Sejarah The Great Depression 1930

Great Depression

 

Great Depression merupakan kejatuhan ekonomi yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah peradaban dunia yang berlaku sepanjang 1929 hingga 1939. Situasi ini bermula setelah kejatuhan pasaram saham pada October 1929 (Black Thursday). Beberapa tahun berikutnya, kadar perbelanjaan dan pelaburan menurun, menyebabkan penurunan ketara terhadap pengeluaran industry dan pengangguran mula meningkat. Pada 1933, keadaan ekonomi berada pada fasa terburuk dimana 15 juta rakyat Amerika Syarikat menganggur dan hampir separuh bank di negara tersebut gagal beroperasi.

 

Apakah Penyebab berlakunya Great Depression?

Sepanjang 1920-an, ekonomi Amerika Syarikat berkembang secara pesat, dan kekayaan negara tersebut bernilai lebih dari sekali ganda antara 1920 dan 1929. Tempoh ini dikenali sebagai ‘The Roaring Twenties’.

 

NYSE, Bursa Saham yang berpusat di Wall Street di bandar New York, merupakan tempat berlakunya pelbagai spekulasi. Disinilah yang menyaksikan jutawan, tukang masak, dan pencuci meletakkan wang simpanan mereka ke dalam pasaran saham. Keadaan ini mengakibatkan pasaran saham berkembang pesat, dan mencapai puncaknya pada Ogos 1929.

 

Ketika itu, kadar pengeluaran sudah mula menunjukkan penurunan dan pengangguran mula meningkat. Harga saham menunjukkan overvalued. Emolumen pada ketika itu berada pada paras rendah, hutang pengguna semakin meningkat, sektor pertanian bergelut disebabkan oleh kejatuhan harga makanan dan bank bank pula masih mempunyai lebihan pinjaman besar yang tidak dapat dicairkan.

 

Ekonomi Amerika Syarikat memasuki fasa kemelesetan sederhana pada musim panas 1929. Perbelanjaan pengguna semakin perlahan dan barangan tidak terjual mula bertambah dan mengakibatkan pengeluaran kilang semakin perlahan. Walaupun keadaan ekonomi sedemikian, pasaran saham menunjukkan keadaan sebaliknya dimana harga saham tetap terus meningkat, sehinggakan pada musim luruh tahun yang sama, paras harga saham begitu memuncak ke tahap yang tidak dapat dijangka.

 

 

Kejatuhan Pasaran Saham 1929

Pada 24 Oktober 1929, penjualan panik mula berlaku dalam kalangan pelabur. Detik hitam dalam pasaran saham yang ditakuti telah tiba. Pada hari itu, atau lebih dikenali sebagai Black Thursday, sejumlah 12.9 juta saham telah didagangkan dalam satu hari.

 

Lima hari kemudian, sejumlah 16 juta saham telah didagangkan setelah satu lagi gelombang panik melanda pelabur. Berjuta juta saham akhirnya menjadi tidak bernilai manakala pelabur yang melakukan pembelian saham melalui ‘margin’, mengalami kerugian besar ataupun stop out. Hari yang bertarikh 29 Oktober itu juga dikenali sebagai Black Tuesday.

 

Setelah keyakinan pengguna lenyap pada penghujung kejatuhan pasaran saham, penurunan perbelanjaan dan pelaburan telah menyebabkan pengeluaran kilang kilang dan perniagaan semakin berkurang dan mereka mula memecat pekerja. Bagi yang bernasib baik dikekalkan sebagai tenaga pekerja, gaji menurun dengan begitu ketara dan keadaan ini menyebabkan kuasa membeli semakin menurun.

 

Ramai pelabur yang terpaksa berbelanja secara tunai terjerumus kedalam hutang, dan dalam masa yang sama kadar penyitaan dan pengambilan semula harta semakin meningkat. Pematuhan global terhadap emas juga telah menyebabkan penyebaran permasalahan ekonomi ini ke seluruh dunia termasuk Eropah.

 

Bank dan Pentadbiran Presiden Hoover

Walaupun mendapat jaminan dari Presiden Herbert Hoover dan pemimpin lain bahawa krisis akan tamat, keadaan berterusan dengan situasi yang lebih buruk sepanjang tiga tahun seterusnya. Pada 1930, 4 juta rakyat Amerika yang mencari kerja masih kekal dalam pengangguran dan angka pengangguran ini terus meningkat ke 6 juta pada 1931.

 

Kadar pengeluaran industri Amerika pada ketika itu menurun ke tahap separuh dari sebelumnya. Individu yang tidak mempunyai tempat tinggal semakin bertambah di bandar bandar. Petani semakin tidak mampu untuk menuai hasil dan mengakibatkan tanaman terus reput di ladang dan orang ramai di tempat lain kelaparan. Pada 1930, kemarau di kawasan Selatan membawa angin kencang dan debu dari Texas ke Nebraska telah membunuh orang, ternakan dan juga tanaman. Keadaan ini menjadi salah satu penyebab utama penghijrahan besar besaran orang dari kawasan ladang ke bandar untuk mencari pekerjaan.

