Halangan Psikologi Dalam Trading

Kebanyakan traders menghabiskan masa bertahun-tahun untuk mencari dan membangunkan sistem dengan jangkaan sistem itu akan memberikan hasil yang sangat baik untuk mereka. Walau bagaimanapun, sangat sedikit yang mendedikasikan masa untuk menyelidiki secara mendalam aspek psikologi mereka sendiri sebagai manusia dan sebagai pemain pasaran. Secara tidak langsung mereka mengabaikan bahagian paling penting bagi individual traders iaitu psikologi dalam trading.

 

Mempunyai sistem yang baik, ditambah dengan pengurusan kewangan dan trading plan, memang sangat penting. Tetapi semua itu tidak akan berfungsi sepenuhnya melainkan jika pemain pasaran memahami semua halangan psikologi yang mempengaruhi keputusan dan tindak balas yang dibuatnya. Trading mesti melibatkan semua elemen ini dengan cara yang seimbang. Apa yang melintas dalam fikiran anda apabila portfolio anda mempunyai hasil negatif? Perkara pertama yang semua orang lakukan adalah salahkan sistem. Jarang sekali orang melihat ke dalam diri sendiri apa sebenarnya yang berlaku pada masa itu.

 

Pakar tahu bahawa untuk setiap belian pasti ada jualan dan sentiasa ada peluang yang baik di sisi lain dagangan. Tanya diri sendiri, apa itu? Bolehkah anda melihat sisi lain? Bolehkah anda melihat pasaran dari arah yang bertentangan? Bolehkah anda melawan bias sendiri? Jika anda tidak tahu mengapa ada pihak lain menjual semasa anda membeli (dan sebaliknya), maka anda akan kehilangan sesuatu, dan kemungkinan akan membuatkan anda jatuh ke dalam perangkap dagangan. Anda tidak boleh buy/sell hanya kerana :

 

  • Moving average bersilang
  • Support/resistance breakout
  • Divergence
  • RSI, Stoch dll extremely low/high
  • Trendline breakout
  • Candlestick reversal signal

 

Fikirkan apa yang difikirkan oleh “the other side of the trade” dan bukan bertindak berdasarkan bias sendiri. Selain itu, masalah terbesar adalah perlu atau tidak mengakui bahawa bias anda tentang pasaran adalah salah sebelum mengambil posisi dagangan. Manusia didorong oleh ego. Disebabkan itu, ada sesetengah orang tidak akan mengakui kesilapan sendiri, setiap kali loss dalam pasaran mereka akan letakkan kesalahan pada perkara lain. Alasan yang biasa digunakan :

 

  1. Hari ini hari Isnin, market belum panas.
  2. Hari ini hari Jumaat, orang buat profit taking.
  3. Sekarang musim cuti, ramai withdraw.
  4. Sekarang awal tahun, market belum panas.
  5. Market jadi macam ini sebab tweet Trump.
  6. Market sentiasa betul.
  7. Market bukan kita punya.
  8. Salah weak hand sebab buat panic selling.
  9. Teknik ini tak cukup baik.
  10. Salah Fed.

 

Anda tidak akan dapat belajar dari kesilapan dan kelemahan anda jika anda tidak bertanggungjawab ke atas semua tindakan dan keputusan yang anda ambil. Ingat, semua orang boleh trade tapi tak semua orang mampu jadikan trading sebagai satu kerjaya. Semua orang boleh membuat profit tapi tak semua orang mampu menangani loss dengan baik. Semua orang boleh menganalisis pasaran tapi tak semua orang mampu melihat pasaran dari arah berbeza.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!