakibatkan penurunan yang mendadak bagi nilai saham dan penjualan panik. Bank Negara tidak mampu untuk memberikan sokongan pada ketika itu disebabkan oleh kekurangan rizab. Keruntuhan itu telah memberi kesan terhadap kekayaan pihak bank, anggota istana, orang kepercayaan Maharaja, serta ahli keluarga penguasa empayar ketika itu. Keadaan tersebut turut menyebabkan pelawat Vienna World Exhibition mengalami pengurangan yang ketara. Keadaan tersebut kekal berpanjangan dan akhirnya memberi kesan kepada keseluruhan Eropah.


4. Kejatuhan Wall Street, 1929


29 Oktober 1929. Tarikh tersebut dikenali sebagai Black Tuesday dimana harga saham Bursa Saham New York runtuh. Peristiwa ini bukanlah satu satunya punca berlakunya Great Depression pada 1930, tetapi sesuatu yang pasti menyumbang, dan mempercepatkan kejatuhan ekonomi global yang menyusul selepasnya.


Sepanjang 1920-an, pasaran saham US menyaksikan pertumbuhan pesat yang memuncak pada Ogos 192. Pada ketika itu, pengeluaran telah menurun dan pengangguran meningkat, dan menyebabkan saham berada dalam paras melebihi nilai sebenar (over value). Selain itu, kadar pendapatan semasa rendah, industri pertanian bergelut dan berlaku peningkatan hutang serta lebihan pinjaman bank besar tidak dapat dicairkan. Pada bulan September, harga saham mula menurun secara perlahan.

 

21 Oktober menyaksikan penjualan panik bermula dan mencapai kemuncak pada 24, 28 dan 29 Oktober, dimana harga saham jatuh sepenuhnya dan sejumlah 16,410,030 saham didagangkan di NYSE dalam satu hari. Syarikat gergasi kewangan seperti William C. Durant dan ahli keluarga Rockfeller membuat percubaan menstabilkan pasaran dengan membeli sejumlah besar saham untuk menunjukkan keyakinan mereka terhadap pasaran ketika itu. Namun begitu, keadaan ini tidak dapat menghentikan penurunan dalam nilai saham. Pada hari tersebut, pasaran telah merekodkan kerugian berjumlan $14 billion. Kejatuhan tersebut kekal sebagai kejatuhan terbesar dalam sejarah, yang menandakan bermulanya 12 tahun Great Depression yang memberi kesan kepada dunia Barat.

peristiwa kejatuhan pasaran

 

5. Black Monday, 1987


Pada 19 oktober 1987, bursa saham dunia mengalami satu hari terburuk dalam sejarah, yang dikenali sebagai Black Monday. Selepas kenaikan yang lama, kejatuhan bermula di Asia, diikuti London dan memuncak dengan Dow Jones Industrial Average menurun 22.6% dalam masa sehari- hari terburuk dalam sejarah Dow, dari segi peratusan. Black Monday diingati sebagai keruntuhan pertama sistem kewangan moden kerana ia diburukkan lagi oleh perdagangan berkomputer yang masih baru ketika itu.


Teori disebalik peristiwa keruntuhan berlegar dari ekonomi US yang semakin perlahan, penurunan harga minyak, dan ketegangan hubungan antara US dan juga Iran. Pada hujung bulan, pasaran saham jatuh di Hong kong sebanyak 45.5%, Australia sebanyak 41.8%, Sepanyol sebanyak 31%, United Kingdom sebanyak 26.45%, US sebanyak 22.68% dan Kanada sebanyak 22.5%. Kesan Black Monday tidak mengakibatkan kemelesetan ekonomi teruk seperti kesan dari Black Tuesday 1929.


