Pasca Wabak Covid-19: Adakah kita bersedia?

Coronavirus atau wabak Covid-19 merupakan satu pandemic berskala global yang telah memberi kesan terutamanya terhadap situasi ekonomi dunia. Pelbagai inisiatif telah dilakukan pihak kerajaan untuk memulihkan serta mengurangkan impak wabak ini.

 

Vaksin

Pelbagai spekulasi timbul apabila perhatian kita tertumpu kepada vaksin Covid-19 ini. Ada spekulasi yang mengatakan bahawa ia akan siap dalam tempoh 12 hingga 18 bulan. Ada sumber lain turut berspekulasi bahawa vaksin sudah dalam peringkat percubaan klinikal dan akan siap dalam tempoh beberapa minggu lagi. Namun perkara utama disini adalah para saintis dan doctor pakar serata dunia kini berada dalam perlumbaan untuk menghasilkan vaksin dalam 150 projek berasingan dan vaksin inilah yang menjadi ‘kunci’ kepada situasi yang kita hadapi sekarang.

 

Pekerjaan

Amerika Syarikat merupakan salah satu negara yang mencatatkan kadar pengangguran yang sangat tinggi kesan daripada pandemic ini. Tidak ketinggalan juga dengan negara kita. Rakyat mula terkesan setelah banyak perniagaan gagal beroperasi sepanjang tempoh lockdown. Ramai pekerja diberhentikan akibat syarikat tidak mampu lagi untuk menampung kos overhead sekiranya pekerja masih terikat dengan syarikat yang tidak mampu untuk menjana revenue dalam tempoh beberapa bulan lockdown ini dijalankan.

 

Kadar Pengangguran US

Kadar pengangguran Amerika (Credit: The New York Times)

 

Bagi yang masih dapat mengekalkan kerja, pampasan turut terkesan. Sepanjang tempoh lockdown, syarikat mula mengamalkan norma baru iaitu amalan bekerja dari rumah. Amalan ini harus dipuji kerana kerja masih dapat dijalankan secara efektif meskipun masih berada dalam tempoh lockdown. Dalam masa yang sama, situasi ini akan menjadi cabaran baru kepada pembekal perkhidmatan untuk menyediakan infrastruktur yang stabil dan memudahkan perhubungan supaya kerja dapat dilakukan secara lancar. Namun begitu, adakah kita benar benar bersedia untuk bekerja dari rumah sepenuhnya sekiranya kawalan pergerakan terus dijalankan dan vaksin masih tidak dapat ditemui?

 

Kehidupan Sosial

Penularan wabak ini turut menjejaskan aktiviti social populasi dunia. Sehingga hari artikel ini ditulis, kerajaan masih mengekalkan arahan mereka supaya rakyat mengamalkan penjarakkan social dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak. Situasi ini secara lansung telah membantutkan semua aktiviti social orang ramai seperti bersukan, mengadakan majlis keramaian dan juga aktiviti perniagaan.

 

Jika dilihat dalam skala global, negara negara terlibat turut mengamalkan penjarakan social antara satu sama lain. Pintu pintu sempadan ditutup dan diperketatkan, penerbangan masuk dan keluar negara dibatalkan. Import dan eksport turut menjadi salah satu industry yang terkesan akibat langkah penutupan sempadan ini.

 

Menurut WHO melalui ketua saintisnya, Soumya Swaminathan, dunia memerlukan tempoh sekitar 4 hingga 5 tahun untuk mengawal wabak Covid-19 ini sepenuhnya. Kebimbangan tersebut dinyatakan setelah mengambil kira beberapa negara yang telah mula melonggarkan lockdown dan keraguan akan keberkesanan vaksin sekiranya virus tersebut bermutasi.

 

Kesimpulan

Kerajaan hanya mampu memberi insentif secara one off dalam usaha membantu semua pihak dalam jangka masa pendek. Selebihnya, situasi bergantung kepada diri kita sendiri. Sejauh manakah kemampuan kita untuk meneruskan hidup dalam norma baharu untuk memerangi wabak ini. Adakah kita benar benar mengambil pengajaran dari Spanish Flu yang mula mula muncul sebagai wabak yang hampir memusnahkan peradaban manusia.

 

Baca lagi : Kekayaan Sebenar

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!