Psikologi Perdagangan – Hot Hand Fallacy

psikologi perdagangan - hot hand fallacy
PUBG Mobile

 

Pernah tak main permainan video sama ada “Mobile Legends” ataupun “PUBG?” Sekiranya pernah, mesti akan ada hari kita akan meraih kemenangan secara konsisten dalam setiap perlawanan. Ketika ini, kita percaya dalam setiap permainan seterusnya kita akan meraih kemenangan juga akan tetapi anda mesti akan sedikit terkejut ataupun kecewa kerana perkara sebaliknya yang berlaku. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan tentang “Hot Hand Fallacy” yang berkait dengan psikologi perdagangan.

 

Perkara ini merujuk kepada fenomena dimana kita sebagai manusia percaya bahawa jika orang ini menang dalam sesuatu permainan secara berturut-turut, maka pusingan permainan seterusnya juga akan membawa keputusan yang sama. Jelas sekali kepercayaan ini adalah karut sama sekali. Sebagai contoh, ‘Syafiq sudah banyak kali berjaya mendapat “Chicken Dinner” dalam permainan video PUBG, pusingan seterusnya sudah pasti dia akan menang lagi.”

 

Sementara fenomena “hot hand” ini sering berlaku dalam kehidupan seharian, terdapat kajian akademik yang membuktikan bahawa kejadian ini sangat berkait rapat dengan psikologi. Tambahan pula, dalam kajian terbaru fenomena ini dapat dibuktikan dengan beberapa acara sukan (kebiasaannya bola keranjang). Jadi, macam mana hot hand ni terjadi?

 

Hot Hand Dalam Kalangan Pelabur & Pedagang

Pertama sekali kita boleh kenal pasti bahawa kepercayaan ini dikongsi oleh ramai kaki judi dan tidak lari juga dalam kalangan pelabur sendiri. Ahli psikologi mengatakan bahawa hal ini berkait rapat dengan sikap manusia yang “heuristik” di mana ia merujuk kepada sikap ingin membentuk sesuatu keputusan yang bagus dalam masa yang singkat. Ini dapat dibuktikan dengan contoh dimana terdapat data yang mempengaruhi seorang pelabur dalam membuat keputusan sama ada untuk membeli atau menjual ‘mutual fund’ yang kebanyakkannya bergantung kepada rekod prestasi ‘fund manager’ tersebut meskipun terdapat bukti bahawa rekod beliau adalah sangat overrated!

 

Oleh itu, sudah jelas bahawa keputusan pelabur untuk menyerahkan duit mereka kepada fund manager adalah berdasarkan rekod sama ada fund manager itu mempunyai “hot hand” ataupun sebaliknya. Sekali lagi, hot hand fallacy merujuk kepada keaadaan psikologi dimana orang percaya bahawa seorang individu mempunyai ‘hot hand’ berdasarkan rekod prestasi sebelum ini.

 

Hot hand fallacy

 

Dalam dunia pelaburan, adalah tidak janggal bagi sesorang untuk memiliki keuntungan berturut-turut dimana kebanyakkannya didorong oleh momentum. Namun begitu, pemikiran yang bahawasanya keputusan terakhir adalah berpunca dari rekod-rekod sebelum ini adalah fenomena semata-mata. Walhal, seseorang pelabur yang merasakan dia mempunyai ‘hot hand’ akan menerima pelbagai spekulasi dan bias dari orang lain. Orang seperti ini akan menunjukkan beberapa simptom tingkah-laku seperti terlebih yakin dan berat sebelah dalam bias apabila membuat keputusan serta merasakan bahawa dia yang mengawal semuanya. Ini pun bukanlah simptom “hot hand” secara menyeluruh.

 

Dalam kajian modern, terdapat bukti dalam bentuk statistik yang menunjukkan fenomena “hot hand” dalam beberapa acara sukan. Salah satunya ialah ‘The Supreme Court`s May 2018’ dimana mereka memutuskan untuk melonggarkan undang-undang yang melarang perjudian dalam sukan di kebanyakkan negeri di US. Hal ini secara tidak langsung membuka ruang kepada 150 bilion USD diluluskan dalam perjudian haram baik dalam sukan amatur bahkan profesional di Amerika Syarikat setiap tahun.

 

Setelah itu, berjudi dalam sukan sudah lagi tidak menjadi asing di negara tersebut. Apa yang kita nampak dari kejadian ini, manusia cenderung untuk melihat rekod lampau prestasi seorang individu. Oleh itu, kita boleh menduga bahawa strategi pelaburan yang melibatkan fenomeno ‘hot hand’ dapat muncul. Secara peribadi, saya ingin mengatakan bahawa tiada apa yang kekal di dalam dunia ini. Tuhan telah menciptakan semuanya supaya tidak kekal yang kekal hanyalah diriNya sendiri. Bukan rekod winning streak kamu dan bukan rekod losing streak kamu juga. Ciduk itu pasti dan menang itu juga pasti. Jangan menyerah kalah, akan sentiasa ada penambah baikkan untuk orang sentiasa yang mencuba dan berusaha keras.

 

Baca juga : Senarai Peristiwa Kejatuhan Pasaran

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!