6. Krisis Asia, 1998


Krisis Asia 1998 memberi kesan terhadap beberapa ekonomi yang baru di Asia. Namun begitu, negara seperti Rusia dan Brazil turut terkesan melalui kesan ekonomi global dari krisis tersebut. Krisis Asia bermula di Thailand, seterusnya berkembang ke negara Asia lain seperti Indonesia, Korea Selatan, Hong Kong, Laos, Malaysia dan Filipina- negara yang paling terkesan. Kekurangan keyakinan dari pelabur memberi kesan kepada matawang negara tersebut dimana nilai Rupiah Indonesia menurun sebanyak 80%, Baht Thailand menurun sebanyak 50%, Won Korea Selatan menurun sebanyak 50% dan Ringgit Malaysia menurun sebanyak 45% dalam masa 6 bulan. Setelah krisis berlanjutan selama 12 bulan, ekonomi yang terkesan melakarkan penurunan aliran modal masuk bernilai lebih dari $100 billion.

 

7. Letusan Gelembung Dotcom


Pada separuh kedua dekad 1990, internet dikomersialkan dan memberi kesan positif kepada banyak idea perniagaan. Ia turut memberi harapan baru terhadap pasaran atas talian pada masa hadapan. Semakin hari, semakin banyak syarikat yang berasaskan internet dilancarkan dan pelabur berpendapat bahawa setiap syarikat yang beroperasi secara atas talian akan memberi pulangan yang sangat menguntungkan. Namun, perkara sebaliknya berlaku sehinggakan perniagaan yang berjaya turut dikategorikan sebagai terlalu tinggi nilai (over value). Selagi syarikat mempunyai akhiran ‘.com’ selepas namanya, kapitalis akan melabur dalam syarikat tersebut tanpa berfikir panjang mengenai keadaan fundamental syarikat tersebut. Gelembung yang terbentuk didorong oleh keyakinan yang terlalu tinggi kepada pasaran, spekulasi, dan modal pelaburan yang mudah.


Pada 10 Mac 2000, indeks NASDAQ memuncak pada paras 5,048.62. Ketika pasaran berada di puncak, beberapa syarikat berteknologi tinggi gergasi seperti Dell dan Cisco meletakkan pesanan jual (sell order) yang besar pada saham mereka dan mencetuskan penjualan panik dalam kalangan pelabur. Pasaran saham mengalami kerugian sebanyak 10%, modal pelaburan mula mencair, dan banyak syarikat dotcom gulung tikar dalam masa beberapa minggu. Selepas beberapa bulan, syarikat dotcom yang sudah mencapai modal pasaran bernilan ratusan juta menjadi tidak bernilai. Menjelang 2002, kejatuhan dotcom membuatkan pelabur menanggung kerugian sebanyak $5 trillion.

 

8. Krisis Kewangan Global 2008


Krisis Kewangan 2008 merupakan krisis yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kita semua masih ingat bagaimana perdagangan berisiko tinggi bank bank di Wall Street hampir mengakibatkan kejatuhan ekonomi US sepuluh tahun lalu. Krisis ini dianggap sebagai bencana ekonomi terburuk sejak Great Depression. Krisis ini disebabkan oleh undang undang industri kewangan yang membenarkan bank terlibat dalam perdagangan dana lindung nilai dengan derivatif.

 

Untuk menyokong keuntungan penjualan derivatif, bank menuntut lebih banyak mortgages, dan membuat pinjaman berfaedah yang mampu dimiliki oleh peminjam subprima. Setelah kadar faedah mortgages ditetapkan semula, Fed menaikkan kadar dana yang diberi. Pembekalan melebihi permintaan, dan harga rumah mula menurun, dan mengakibatkan kesukaran kepada pemilik rumah yang tidak mampu untuk membayar gadai janji rumah mereka, dan dalam masa yang sama tidak dapat menjual rumah mereka. Derivatif merosot teruk dan bank berhenti memberi pinjaman antara satu sama lain.


