Pemikiran Minimalisme Dan Kesederhanaan

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran minimalisme dan kesederhanaan? Bagi sebahagian dari kita, dua perkataan ini mungkin kedengaran begitu membosankan kerana apa yang mereka cari adalah kehidupan yang serba mewah seperti memiliki kereta mahal, pakaian berjenama, rumah agam, kapal layar dan sebagainya. Hakikatnya, pemikiran minimalisme dan kesederhanaan ini boleh membantu kita keluar dari hidup yang mediocre.

 

Pemikiran Kersederhanaan dan Minimalisme
Credit : KC Parent

Konsep Idea Minimalisme

Konsep idea minimalisme sering dikaitkan dengan gaya hidup atau memiliki kebendaan yang minimum. Dari pendapat penulis, ianya lebih kepada pola pemikiran. Ianya sesuatu mindset yang dapat membantu kita membuat keputusan yang lebih berkualiti dengan cara memberi tumpuan kepada perkara yang mustahak dalam apa jua aspek kehidupan. Boleh jadi keputusan untuk penguruskan kewangan, mengurus perniagaan mahupun mengurus portfolio pelaburan.

 

Minimalisme adalah seni untuk meningkatkan daya fokus dengan cara menyingkirkan hal-hal remeh yang tidak akan menambah nilai hidup anda. Adakah anda bakal menghasilkan hasil yang memuaskan jika anda membahagikan fokus dan sumber kepada banyak perkara dalam satu masa? Hakikatnya, jumlah masa dan daya fokus kita amatlah terhad. Jadi kita seharusnya sentiasa hanya menyalurkan fokus dan sumber seperti wang dan masa kepada hal-hal yang mustahak.

 

Minimalisme Dalam Mencapai Impian

Andai kata anda mahu mencapai sesuatu impian yang besar. Jika anda tidak ada gambaran yang jelas terhadap hal mustahak untuk mencapai impian tersebut, kebarangkalian untuk anda leka dengan hal-hal remeh adalah tinggi. Hidup harus dimanfaatkan sepenuhnya. Dengan menjalani kehidupan harian melakukan dan memikirkan perkara yang tidak penting, ianya adalah tindakan sia-sia.

 

Ketika Mike Flint iaitu bekas juruterbang pelabur lagenda Warren Buffet menulis impiannya, beliau menyenaraikan sejumlah 25 buah impian. Sebaik saja ianya dipamerkan kepada pelabur hebat itu, beliau disuruh untuk menandakan 5 buah impian yang utama yang penting bagi beliau. Warren Buffet kemudiannya mengatakan “anda perlu elak dari mengejar impian selain 5 impian utama ini. Apa jua terjadi, impian selain 5 impian utama ini tidak sepatutnya diberi tumpuan sehingga anda berjaya mencapai 5 impian utama anda.”

 

Mark Zukerberg iaitu pengasas bersama syarikat Facebook, sering memakai stail pakaian yang sama setiap hari. Ini kerana beliau sedar bahawa beliau tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk membuat keputusan yang tidak mustahak. Fikirannya sentiasa dipenuhi dengan perkara yang penting dan bukannya hal-hal remeh dan ini salah satu punca utama kejayaan beliau yang hebat dalam bidang usahawan. Kita seharusnya mencontohi sikap mementingkan hal yang lebih mustahak seperti ini.

 

Kesimpulannya, kita sebagai manusia boleh mencapai apa jua perkara, tetapi bukan kesemuanya. Penting untuk kita menyenaraikan keutamaan kita supaya kekal fokus dan komited. Kerana untuk mencapai apa yang anda perlukan, ianya sering menuntut pengorbanan terhadap perkara yang tidak diperlukan. Oleh yang demikian, sudahkah anda mula memilih keutamaan dan singkirkan perkara lain yang tidak menyumbang kepada matlamat tertinggi anda?

 

Baca juga : Strategi Perdagangan Richard Wyckoff

 

The ability to simplify means to eliminate the unnecessary so that the necessary may speak – Hans Hoffman

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!