Bitcoin Aset Digital Masa Kini?

BITCOIN ASET DIGITAL

Bitcoin, aset digital masa kini yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat. Bitcoin mula menjadi perhatian dunia pada tahun 2017 lebih spesifik pada bulan Disember 2017 dimana Bitcoin telah mencatatkan harga tertinggi iaitu didagangkan pada paras USD 19,877.4 bagi 1 Bitcoin dan ini bersamaan dengan RM85,423.13. Minggu ini Bitcoin sekali lagi mula menunjukkan peningkatan harga yang mendadak dengan harga semasa setinggi USD 9,000 dalam masa sehari sahaja. Jadi tidak hairanlah kalau Bitcoin sekarang ini menjadi perbualan masyarakat dunia sebagai salah satu kelas aset yang baru. Dibawah merupakan 4 sebab mengapa Bitcoin kini dikategorikan sebagai kelas aset yang baru.

 

1. Pelaburan

Bitcoin adalah aset dimana semua orang boleh melakukan pelaburan tetapi timbul persoalan adakah seseorang pelabur atau pedagang itu boleh masuk dan keluar dalam aset tersebut dengan mudah? Jawapannya adalah ya kerana jumlah dagangan pertukaran Bitcoin rata-ratanya sekitar $1 bilion sehari hingga suku pertama 2016, Bitcoin juga mempunyai kecairan yang hampir sama dengan ETF emas terbesar (GLD), dan tiga kali ganda daripada REIT ETF Vanguard ( VNQ) walaupun GLD dan VNQ menyimpan lebih banyak aset, masing-masing $34 bilion dan $56 bilion.

 

Ini menunjukkan bahawa Bitcoin boleh menjadi aset yang sangat cair dari masa ke masa, yang kebiasaanya disukai oleh para pelabur dan pedagang. Disamping aksesibilitinya di seluruh dunia antara salah satu faktor pendorong kecairan bagi aset ini. Malahan dalam kaji selidik juga mendapati bahawa peratusan penduduk dunia lebih cenderung untuk memiliki cryptocurrency berbanding ekuiti dalam syarikat yang diperdagangkan secara terbuka.

 

2. Profil Politik-Ekonomi

Bitcoin berbeza dari kelas aset utama yang lain berdasarkan nilai, tadbir urus dan kegunaannya. Bitcoin dapat mempermudahkan semua jenis transaksi, bermula dengan yang paling asas iaitu Bitcoin boleh dihantar ke seluruh dunia dengan pantas, mudah, dan tanpa sebarang kos dikenakan. Walaupun aset ini berasaskan digital dan mungkin ianya kelihatan asing, tidak hairan aset ini dicipta sesuai mengikut arus dunia. Menariknya lagi, Bitcoin menggunakan teknologi distributed ledger dimana ia sangat bertentangan dengan sistem mata wang fiat. Wang fiat hanya ditentukan oleh dasar monetari kerajaan manakala Bitcoin hanyalah matematik dan kod komputer. Ini merupakan antara faktor kredibiliti serta kepercayaan terhadap Bitcoin itu sendiri menaikkan lagi nilai aset tersebut.

 

BITCOIN ASET DIGITAL

3. Harga

Ramai orang mula menambahkan Bitcoin ke dalam portfolio pelaburan mereka dan ini disebabkan oleh harganya yang tidak berkait dengan aset-aset yang lain. Dalam satu kajian menunjukkan perbezaan harga antara S&P 500, bon AS, Bitcoin, emas, hartanah dan minyak (berdasarkan nilai bitcoin meningkat melebihi $ 1 pada awal 2011). Rajah di bawah, menunjukkan korelasi yang bermaksud jika aset A naik 5%, maka aset B turun 5%.

 

BITCOIN ASET DIGITAL

4. Risk-Reward Profile

Risk-Reward Profile yang paling baik dapat dilihat melalui penggunaan Sharpe Ratio, dimana fungsinya adalah untuk mengukur jumlah pulangan dari aset tertentu secara per unit risiko. Terdapat banyak aset-aset berprestasi tinggi, tetapi jika ianya tidak stabil, aset tersebut hanya akan memberikan sedikit pulangan atas risiko yang diambil. Gambarajah di bawah menunjukkan Bitcoin mempunyai nisbah Sharpe yang terbaik berbanding kelas aset lain.

 

BITCOIN ASET DIGITAL

 

Berdasarkan 4 faktor diatas tidak hairanlah Bitcoin kini menjadi salah satu aset yang amat bernilai serta mendapat perhatian dunia dan tidak mustahil juga harga Bitcoin selepas ini boleh melepasi harga tertinggi sebelum ini. Mari kita sama-sama saksikan.

 

 

Baca juga : Senarai Peristiwa Besar Kejatuhan Pasaran


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!