Lehmann Brother memfailkan kebankrapan pada 15 Septembar 2008. Merril Lynch, AIG, HBOS, Royal Bank of Scotland, Bradford & Bingley, Fortis, Hypo Real Estate dan Alliance & Leicester yang disangka turut mengikut jejak langkah Lehmann Brother telah diselamatkan dengan wang jaminan Kerajaan. Namun begitu, pasaran saham seluruh dunia mengalami kejatuhan yang teruk. Kesan seterusnya masih segar dalam ingatan kita, letusan gelembung perumahan US dan kejatuhan Lehman Brother hampir menghancurkan sistem kewangan dunia dan mengakibatkan pasaran rumah musnah, kegagalan perniagaan dan ekonomi global hampir musnah.

 

Peristiwa kejatuhan pasaran


9. Flash Crash, 2010


Pada 6 May 2010, pasaran saham US menyaksikan satu kejatuhan yang hanya berlaku selama 36 minit, tetapi berjaya melenyapkan berbillion billion dollar harga saham syarikat syarikat gergasi US. Kadar penurunan berlaku dalam tempoh yang sangat cepat, tetapi hanya mengakibatkan impak yang sangat minimal terhadap ekonomi Amerika.


Pasaran mempunyai kerisauan terhadap krisis hutang Greek dan Pilihanraya Umum UK sebelum pasaran dibuka pada 6 May 2010. Kerisauan ini menyebabkan permulaan kepada kejatuhan. Segalanya bermula pada jam 2:30pm- Dow Jones turun 300 mata , manakala S&P 500 dan NASDAQ turut terkesan. 5 minit kemudian, Dow Jones turun lagi sebanyak 600 mata, hampir mengalami penurunan 1000 mata dalam sehari. Pada 3:07pm, keadaan kembali pulih dan pasaran berjaya menstabilkan kejatuhan dengan tutup 3% lebih rendah dari pembukaan. Punca utama kejatuhan tersebut berlegar dari ‘fat-fingered’ kepada serangan siber haram.

 

Walaubagaimanapun, laporan dari US Securities and Exchange Commission (SEC) dan Commodity Futures Trading Commission (FTSC) menyatakan bahawa pergerakan harga yang luar biasa mungkin telah disebabkan oleh keadaan pasaran dan pesanan jualan dalam skala besar. Setelah baberapa sekuriti hilang 99% nilai dalam beberapa minit, peristiwa ini disifatkan sebagai salah satu kejatuhan pasaran saham yang paling mengagumkan dalam sejarah moden.

 

Peristiwa kejatuhan pasaran


10. Kejatuhan Bursa Saham China, 2015-2016


Setelah beberapa tahun berada dalam keadaan yang menguntungkan, Bursa Saham China meletus pada 12 Jun 2015. Kejatuhan berterusan pada 27 Julai dan 24 Ogos tahun yang sama. Walaupun Kerajaan China cuba menstabilkan market, beberapa kejatuhan tetap berlaku . Penjualan panik pada Julai 2015 telah melenyapkan lebih $3 trillion nilai saham dalam masa 3 minggu, hanya kerana sentimen ketakutan penyitaan pasaran dan peningkatan risiko kewangan sistemik di seluruh negara. Penurunan Yuan China secara mengejut pada 11 Ogos dan prospek pertumbuhan China yang melemah turut dipercayai menjadi salah satu punca kejatuhan yang memberikan tekanan kepada ekonomi.

Walaupun semua peristiwa kejatuhan pasaran mempunyai corak yang begitu mapan dan mudah dilihat tetapi kebanyakan ahli ekonomi bersetuju bahawa masih sukar untuk meramalkan kejatuhan pasaran. Walau bagaimanapun, anda boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi kejatuhan pasaran dan belajar bagaimana untuk memanfaatkan pergerakan pasaran.

 

 

Baca juga : Nasihat Pelaburan Terbaik Sepanjang Zaman

Rujukan : Finance-Monthly

 

1 thought on “Senarai Peristiwa Kejatuhan Pasaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!