Bitcoin Kelas Aset Utama Tahun 2020.

Bitcoin Kelas Aset Utama

Bitcoin Mendahului Setiap Kelas Aset Utama pada tahun 2020 dimana data yang telah diposkan di Twitter oleh Thomas Lee Fundstrat, menunjukkan Bitcoin telah mengungguli setiap kelas aset lain sekurang-kurangnya 19% – dengan BTC telah memperoleh 39% sejak awal tahun ini.

Sama seperti pada dasarnya bagi setiap aset lain di dunia, harga Bitcoin jatuh semasa waktu COVID-19 secara rasmi diisytiharkan sebagai wabak penyakit yang berbahaya oleh Organisasi Kesihatan Sedunia(WHO) pada 11 Mac. 

Sentimen keseluruhan mengenai Bitcoin nampaknya mulai positif dimana, sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh pelbagai pakej rangsangan yang diumumkan oleh pemerintah di seluruh dunia, yang akan dibayar melalui pinjaman dan penciptaan mata wang fiat yang lebih banyak.

Treasury Rank A.S. 20 tahun telah menduduki tempat sebagai aset berprestasi kedua dengan kadar keuntungan 21.1% tahun ke tarikh (YTD), diikuti dengan emas 12.5%. Bon kerajaan dan Nasdaq masing-masing telah  meningkat sebanyak 1.8% dan 1.7%, sementara kredit dan dana tunai A.S. kelas tertinggi pula mencatatkan keuntungan sebanyak 0.5%.  

Bitcoin berada di landasan yang terbaik dalam 2 tahun berturut-turut.

Maklumat itu juga turut memperincikan prestasi 13 kelas aset teratas tahun 2019, dimana Bitcoin kembali menduduki tempat tertinggi dengan kenaikan sebanyak 92.2%. Manakla Nasdaq menduduki tempat kedua dengan 35.2%, diikuti oleh S&P 500 28.9%, dan MSCI World Index dengan 25.2%.

Bitcoin mendahului setiap kelas aset utama bukan hanya pada tahun 2020 sahaja malahan Bitcoin juga merupakan aset berprestasi terbaik pada tahun 2017 dengan keuntungan lebih dari 1,550% dan merangkumi komoditi teratas pada tahun 2016.

Jadi tidak hairanlah pada tahun 2020 ini Bitcoin menjadi peneraju aset paling bernilai.

 

Baca Juga : Strategi Perdagangan Richard Wyckof

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!