Pelabur Wanita Terkenal Dunia

Dalam filem berkaitan pasaran kewangan, banyak menunjukkan kisah kehidupan yang agak gila, misalnya The Wolf of Wall Street, yang menceritakan kisah Jordan Belfort, seorang multimillionaire yang melanggar undang-undang. Di tengah-tengah kehidupan di Wall Street yang gila-gila itu dengan party yang tidak henti-henti, kami hampir tidak dapat melihat kehadiran wanita yang menjadi tonggak penting dalam dunia pelaburan, hanya terdapat seorang broker saham wanita di Stratton Oakmont.

 

Ia mungkin situasi yang normal dalam sektor kewangan pada masa itu, tetapi zaman sudah berubah dan wanita di seluruh dunia kini memainkan peranan utama malah agak berpengaruh dalam industri ini. Jadi, dalam artikel kali ini kami menyenaraikan 7 orang pelabur wanita paling terkenal di dunia, dari bidang hartanah, Wall Street, sehinggalah ke venture capital.

 

#7 Geraldine Weiss

 

Pelabur Wanita Terkenal Dunia
Geraldine Weiss

Walaupun beliau sudah bersara, apabila bercakap tentang wanita paling terkenal dalam pelaburan, kita tidak boleh menidakkan pencapaian Geraldine Weiss a.k.a “The Grand Dame of Dividends” yang meletakkan wanita dalam peta industri kewangan. Berikutan penolakan daripada firma-firma yang tidak mahu mengambil pekerja wanita selain dari untuk mengisi jawatan setiausaha.

 

Weiss memulakan newsletter beliau sendiri, Investment Quality Trend (IQT), pada tahun 1966. Di samping bertindak sebagai penerbit IQR selama 37 tahun, beliau adalah wanita pertama yang memegang lesen profesional dalam pelaburan. Analisis pasaran sahamnya muncul di The Wall Street Journal, Forbes, Fortune, dan The New York Times. Weiss menulis banyak buku dan sistem pelaburannya masih digunakan dalam dunia kewangan hari ini.

 

#6 Sallie Krawcheck

 

Pelabur Wanita Terkenal Dunia
Sallie Krawcheck

Sallie Krawcheck dikenali sebagai salah seorang wanita paling berkuasa di Wall Street hari ini. Krawcheck mula bekerja sebagai penganalisis ekuiti di salah satu firma paling berprestij di Wall Street sebelum menjadi CEO Citigroup unit Smith Barney. Pada tahun 2009, beliau telah dilantik sebagai presiden unit pengurusan kekayaan Merrill Lynch dengan keuntungan sebanyak 3.1 bilion selama 2 tahun.

 

Jadi, apa yang dilakukan pelabur wanita paling terkenal ini sekarang? Krawcheck telah melancarkan digital investment advisor untuk wanita yang diberi nama Ellevest. Dengan harapan platform itu dapat merapatkan jurang pelaburan. Pasukan Ellevest akan memperkasakan golongan wanita dan memberi mereka tempat dalam pasaran yang didominasi oleh kaum Adam.

 

#5 Barbara Corcoran

 

Barbara Corcoran

Anda mungkin kenal Barbara Corcoran kerana beliau merupakan sebahagian daripada panel pelabur di ABC’s Shark Tank. Corcoran sekarang menjadi salah seorang wanita terkemuka dalam sektor hartanah. Beliau bermula dari bawah, bekerja sebagai waitress. Pada awal penglibatannya dalam financial market, beliau meminjam $ 1,000 dari teman lelakinya untuk memulakan syarikat hertanahnya di Manhattan. Sejak itu, Corcoran seterusnya melancarkan Barbara Corcoran Venture Partners dan melabud di lebih dari 30 syarikat sepanjang kerjayanya. Di samping itu, beliau juga kerap menyampaikan ceramah motivasi, dan menulis buku.

 

#4 Gail Kelly

 

Pelabur Wanita Terkenal Dunia
Gail Kelly

Gail Kelly, bekas CEO Westpac, Australia, adalah salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam bidang kewangan. Pada tahun 2014, beliau dinamakan sebagai wanita paling berkuasa ke-56 di dunia oleh Forbes. Kelly juga merupakan wanita pertama yang memegang jawatan CEO di bank utama Australia dan menjadi wanita yang menerima pendapatan paling tinggi di Australia. Ke tepikan soal wang, pelabur wanita terkenal ini telah menetapkan pandangannya pada sesuatu yang lebih besar. Kelly mahu membawa lebih ramai wanita masuk ke dunia korporat.

 

#3 Arlene Dickinson

 

Pelabur Wanita Terkenal Dunia
Arlene Dickinson

Arlene Dickinson merupakan salah seorang pemimpin perniagaan paling berjaya di Kanada. Beliau mempunyai kerjaya yang prolifik, merangkumi pelbagai industri, bermula dari Venture Communication di mana beliau membantu menjadikan firma itu salah satu firma pemasaran utama di Kanada. Dickinson dianggap sebagai salah seorang pelabur terkenal, terima kasih atas peranannya dalam Dragon’s Den (Shark Tank versi Kanada). Arlene Dickinson juga seorang dermawan, penulis, penceramah dan personaliti TV. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan telah tersenarai dalam Canada’s Most Powerful Women Top 100 Hall of Fame.

 

#2 Mary Callahan Erdoes

 

Mary Callahan Erdoes

Salah seorang ‘Wall Street Maven.’ Mary Callahan Erdoes adalah CEO J.P. Morgan Asset Management, memantau hampir 2 trilion dolar aset klien mereka. Ketika tamat pengajian di Georgetown University, beliau menjadi satu-satunya wanita yang menamatkan Major dalam Matematik. Pada tahun 2015, Erdoes menjana hampir 12.5 bilion. Sama seperti kebanyakan wanita dalam pelaburan, Erdoes juga ingin membawa masuk lebih ramai wanita ke dalam industri ini dan telah memulakan program J.P. Morgan Re-Entry. Oleh kerana pencapaian cemerlangnya, Erdoes telah dimasukkan dalam senarai Top 25 Most Powerful Women on Wall Street.

 

#1 Lubna Olayan

 

Lubna Olayan

‘Ratu’ Arab Saudi, Lubna Olayan tersenarai dalam Forbes’ 65th Most Powerful Woman of 2016, mengikut jejak langkah keluarganya. Bapanya menubuhkan Olayan Financing Company pada tahun 1947 dan firma itu menjadi salah satu pelabur utama utama dalam pasaran saham Saudi. Olayan Financing Company (OFC) mempunyai anggaran pendapatan sebanyak 7 bilion, menjadikan Olayan CEO wanita yang berdiri sama tinggi dengan pelabur lelaki yang lain. Olayan satu-satunya wanita dalam firma yang terdiri daripada 4,000 orang pekerja lelaki (selama 18 tahun). Sepanjang kariernya yang cemerlang, Olayan berjaya memecahkan halangan di Arab Saudi, membawa masuk 400 orang wanita untuk bekerja di OFC.

 

Baca juga : Filem Terbaik Yang Wajib Ditonton Setiap Traders & Investors

Ikuti kami di Telegram : Market Demon

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!