Pengajaran Dari Sir Isaac Newton

Kita mungkin mengenali Sir Isaac Newton sebagai seorang genius dalam dunia sains. Tapi tahukah anda, beliau juga pernah terlibat dalam pelaburan. Terdapat satu peristiwa menarik mengenai penglibatan beliau dalam pelaburan. Mungkin kisah Sir Isaac Newton ini dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua.

 

Pada penghujung musim bunga tahun 1720, Sir Isaac Newton memutuskan untuk menjual sahamnya. Newton telah menjadi pelabur di South Sea Company, sebuah syarikat yang terkenal yang memonopoli perdagangan di Amerika Selatan. Dari pelaburan itu, Newton telah mengaut keuntungan melebihi 100% dalam masa yang singkat. Malah, para pelabur berpusu-pusu untuk membeli saham South Sea Company.

 

Disebabkan permintaan terhadap saham itu meningkat, ini membuatkan harga saham semakin tinggi. Newton merasakan bahawa pasaran semakin panas. Ia tidak lagi masuk akal baginya. Jadi beliau menjualnya. Walau bagaimanapun, terdapat satu masalah. Harga saham South Sea Company bagaikan dilupakan graviti, meningkat dan terus meningkat. Situasi seperti ini sangat bahaya.

 

South Sea Company Bubble
South Sea Stock Buble (Sumber : TradePlacer)

 

Semua kenalan Newton semakin kaya. Disebabkan keadaan pasaran yang begitu menggiurkan, Newton kembali lagi dan membeli semula saham South Sea Company. Pada masa itu harga sudah melambung tinggi, 3 kali ganda dari harga asalnya. Price bubble sampai ke titik maksima dan pasaran akhirnya menjunam jatuh. Newton kehilangan semua wang simpanannya dan keuntungan yang beliau perolehi sebelum ini lesap begitu sahaja. Selepas peristiwa itu, Newton berkata :

 

Saya boleh mengira pergerakan bintang, tetapi tidak kegilaan orang ramai.

 

Sekarang, sudah lebih sepuluh tahun sejak krisis kewangan global 2008 terjadi. Sejak hari itu, kita telah menyaksikan rangsangan monetari yang tidak pernah berlaku sebelum ini, bank pusat di seluruh dunia telah menambah kecairan dan bekalan wang ke dalam pasaran. Kesan dari itu, terjadinya bubble yang besar dalam asset price di seluruh dunia.

 

Saham, bon dan hartanah berada pada paras tertinggi sepanjang masa. Banyak aset alternatif seperti ekuiti tidak ketinggalan, turut berlaku kenaikan harga. Hampir setiap metrik objektif menunjukkan pasaran sangat mahal (overpriced). Anda perlu tahu setiap perkara ada batasnya. Seperti mana hukum alam. Siang akan berganti malam. Begitu juga dengan pasaran. Setiap kenaikan, pastikan akan disusuli oleh penurunan.

 

Pasaran sudah overvalue, adakah masuk akal untuk masuk (buy) ke dalam pasaran ketika harga sudah mahal? Letakkan diri di posisi seorang peniaga. Untuk membuat keuntungan, anda perlu membeli pada harga borong dan menjual pada harga runcit. Jadikan apa yang berlaku pada Sir Isaac Newton sebagai pengajaran.

 

Untuk membuat keuntungan dalam pasaran, anda perlu sentiasa mencari pasaran yang sedang undervalued. Walau bagaimanapun, bukan semua pasaran undervalued menjanjikan keuntungan. Di sini, anda memerlukan kemahiran analisis. Anda boleh menggunakan fundamental analisis untuk membuat penilaian, sejauh mana sesuatu pasaran itu boleh pergi. Selain itu, pelaburan memerlukan kesabaran. Jangan beli pada hari ini dan mengharapkan esok anda akan terus mendapat laba.

 

Baca juga : Operation Ajax – Campur Tangan Barat Di Iran

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!