Teori Big Round Number (BRN) Di Dalam Trading

Menurut teori big round number (BRN), pergerakan harga dipengaruhi oleh psikologi traders. Semua pergerakan dalam pasaran tidak berlaku secara kebetulan kerana terdapat sebab yang sah disebalik setiap kejadian. Antara round number dan nombor lain, fikiran manusia lebih cenderung kepada round number. Ini bukan hanya berlaku dalam pasaran tetapi juga terjadi dalam kehidupan seharian kerana round number lebih mudah diingat. Contoh situasi, apabila seseorang bertanya kepada anda,

Pukul berapa sekarang?

big round number
Foto : ArtStation

 

Anda melihat jam, jam menunjukkan pukul 12.29 malam. Apa jawapan yang akan anda berikan? Berdasarkan psikologi, ramai orang (mungkin bukan semua) cenderung mengatakan 12.30 malam berbanding 12.29 malam. 12.30 merupakan round number. Atau bagaimana sekiranya anda melihat sesuatu barangan yang diiklankan bernilai RM9.99? Dalam minda anda, anda mungkin akan membundarkan harga itu menjadi RM10.00 dan bukannya RM9.99. Perkara yang sama berlaku dalam trading apabila traders menjalankan analisis teknikal dengan mengkaji price chart.

 

Kebanyakan traders mempunyai kecenderungan untuk membundarkan angka yang mereka lihat dalam price chart. Oleh kerana psikologi ini, traders cenderung menggunakan round number dalam mengenalpasti support & resistance (SNR) di dalam pasaran. Mereka juga cenderung mengambil keuntungan (TP) dan menghentikan kerugian (SL) di kawasan di mana tahap harga dibundarkan. Sebagai contoh, traders lebih cenderung meletakkan TP atau SL di tahap harga 1.13300 berbanding 1.13308.

 

 

Dalam trading, teori big round price biasanya merujuk kepada harga di mana terdapat sifar berganda (atau lebih), misalnya 1.13300 atau 1.13000. Mereka secara psikologi percaya, lebih banyak sifar lebih kuat tahap psikologi, sokongan dan rintangan. Round price sentiasa menjadi pilihan traders dalam menganalisis pergerakan harga pada masa hadapan.  Mereka percaya harga cenderung mengikut pola yang sama kerana kebanyakan peserta dalam pasaran cenderung untuk menggunakan round price.

 

Baca Juga : Pengajaran Dari Sir Isaac Newton

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!