Ekonomi Semasa Pandemik : Adakah Bantuan Kerajaan Mencukupi?

Adakah bantuan kerajaan mencukupi semasa ekonomi dilanda pandemik? Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa ekonomi global akan mengecut sebanyak 1% disebabkan oleh COVID-19 berbanding pertumbuhan sebanyak 2.5% yang dianggarkan pada awalnya. Ahli ekonomi telah memberi amaran awal bahawa kesan dari krisis wabak Coronavirus hampir menyamai krisis ekonomi 2008.

 

Kerajaan telah membelanjakan sejumlah pakej yang besar seperti mengumumkan pemotongan cukai dan pelbagai pakej pinjaman melalui penawaran geran perniagaan, dalam usaha untuk menghalang dari wabak Coronavirus memberi kesan yang lebih teruk kepada ekonomi. Tetapi kerajaan manakah yang sudah melakukan yang terbaik? Sama-sama kita baca dibawah untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh kuasa ekonomi besar dunia untuk mengurangkan risiko akibat pandemik ini.

 

ekonomi semasa pandemik

Amerika Syarikat

Di US, kesemua 50 negeri telah mengisytiharkan darurat dan kerajaan di peringkat negeri dan pusat telah mula merangka pelan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Pentadbiran Trump dan Kongres telah bersetuju untuk meluluskan $2 trillion pakej stimulus, yang mengandungi bantuan pendapatan sebanyak $1200 bagi setiap orang dewasa dan $500 untuk kanak kanak. Pakej ini dijalankan secara berfasa kepada individu berpendapatan $75,000 setahun atau pasangan berpendapatan $150,000 setahun.

 

Pinjaman bernilai $367 billion turut ditawarkan kepada perniagaan kecil yang bergelut dengan aliran tunai masuk yang kecil akibat wabak yang menular. Kerajaan dalam masa yang sama tidak mengharapkan pembayaran semula pinjaman tersebut sekiranya perniagaan kecil mampu untuk mengekalkan sebahagian besar pekerjanya dalam masa 6 bulan. Dari segi pinjaman, jaminan pinjaman dan pembelian hutang syarikat korporat, pihak pentadbiran memberikan sejumlah $454 billion yang akan membantu perniagaan besar dan sederhana dari segi modal sepanjang krisis. $58 billion telah diperuntukkan untuk membantu syarikat penerbangan Amerika melalui pinjaman dan geran manakala $17 billion diperuntukkan untuk membantu syarikat penting dalam menjaga keselamatan negara.

 

United Kingdom

Pada Mac lalu, Canselor UK; Rishi Sunak telah mengumumkan pakej kecemasan ekonomi bernilai £350 billion  yang terdiri daripada jaminan bantuan bernilai £330 billion dan pemberian £20 billion kepada perniagaan yang dalam kesusahan. Beliau turut menjanjikan sejumlah £12 billion bantuan darurat, penghapusan satu tahun cukai tanah selama satu tahun kepada semua syarikat dalam sektor yang terkesan dengan penularan wabak. Beliau turut mengumumkan penangguhan kadar kepada banyak syarikat yang terkesan.

 

Canselor turut menambah skim bernilai £9 billion untuk membantu 3.8 juta pekerja sendiri yang terkesan dengan wabak ini. 95% pekerja sendiri dalam UK akan mendapat akses kepada skim tersebut yang akan membiayai sehingga 80% purata untung sebelum wabak ini bermula. Kerajaan mengumumkan skim pengekalan pekerja yang menawarkan pampasan sepenuhnya kepada kos pekerja yang merangkumi sehingga 80% gaji pekerja yang tidak mampu digajikan.

 

Jerman

Menteri Kewangan dan Ekonomi Jerman telah menyatakan hasrat untuk memastikan bantuan kewangan diberikan kepada individu dan perniagaan sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk menyelamatkan ekonomi terbesar Eropah dari kesan COVID-19. Kerajaan menjanjikan bahawa tiada had bantuan akan ditawarkan kepada syarikat yang terkesan dengan krisis ini. Kerajaan memperuntukkan pertambahan €156link luar billion dalam bajet 2020, yang merangkumi pelan bernilai €50 billion untuk memberikan geran kepada perniagaan kecil dan pekerja sendiri yang tidak mempunyai akses kepada kredit dari bank.