 

Pada musim luruh tahun 1930, satu daripada empat gelombang panik bermula. Sejumlah besar pelabur mula hilang keyakinan terhadap bank mereka dan menuntut deposit dalam bentuk tunai. Keadaan ini memaksa bank untuk mencairkan pinjaman untuk menambah rizab simpanan tunai yang semakin berkurang.

 

Ketika keadaan yang kian meruncing, pentadbiran Hoover cuba untuk menyelamatkan bank bank dan institusi lain yang gagal beroperasi dengan pinjaman kerajaan; dengan hasrat pihak bank dapat menggunakannya untuk menyediakan pinjaman perniagaan supaya mereka dapat menambah tenaga kerja untuk mengurangkan pengangguran.

 

Selepas Pemilihan Roosevelt

Hoover, seorang republikan yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat percaya bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan secara lansung dalam hal ekonomi, dan juga tidak seharusnya bertanggungjawab untuk mencipta peluang pekerjaan atau memberi bantuan ekonomi terhadap rakyatnya.

 

Pada 1932, ketika Amerika Syarikat berada dalam situasi Great Depression yang kian meruncing dimana hampir 15 juta rakyat- lebih dari 20% populasi Amerika Syarikat menganggur, Ahli Demokratik, Franklin D. Roosevelt memperoleh kemenangan luar biasa dalam pemilihan Presiden.

 

Pada hari Perlantikan, 4 Mac 1933, semua negeri dalam Amerika telah mengarahkan semua bank ditutup pada penghujung gelombang panik keempat, dan Perbendaharaan Amerika Syarikat pada ketika itu tidak mempunyai tunai yang cukup untuk membayar gaji pekerja kerajaan. Namun begitu, Roosevelt masih bersikat optimistik dengan mengistiharkan ‘satu satunya perkara yang perlu ditakuti adalah ketakutan itu sendiri’.

 

Franklin D. Roosevelt

Franklin D. Roosevelt (Sumber: History Extra)

 

Roosevelt kemudian mengambil tindakan segera untuk memulihkan isu ekonomi yang melanda Amerika Syarikat pada ketika itu. Beliau mengumumkan 4 hari cuti untuk bank dimana bank perlu menghentikan operasi untuk memberi laluan kepada Kongres untuk meluluskan rang undang undang reformasi. Beliau turut berbicara kepada rakyat secara lansung melalui radio dalam beberapa siri ucapan untuk dalam usaha untuk membantu memulihkan keyakinan rakyat.

 

Sepanjang 100 hari pertama Roosevelt memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat, pentadbirannya berjaya meluluskan undang undang yang bertujuan untuk menstabilkan industri dan pengeluaran pertanian, mencipta peluang pekerjaan dan merangsang pemulihan ekonomi.

 

Antara usaha tambahan yang dilakukan Roosevelt adalah mereformasikan sistem kewangan, mewujudkan Perbadanan Insurans Deposit Persekutuan (FDIC) untuk melindungi akaun pendeposit dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) untuk mengawal pasaran saham dan menghalang salah guna yang menjadi punca kejatuhan ekonomi pada 1929.

 

 

 

Langkah Langkah Pemulihan

Antara program dan institusi yang membantu pemulihan dari Great Depression adalah Tennessee Valley Authority (TVA), yang membina empangan dan projek hydroelektrik untuk mengawal banjir dan menyediakan tenaga elektrik ke wilayah Tennessee, dan Works Progress Administration (WPA), program pekerjaan tetap yang telah menggajikan hampir 8.5 juta rakyat dari 1935 hingga 1943.

 

Ketika bermulanya Great Depression, Amerika Syarikat merupakan satu satunya negara berindustri di dunia yang tidak mempunyai insurans pengangguran ataupun keselamatan sosial. Pada 1935, Kongres telah meluluskan Akta Keselamatan Sosial yang menyediakan rakyat Amerika yang menganggur dengan pencen pada usia tua.

 

Setelah ekonomi menunjukkan tanda tanda pemulihan pada musim bunga tahun 1933, ekonomi meneruskan kenaikan selama tiga tahun seterusnya. Purata KDNK (disesuaikan dengan inflasi) berkembang dengan kadar 9% setiap tahun.

 

Kemelesetan ekonomi kembali melanda pada 1937 disebabkan oleh keputusan Federal Reserve untuk meningkatkan jumlah rizab tunai. Walaupun ekonomi bertambah baik pada 1938, penguncupan ekonomi kedua ini telah menjatuhkan angka pengeluaran dan berlaku peningkatan pengangguran. Keadaan ini telah memanjangkan kesan Great Depression sehingga penghujung dekad tersebut.

