Pemilihan Timeframe Dalam Trading

Pemilihan Timeframe Dalam Trading

Adakah anda seorang trader baru? Artikel ini sesuai untuk anda yang masih tidak tahu pendekatan trading yang hendak digunakan terutamanya dalam pemilihan timeframe.

Didalam trading pelbagai jenis timeframe yang terdapat pada platform trading yang ditawarkan seperti MT4, MT5 dan Trading View. Pemilihan timeframe amatlah penting dan pemilihan timeframe juga dibuat berdasarkan saiz modal anda dan pendekatan trading yang anda hendak gunakan.

Kebanyakan pro trader selalu menasihatkan supaya mengutamakan daily timeframe(D) kerana daily timeframe mewakili psikologi pasaran itu sendiri. Tetapi sudah tentu penggunaan timeframe daily memerlukan modal yang besar dan tentulah risiko yang besar juga turut ditanggung.

Sebagai retail trader amat sukar untuk bertahan atas faktor modal yang ada adalah terhad dan tidak sesuai dengan pendekatan menggunakan daily timeframe.

Jadi timeframe apa yang sesuai digunakan bagi retail trader yang modalnya adalah terhad. Perlu diingatkan setiap jenis trader mempunya kelebihan dan kekurangan.

Jadi dibawah ini adalah senarai bagi jenis trader dalam memilih timeframe berdasarkan saiz modal anda.

  1. Scalper (Short term)

Kebiasaannya timeframe yang digunakan adalah Min1-Min15. Manakala dari segi risiko pula lebih rendah. Perlu keluar dan masuk pasaran dalam tempoh yang singkat. Trader seperti ini perlu membuka position yang banyak dan perlu sentiasa melakukan pemerhatian terhadap turun naik harga dalam pasaran.

  1. Day Trader (Short term)

Timeframe yang biasa digunakan adalah M15-H1. Keluar dan masuk dalam pasaran hanya dalam tempoh satu hari sahaja. Kebiasaanya sasaran pips/keuntungan pun tidak banyak. Day trader lebih banyak melihat sentimen dan perlu sensitif dengan berita semasa.

  1. Swing Trader (Long term)

Timeframe yang biasa digunakan adalah H1-W1. Manakala M15 adalah untuk masuk dan keluar dari pasaran. Swing trader lebih memfokuskan pada price action, trends dan reversal. Lebih menitikberatkan analisa fundamental. Tidak boleh dipengaruhi oleh emosi. Trader boleh mengekalkan posisi trading melebihi sehari malahan berminggu lamanya. Risiko bagi swing trader juga lebih besar berbanding day trader.

  1. Position Trader

Timeframe yang digunakan adalah W1-MN. Menggunakan strategi BUY & HODL. Kebiasaanya akan hold position lebih dari 6 bulan. Position trader lebih terikat dengan analisa fundamental. Manakala dari segi risiko pula lebih besar dari swing trading. Antara kelebihan bagi position trader adalah anda tidak perlu monitor posisi trading anda sepanjang masa.

 

Baca juga : Bitcoin Aset Digital Masa Kini?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!