Penerimaan Bitcoin Di Venezuela Meningkat

Bitcoin venezuela

Semenjak ekonomi di Venezuela terus mengalami hiperinflasi, penerimaan Bitcoin di Venezuela kini  meningkat secara mendadak. Ini kerana lebih 20,000 kedai dan perusahaan di Venezuela kini dilaporkan mula menerima crypto pada awal tahun 2020. Ini merupakan sebahagian daripada usaha mendorong penggunaan kripto di negara itu.

Bukan setakat itu sahaja Bitcoin juga mula diterima sebagai medium pembayaran di Burger King Venezuela dan ini membuka kaedah pembayaran secara baru dengan menggunakan kripto. Burger King Venezuela mengakui penerimaan kripto sebagai salah satu kaedah pembayaran amat mudah dan lebih terjamin sesuai dengan kemajuan dunia. 

Cryptobuyer Gateway yang berpangkalan di Panama telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat Venezuela Mega Soft, yang memproses pembayaran untuk ribuan perniagaan tempatan melalui platformnya yang dipanggil Merchant Server telah mula beroperasi.

Platform tersebut kini menerima Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Dash (Dash), Litecoin (LTC), tether (USDT) dan pelbagai jenis kripto lain dan ini termasuk wang fiat. Cara ini merupakan salah satu untuk mengubah teknologi di Venezuela.

Bitcoin Lebih Popular Daripada Wang Fiat Dalam Ekonomi Tidak Stabil.

Kadar hiperinflasi di Venezuela telah mencecah sepuluh juta peratus pada tahun lalu, ini menjadikan Venezuela sebagai sebuah negara yang tidak efisien untuk menyimpan VES(mata wang negara).  Walaupun inflasi mulai perlahan, kripto tetap menjadi medium pertukaran pilihan yang lebih stabil di sana.

Penduduk di Venezuela kini lebih berminat mengenai kripto dan kelebihannya kepada pengguna. Kripto telah mendapat lebih banyak pendedahan awam sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan ianya bakal mengubah landscape teknologi di negara itu tanpa bergantung kepada wang fiat lagi.

Baca juga : Malaysia ke arah industri 4.0?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!