 

Perniagaan yang mempunyai sekurang kurangnya 5 pekerja layak memerima geran one-off bernilai €9,000 selama 3 bulan, manakala yang mempunyai sekurang kurangnya 10 pekerja layak menerima €15,000. Kerajaan juga menyediakan €500 billion bantuan kewangan untuk memberi modal kepada syarikat besar yang mempunyai lebih dari 250 pekerja. Pemilik rumah juga tidak dibenarkan untuk menghalau penyewa sekiranya mereka tidak mampu membayar sewa pada masanya disebabkan wabak ini. Jerman turut meluaskan skop bantuan dan jaminan untuk membantu syarikat dan perniagaan dengan tidak menerima pembayaran cukai. Jerman turut membayar pampasan kepada individu yang dibuang kerja. Kerajaan menyatakan bahawa skim tersebut bernilai €10.05 billion dan akan ditanggung Pejabat Pekerja Persekutuan.

 

Perancis

Seperti negara lain, Presiden Perancis; Emmanual Macron telah memberi jaminan bahawa Kerajaan Perancis akan menawarkan bantuan tanpa had kepada individu dan syarikat yang terkesan krisis, yang memakan perbelanjaan negara sebanyak €45 billion. Beliau turut menawarkan geran kepada pekerja yang diberhentikan. Menteri Kewangan dan Ekonomi Perancis telah menjanjikan sejumlah €300 billion jaminan negara Perancis terhadap pinjaman syarikat terhadap bank, dan sejumlah €1 billion jaminan yang sama dari Institusi Eropah.

 

Kerajaan turut menyatakan hasrat untuk menyelamatkan syarikat yang mempunyai saham pegangan kerajaan seperti Air France, dan telah menangguhkan cukai syarikat serta bayaran social sekuriti. Mereka juga menawarkan cuti sakit berbayar kepada ibu bapa yang terpaksa tinggal dirumah untuk menjaga anak sepanjang penutupan sekolah akibat wabak COVID-19.

 

Itali

Itali telah mengagihkan bantuan dari pakej bantuan fiscal yang bernilai €25 billion, dan menjanjikan bahawa tiada yang akan terkecuali. €1.15 billion dari dana ini telah diagihkan kepada pihak kesihatan dan sejumlah €1.5 billion ditawarkan kepada Agensi Pertahanan Awam, yang telah berkhidmat sepanjang wabak berlaku. Individu yang bekerja sendiri telah dijanjikan bayaran one-off bernilai €500 setiap seorang dan syarikat yang membayar gaji turut diberikan bantuan.

 

Syarikat dilarang sama sekali untuk memberhentikan pekerja, dan pekerja yang masih bekerja sepanjang krisis pandemic ini ditawarkan bonus sebagai ganjaran. Perniagaan yang terkesan dengan wabak ini telah dijanjikan jaminan pinjaman serta moratorium pinjaman. Bantuan kewangan ditawarkan kepada keluarga yang mempunyai anak. Pemandu teksi dan pekerja pos yang bekerja sepanjang krisis turut menerima mantuan kewangan yang sama. Kerajaan turut mengumumkan pelan untuk memberikan bantuan kewangan kepada syarikat penerbangan Itali, Alitalia.

 

Sepanyol

Perdana Menteri Sepanyol; Pedro Sanchez menyatakan bahawa pakej bantuan kerajaan sebagai “pengagihan sumber terbesar dalam sejarah demokrasi Sepanyol”. Bantuan ini merangkumi jaminan pinjaman kepada syarikat bernilai €100 billion. Bantuan ini bertujuan untuk menjamin kecairan dan pengaliran duit keluar dan masuk terutamanya kepada syarikit kecil dan sederhana. Pakej ransangan keseluruhan bernilai €200 billion.

 

Sanchez turut mengumumkan moratorium mortgage dan pembayaran bil kepada individu yang terkesan dengan wabak ini. Beliau menangguhkan pembayaran social sekuriti dan telah memperuntukkan €600 juta untuk membantu mereka yang masih berharap dengan bantuan sosial.

 

Baca juga : Kejatuhan Ekonomi Tidak Dapat Dielakkan

Rujukan : Financial Time

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!