Covid-19 : Trump Cuba Membuka Kotak Pandora

Dalam Mitos Greek (Yunani), Pandora membuka penutup bagi sebuah kotak dan melepaskan segala masalah ke atas muka bumi termasuk penyakit, kesengsaraan, kematian, kemiskinan dan kesusahan. White House dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Trump baru-baru ini seolah menyerap mitos Yunani tersebut dengan menuduh China ke atas Covid-19. Beliau menyatakan Virus Covid-19 telah terlepas dari sebuah makmal penyelidikan di Wuhan di mana pengkaji perubatan sedang mengkaji keberadaan Virus tersebut di dalam kelawar.

 

Angka Kematian Mencecah 80,000 di US angkara Covid-19

Somebody was stupid,” kata Donald Trump untuk cuba mengalihkan perhatian dunia daripada kecuaian beliau yang meragut nyawa lebih 80,000 rakyat Amerika Syarikat & makin meningkat setiap hari dalam pemerhatian beliau. Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkeras bahawa mereka mempunyai “Enormous Evidence” atau bukti yang sangat kuat untuk memperkasakan kenyataan Trump. Namun, tiada satu bukti pun yang mereka keluarkan untuk menyokong kenyataan terbabit. Setelah mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan menyebabkan kekocohan dalam Media Massa, Pomeo kemudiannya mengubah pendirian dan menyatakan “Kami masih tiada kepastian.”

 

Covid-19, Adakah Ianya Virus yang Diubahsuai Secara Genetik ?

Kebanyakan saintis berpendapat bahawa khabar angin tentang makmal di Wuhan hanyalah Mitos Moden, mereka percaya bahawa virus tersebut tersebar melalui kelawar ke haiwan ternakan sebelum menjangkiti manusia. US Intelligent Agency di bawah kuasa Trump masih tidak mengendahkan kenyataan beliau malah bersetuju dengan pendapat saintis yang rata-ratanya berpendapat bahawa Covid-19 bukanlah buatan manusia atau mengalami pengubahsuaian genetik.

 

Covid-19 : Trump Cuba Membuka Kotak Pandora
Kelawar dipercayai menjadi penyebab Covid-19 di Wuhan (Photographer: He Huan/Xinhua)

 

Walaupun Pompeo menarik balik kenyataan beliau, sebuah penerangan yang jelas dan telus di peringkat antarabangsa amatlah diperlukan. Covid-19 telahpun membebaskan semua kejahatan yang ada di dalam Kotak Pandora, sepatutnya mereka mengambil iktibar untuk tidak menuding jari. Kita kini berada dalam era baru pandemik, yang mana tanpa pengetahuan saintifik yang betul, polisi kesihatan yang kukuh atau protokol sosial yang ketat untuk mengurangkan kesan pandemik ini, dunia tidak akan pulih dari peperangan peluru lutsinar yang tiada berpenghujung.

 

Pakar Kesihatan Global kini cemas mencari jawapan kompleks bagi soalan yang ringkas.

Kunci untuk menutup kotak pandora ini adalah jawapan bagi soalan, “Spesis mana yang menyampaikan virus ini kepada manusia.” Saintis Pakar daripada World Health Organization WHO telah giat mencari jawapan bagi persoalan yang sangat ringkas ini sebelum “Lockdown” di Wuhan menghalang mereka untuk meneruskan kajian. Jika virus ini terhasil dalam habitat semulajadi, sudah semestinya China adalah negara yang paling inginkan jawapan dan giat mencari punca lebih daripada suluruh dunia inginkannya. Namun begitu, Beijing juga tidak bersetuju untuk siasatan dijalankan oleh pihak antarabangsa.

 

China berpendapat bahawa teori kotak pandora Trump itu hanyalah cerminan bagi kegagalan bagi kepimpinan beliau yang tidak kompetan dalam menangani krisis. Tapi jika siasatan terbuka dijalankan terhadap punca penyakit tersebut, tampuk kepimpinan China termasuk Presiden Xi Jinping juga akan dipersoal atas kegagalan mereka dalam menangani penularan wabak coronavirus  dan menutup segala butiran yang penting pada peringkat awal penularan wabak ini di Wuhan. Atas dasar politik, ianya sangat tidak masuk akal untuk China membuka pekung mereka sendiri.

 

Oleh itu, China telah bertindak dengan kemarahan atas permintaan Menteri Luar Australia, Marise Payne yang inginkan “Independent Review” atau siasatan terbuka di peringkat antarabangsa tentang punca dan sebab penularan bagi covid-19. Duta China ke Canberra muncul menggugat Australia dengan mengajak pengguna China untuk boikot segala produk yang dikeluarkan oleh Australia seterusnya memetik sentimen anti-China dikalangan rakyat Australia.

 

Covid-19 : Trump Cuba Membuka Kotak Pandora
(Photo credit via Getty Images)

 

Kemanakah hala tuju semua konflik ini? Tuduhan yang tidak berasas dan langsung tidak professional oleh pihak US, tingkah laku yang tidak diplomatik dan bersifat hanya ingin menunjukkan taring oleh duta China menyebabkan dunia memandang ancaman pandemik ini seakan-akan tiada penghujung dan kesudahan serta menyebabkan kejatuhan ekonomi keseluruhannya. Perjanjian Dagang “Fasa-Pertama” oleh US-China seolah lesap begitu sahaja walaupun terdapat banyak usaha daripada pelbagai pihak untuk berbincang dan membaik pulih hubungan dagang ini.

 

Namun ianya tidak pernah selesai oleh kerana US masih menutup pintunya baik untuk Rakyat China mahupun Barang-barang buatan China. Ketegangan juga semakin meningkat apabila China terlalu ghairah menceroboh Selat Formosa atau Selat Taiwan dan juga Laut China Selatan. Dalam masa yang sama, kenyataan Trump semakin hari semakin membimbangkan dan boleh menimbulkan ketegangan. Beliau dengan terbuka melontarkan tuduhan serta membuat kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab. Menurut beliau,

 

Ini lebih teruk daripada Perang Pearl Habor, lebih parah daripada peristiwa World Trade Center. Kita tidak pernah menerima serangan seperti ini.

 

Kita dalam keadaan yang sangat bahaya. Kita mesti ingat, sekali ianya dibuka Kotak Pandora tidak akan boleh ditutup lagi.

 

Harapan Agar Vaksin bagi Covid-19 ini akan muncul.

Petikan daripada New England Journal Of Medicine, sekumpulan pakar penyelidik lebih optimistik dan percaya bahawa kita masih ada harapan untuk mendapatkan vaksin. Kesemua Pakar di seluruh pelusuk dunia kini berada dalam “Race For a Covid-19 Vaccine.” Mereka sedang berlumba untuk memastikan dunia kembali pulih dan tidak menghiraukan ketegangan politik yang berlaku.

 

Baca juga : Halangan Psikologi Dalam Trading

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!