 

Kesusahan ketika era kemelesetan teruk itu telah mendorong kemunculan Gerakan politik ekstrimis di pelbagai negara Eropah, terutamanya yang dilakukan oleh rejim Nazi Adolf Hitler di Jerman. Pencerobohan Jerman telah menyebabkan perang meletus di Eropah pada 1939. WPA mengambil tindakan untuk memperkuatkan infrastruktur ketenteraan Amerika Syarikat walaupun negara tersebut mengambil pendekatan berkecuali pada ketika itu.

 

Orang Africa-America Ketika Great Depression

Satu perlima rakyat Amerika yang menerima bantuan persekutuan sepanjang Great Depression, adalah berkulit hitam yang kebanyakannya di kawasan luar bandar Selatan. Namun begitu, kerja ladang dan domestik yang banyak didominasi oleh golongan erkulit hitam tidak termasuk dalam Akta Keselamatan Sosial 1935 dan membuatkan mereka ini tidak mempunyai sebarang jaminan ketika kemelesetan tersebut. Pihak majikan mengambil jalan mudah dengan mengurangkan gaji kepada mereka tanpa dikenakan sebarang tindakan undang undang. Selain itu, bantuan yang layak diterima oleh golongan ini turut didiskriminasi kerana kebanyakan program bantuan tersebut dijalankan di kawasan tidak terpencil.

 

Walaupun terdapat rintangan sebegini, ‘Kabinet Berkulit Hitam’ dibawah pentadbiran Roosevelt yang diketuai oleh Mary Mc Leod Bethune mengambil tindakan dengan memastikan hampir semua Agensi Kerajaan mempunyai Penasihat berkulit hitam. Kesannya, jumlah Afrika-Amerika yang berkhidmat dalam sektor kerajaan meningkat tiga kali ganda.

 

Wanita Ketika Great Depression

Antara golongan lain yang turut mendapat kerja ketika zaman kemelesetan tersebut adalah golongan wanita. Sepanjang 1930 hingga 1940, jumlah wanita yang bekerja di Amerika Syarikat meningkat 24% dari 10.5 juta ke 13 juta. Tekanan kewangan akibat kemelesetan turut mendorong wanita untuk mencari pekerjaan dalam jumlah yang lebih banyak memandangkan sang suami hilang pekerjaan. Penurunan kadar perkahwinan sebanyak 22% antara 1929 dan 1939 turut menjadi punca peningkatan jumlah wanita yang mencari kerja.

 

Keadaan ini turut didorong oleh First Lady ketika itu; Eleanor Roosevelt yang turut melobi suaminya untuk lebih banyak kerja untuk wanita di pejabat- seperti Setiausaha Buruh, Frances Perkins, wanita pertama yang memegang jawatan Kabinet.

 

Walaupun kerja yang ada untuk golongan wanita dibayar gaji rendah, kerja tersebut boleh dikatakan stabil ketika berlakunya krisis. Namun begitu, keadaan ini diganti dengan kewujudan lebih banyak tugas tugas kesetiausahaan dalam kerajaan Roosevelt yang semakin berkembang. Keadaan ini datang dengan kesan tersendiri dimana lebih daripada 25% kod kerja dibawah Pentadbiran Pemulihan Nasional menetapkan gaji lebih rendah untuk wanita.

 

Wanita berkahwin terpaksa berhadapan dengan masalah tambahan. Sejak 1940, 26 wilayah telah meletakkan satu sekatan yang dikenali sebagai ‘Marriage Bar’ terhadap penggajian mereka kerana mereka dianggap mengambil alih tugas dari lelaki yang berkebolehan, walaupun kerja tersebut sebenarnya tidak mahu dilakukan oleh orang lelaki dan mereka melakukannya dengan gaji yang lebih rendah.

 

Women Unemployment

Marriage Bar (Sumber: bustle.com)

 

Tamatnya Great Depression dan Bermulanya Perang Dunia Kedua

Melalui keputusan Roosevelt untuk menyokong Britain dan Perancis ketika mereka bergelut menentang Jerman dan Kuasa Axis yang lain, industri pertahanan melakukan persiapan. Keadaan ini menghasilkan lebih banyak pekerjaan dalam sektor swasta. Serangan Jepun terhadap Pearl Harbor pada Disember 1941 telah mendorong penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua. Situasi ini membuatkan pengeluaran kilang berada pada tahap maksimum.

 

Peningkatan dalam pengeluaran industry pada awal 1942 telah mengurangkan kadar pengangguran ke bawah paras sebelum Great Depression. Great Depression akhirnya tamat dan Amerika Syarikat memberi sepenuh tumpuan kepada konflik Perang Dunia Kedua.

 

Pearl Harbor Attack

Serangan Pearl Harbor (Sumber: Google)

Baca juga: Sejarah Campur Tangan Barat di Iran

Sumber: History

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!