Strategi Perdagangan Richard Wyckoff

Strategi Perdagangan Terhebat Kini Dibongkar

 

Pada tahun 1930-an, lagenda Wall Street, Richard Wyckoff telah menghasilkan strategi perdagangan yang sehingga kini digunapakai oleh kebanyakan trader. Berikut adalah kunci utamanya :

 

Salah satu kunci utama ialah jika anda ingin berjaya dalam bidang ini, anda perlu belajar seperti profesional dan memahami apa yang mereka lakukan.

 

Pertama, trading & investing adalah seperti perniagaan-perniagaan lain. Apabila anda telah belajar untuk mengambil pandangan yang tidak memihak pada sesiapa, tidak bias pada berita, gosip, spekulasi, pendapat dan prasangka sendiri, anda akan menyedari bahawa pasaran adalah seperti perniagaan.

 

Mereka yang memahami pasaran hanya akan membeli pada harga yang rendah dengan idea untuk menjualnya semula pada harga yang tinggi, dan mereka hanya beroperasi dalam pasaran yang mempunyai kadar liquidity yang tinggi agar mereka boleh keluar masuk dalam pasaran dengan senang dan memperoleh keuntungan yang paling tinggi.

 

Trader profesional mengambil sedikit masa untuk mendapatkan posisi yang terbaik sebelum langkah besar dilakukan. Membeli terlalu banyak sekaligus akan menyebabkan harga meningkat terlalu cepat dan ianya tidak bagus untuk perkembangan pasaran. Persediaan dalam membuat langkah penting dalam pasaran boleh mengambil masa yang agak lama.

 

Pelabur besar atau pelabur individu tidak boleh terlalu kerap keluar masuk pasaran dalam satu sesi dagangan. Sebaliknya mereka perlu mengambil masa beberapa hari, minggu atau bulan untuk mengumpulkan (accumulate) harga. Oleh itu, trader profesional menggunakan beberapa langkah : pertama, mereka akan “shake out” trader kecil dengan memaksa pasaran turun lebih rendah bagi mendapatkan harga yang lebih baik. Mereka melakukan cara ini semasa psikologi pasaran sedang lemah, tidak aktif dan tertekan,

 

Apabila mereka ingin mengumpul harga (accumulate), mereka akan menyerang pasaran tersebut dan menjadikannya kelihatan lemah, dan memberi gambaran bahawa pasaran dalam keadaan heavy liquidation. Kemudian mereka akan cuba menaikkan harga dengan mengeluarkan beberapa berita baik mengenai pasaran yang mungkin sudah diketahuinya lebih awal.

 

Strategi Perdagangan Terhebat Kini Dibongkar

Buy The Rumors, Sell The Facts

Anda sering menyedari bahawa saham akan dijual pada harga tinggi apabila dividen saham, atau beberapa berita yang kuat muncul. Ini bukan berlaku secara spontan tetapi telah dirancang. Tujuannya adalah membuat wang untuk kepentingan insider dan ini hanya boleh dilakukan dengan menipu orang ramai, atau dengan mendorong orang ramai untuk menipu diri mereka sendiri.

 

Seterusnya, mari kita lihat contoh operasi pasaran biasa. Katakan Stratis (Strat) didagangkan dalam anggaran 0.000432 – 0.000893 BTC dan trader profesional melihat nilai Strat akan naik lebih tinggi. Mereka ingin membeli 100,000 Strat (contoh) tetapi ia merupakan satu jumlah yang besar. Untuk membuat keuntungan, mereka perlu beli pada harga yang lebih murah. Jadi mereka beli dalam jumlah tertentu terlebih dahulu dalam lingkungan harga semasa.

 

Strategi Perdagangan Terhebat Kini Dibongkar

 

Apabila harga mula naik, mereka memaksa harga turun dengan menjual semula pegangan mereka tadi supaya mereka boleh membelinya kembali dengan kuantiti yang lebih banyak dan nilai yang lebih murah. Dengan menggunakan kaedah ini, trader profesional berjaya menyingkirkan semua trader kecil dari pasaran tersebut.

 

Strategi Perdagangan Terhebat Kini Dibongkar

 

Pada paras harga 0.000893 BTC, pasaran bersedia untuk “mark up” apabila mereka membenarkannya. Kemudian mereka mula menaikkan harga dengan membeli lebih banyak dan menyebarkan spekulasi dan “berita baik.” Orang ramai yang melihat lonjakan harga tersebut akan turut terpengaruh. Dalam fasa ini, proses penyebaran berita, spekulasi dan publisiti dilakukan supaya lebih ramai orang akan tertarik untuk melakukan pembelian seterusnya menyokong kenaikan harga. Kesannya, “orang awam” adalah antara penyebab kenaikan harga pasaran secara tidak langsung.

 

Strategi Perdagangan Terhebat Kini Dibongkar

 

Tiba Masanya Untuk “Go Short!”

Proses ini tidak berhenti begitu sahaja. Walaupun harga sudah naik, untuk membuat keuntungan mereka perlu menjual pegangan mereka semula. Dalam satu dagangan, melibatkan dua pihak, buyer dan seller. Oleh itu mereka perlu mencari pembeli baru. Pembeli baru ini selalunya terdiri dari kalangan “FOMO.”

 

Trader profesional melakukan “big short position” ketika orang awam (FOMO) menjangkakan harga akan terus naik. Sedangkan mereka sedang terpedaya oleh pergerakan harga. Dalam fasa ini, mereka yang rakus, tamak dan kurang peka bagaimana pasaran beroperasi akan membeli dengan kuantiti yang banyak. Lebih malang lagi, mereka mempengaruhi “circle” mereka bahawa sekarang adalah “good buying opportunity.” Situasi yang sama terjadi pada Bitcoin.

 

Baca Juga : Psikologi Perdagangan – Hot Hand Fallacy

 

 

1 thought on “Strategi Perdagangan Richard Wyckoff

  1. Contoh yang mudah untuk di fahami..

    Pasaran mempunyai kenaikan dan penurunan..kita hanya perlu peka dengan kenaikkan yang berlakukan dan mampu bertahan daripada terus membuat keputusan tanpa menganalisi pasaran tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!