Perangkap Psikologi – Realti Sebenar Trading

 

Perangkap psikologi

 

Percayakah anda, kita sering gagal untuk melihat realiti sebenar? Apa yang kita anggap sebagai realiti boleh tersimpang jauh dari realiti sebenar kerana dipengaruhi oleh perspektif yang kita guna pakai. Perspektif adalah cermin yang digunakan untuk melihat sesuatu. Dalam pasaran kewangan, masalah peserta pasaran bukanlah pasaran, tetapi pandangan mereka terhadap pasaran. Pendapat yang tidak mencerminkan realiti sebenar trading akan membawa anda untuk mengambil pendekatan dan tindakan yang salah. Dalam artikel kali ini, penulis ingin kongsikan perangkap psikologi dan realiti sebenar trading. Tapi sebelum itu mari kita lihat pendapat majoriti terhadap dunia trading.

 

Pendapat & Salah Tanggapan Amatur

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Australia (ASIC), pada tahun 2019, sekitar 63% hingga 80% retail trader mengalami kerugian secara keseluruhannya. Dari kajian ini kita sudah tahu, majoriti berada di pihak yang kalah dan hanya sebilangan kecil minoriti yang berjaya. Kenapa perkara ini berlaku? Cuba kita lihat, apa pendapat majoriti dan amatur terhadap dunia trading?

 

Majoriti berpendapat, hanya dengan mempelajari teknik analisa ajaib dan merisikokan kesemua sumber (kaedah full margin), bakal menjadikan mereka jutawan mudah. Namun selepas bertahun-tahun dalam bidang ini mereka tetap menemui jalan buntu dan akaun dagangan mereka sering hangus. Tak dinafikan dengan kaedah seperti ini, ianya boleh memberi keuntungan. Namun keuntungan itu hanya bermusim yang sering bersilih ganti dengan musim Margin Call.

 

Salah tanggapan ini adalah punca amatur cenderung untuk mengambil pendekatan yang salah. Perkara ini akan mendorong mereka untuk melanggan trading signal atau mencari kelas “holy grail technical analysis” yang tidak akan terkalah oleh pasaran. Andai ianya gagal disedari, mereka akan terus menemui jalan buntu.

 

Rom tidak terbina dalam satu hari tetapi Hiroshima dan Nagasaki musnah dalam satu hari.

Realiti Trading

Trading menghidangkan peluang untuk menjana keuntungan yang memuaskan, namun ianya juga melibatkan risiko kerugian wang. Seperti aforisme berkenaan Rom, Hiroshima dan Nagasaki di atas, pengkompaunan saiz akaun dagangan memerlukan masa. Seandainya risiko gagal diurus dengan baik kerana ingin menggandakan akaun dagangan secara terburu-buru, anda boleh memusnahkan kesemua sumber anda dalam sekelip mata.

 

Trading dapat disimpulkan sebagai probability game, dan prosesnya melibatkan Profit & Loss. Kita tidak dapat mengukur keberkesanan sistem dagangan dan kejayaan kita dengan hanya satu posisi dagangan. Ianya perlu dilihat secara keseluruhan dalam siri dagangan. Misalnya dalam 100 siri dagangan, akan terdapat keuntungan dan kerugian.

 

Persoalannya bukan berapa kali anda menang dan kalah, tetapi berapa banyak keuntungan anda peroleh ketika menang dan berapa kecil kerugian ketika anda kalah. Tiada kaedah sempurna yang dapat menyelamatkan anda dari berhadapan dengan kerugian. Usaha mencari kaedah yang sempurna hanya akan membuang masa.

 

Dengan pendekatan ini, anda akan terperangkap dalam Cyle of Doom. Tiada siapa yang tahu tentang masa hadapan dengan tepat pada setiap masa. Oleh kerana itu, kita sentiasa terdedah dengan risiko kerugian. Bila kita sudah sedar akan perkara ini, adakah wajar untuk kita mendedahkan akaun dagangan kita dengan risiko yang terlalu tinggi?

 

 

Dengan kaedah seperti ini, kebarangkalian untuk anda hilang kesemua sumber adalah tinggi. Sesudah akaun dagangan anda hangus, anda terpaksa mula dari anak tangga pertama. Ketahuilah bahawa, tugas seorang trader bukanlah untuk menilik arah pergerakan pasaran dengan tepat, tetapi untuk mengurus risiko dengan baik.

 

Kejayaan anda dalam trading bukan hanya bergantung kepada kaedah analisa dan strategi keluar masuk pasaran. Kedua-dua ini menyumbang kira-kira hanya 20% kepada kejayaan anda. Selebihnya adalah pengurusan risiko dan pengurusan psikologi. Walaupun anda mempunyai kaedah analisa dan strategi yang sangat bagus, dengan pengurusan risiko dan psikologi yang lemah anda akan gagal membuat keutungan secara konsisten dari pasaran.

 

Cut losses short & let winners run

Proses Trading Yang Berjaya

Trading yang berjaya bukan hanya terletak kepada satu posisi dagangan, ianya melibatkan sejumlah siri dagangan. Profesional trader sedar akan perkara ini, mereka tidak memperjudikan nasib mereka dalam setiap satu posisi dagangan dengan mengambil risiko yang terlalu besar. Sebaliknya mereka yakin bahawa dengan sistem dagangan mereka, setelah menjalani sejumlah siri dagangan, secara keseluruhannya mereka akan memperoleh keuntungan yang melebihi kerugian.

 

Untuk berjaya, anda perlu mengurus akaun dagangan anda seperti perniagaan. Anda tidak mahu perniagaan anda bungkus hanya kerana satu kerugian atau kesilapan dengan mengambil risiko yang terlalu besar. Kuncinya adalah fokus kepada pertahanan. Sentiasa meletakkan pengurusan risiko sebagai keutamaan dan pelihara sumber anda dengan baik.

 

Seperti yang telah dinyatakan, loss adalah sebahagian dari proses. Anda tidak mampu lari dari kerugian, namun anda boleh menghadkan jumlah kerugian dan ini sudah cukup baik. Untuk memperoleh keuntungan yang konsisten, anda hendaklah sentiasa menghadkan kerugian dan memaksimakan keuntungan. Hanya mengambil peluang yang berbaloi. Kuncinya ialah penggunaan risk to reward ratio yang baik.

 

trade like casino risk to reward ratio
Contoh pengunaan risk to reward ratio.

 

Baca juga : The Castle In The Air Theory

Ikuti akaun twitter penulis : Dan Alsagoff

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!