Senarai Buku Pelaburan & Kewangan Terbaik

Ramai pelabur jutawan menghabiskan masa mereka dengan membaca. Buku-buku ini merangkumi setiap bidang pelaburan termasuk saham, hartanah dan lain-lain. Walaupun tiada jaminan anda akan menjadi kaya, buku-buku ini boleh menjadi asas untuk perjalanan anda menjadi pemain pasaran yang berjaya. Berikut adalah senarai 10 buah buku pelaburan terbaik yang menjadi pilihan pelabur berjaya.

 

#10 The Intelligent Investor

Penulis : Benjamin Graham
Mukasurat : 652
Harga : RM79.90

 

buku pelaburan terbaik
The Intelligent Investor

Boleh dikatakan merupakan salah satu buku terbaik dan terkenal dalam dunia pelaburan. The Intelligent Investor ditulis oleh Benjamin Graham, seorang pelabur Amerika Syarikat kelahiran British dan antara salah seorang lagenda Wall Street. Buku ini menjelaskan pendekatan pelaburan yang unik. Buku ini telah diiktiraf dan disarankan oleh pelabur terkemuka dunia termasuk Warren Buffet. Sekiranya anda ingin mempelajari falsafah yang dapat membantu anda mengenalpasti pelaburan yang bagus, ini adalah buku yang sesuai untuk anda.

 

#9 The Little Book of Common Sense Investing

Penulis : John C. Bogle
Mukasurat : 216
Harga : RM107.41

 

buku pelaburan terbaik
The Little Book of Common Sense Investing

Ditulis oleh John C. Bogle, pengasas Vanguard Group dan pencipta indeks dana pertama di dunia. The Little Book of Common Sense Investing menekankan kaedah pelaburan yang paling cekap. Dalam buku ini, Bogle berkongsi pengalamannya sebagai ahli strategi pelaburan dan cuba mendedahkan kepada pembacanya realiti sebenar membina kekayaan melalui pelaburan indeks.

 

#8 Think and Grow Rich

Penulis : Napoleon Hill
Mukasurat : 288
Harga : RM107.58

 

buku pelaburan terbaik
Think and Grow Rich

Selepas menerima inspirasi dari ahli perniagaan, Andrew Carnegie, salah seorang lelaki terkaya, Napoleon Hill telah meneliti lebih daripada 500 orang jutawan lebih dari 20 tahun. Selepas itu dia menerbitkan buku berjudul “Think and Grow Rich.” Buku ini menceritakan tentang pengalaman beliau melakukan kajian dalam usaha untuk memecahkan rahsia kegagalan dan kekayaan.

 

#7 Rich Dad, Poor Dad

Penulis : Robert Kiyosaki
Mukasurat : 224
Harga : RM77.27

 

buku pelaburan terbaik
Rich Dad, Poor Dad

Dalam transformasi kehidupan, Robert Kiyosaki menceritakan kisah menarik antara dua bapanya dan sahabat baiknya. Robert mendedahkan perbezaan dalam pemikiran golongan miskin, kelas menengah dan kaya. Di dalam buku ini juga, beliau berkongsi pemikirannya tentang mengapa perlunya mempunyai banyak aliran pendapatan untuk mencipta kekayaan.

 

#6 Common Stocks and Uncommon Profits

Penulis : Philip A. Fisher
Mukasurat : 192
Harga : RM430.50

 

Common Stocks and Uncommon Profits

Buku ini ditulis oleh Philip A. Fisher dan merupakan antara buku terbaik mengenai saham. Buku ini menawarkan pendekatan komprehensif dalam memilih saham terbaik berdasarkan kajian. Walaupun Common Stocks and Uncommon Profits diterbitkan sebelum era internet, kandungannya masih relevan untuk digunakan sebagai rujukan hari ini.

 

#5 Business Adventures

Penulis : John Brooks
Mukasurat : 459
Harga : RM59.90

 

Business Adventures

Anda mungkin pernah dengar Bill Gates, Warren Buffet dan pelabur-pelabur lain memuji buku ini. Gates menggambarkan Business Adventures sebagai buku terbaik yang pernah dibacanya. Anda disarankan mendapatkan buku ini.

 

#4 How Rich People Think

Penulis : Steve Siebold
Mukasurat :224
Harga : RM116.42

 

Buku Pelaburan Kewangan Terbaik
How Rich People Think

Steve Siebold mewawancara beberapa orang terkaya di dunia dan mempelajari bagaimana mereka memperoleh kekayaan mereka. Buku ini mendedahkan pandangan tentang proses mencipta kekayaan dan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk memecahkan mindset kelas menengah.

 

#3 The Essays of Warren Buffet

Penulis : Lawrence A. Cunningham
Mukasurat : 313
Harga : RM241.65

 

Buku Pelaburan Kewangan Terbaik
The Essays of Warren Buffet

Menerusi buku ini, Warren Buffet mahu membawa anda masuk ke dalam fikirannya. Buku ini boleh menjadi medium untuk anda masuk ke dalam falsafah dan pemikiran pelabur jutawan. Buku yang ditulis bersama Lawrence A. Cunningham ini mengandungi koleksi nota yang ditulis oleh Warren Buffet.

 

#2 The Clash of The Cultures

Penulis : John C. Bogle
Mukasurat : 353
Harga : RM104.18

 

Buku Pelaburan Kewangan Terbaik
The Clash of The Cultures

The Clash of The Cultures adalah karya lain yang ditulis oleh John Bogle. Melalui buku ini, Bogle mengetengahkan perbezaan antara pelaburan jangka panjang dan spekulasi jangka pendek.

 

#1 The Automatic Millionaire

Penulis : David Bach
Mukasurat : 266
Harga : RM74.90

 

Buku Pelaburan Kewangan Terbaik
The Automatic Millionaire

The Automatic Millionaire mendedahkan rahsia untuk menjadi kaya. Buku ini menjadikan pasangan Amerika Syarikat sebagai kajian kes dan bagaimana mereka berjaya menghasilkan jutaan dolar dalam akaun mereka walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang berliku.

 

Baca juga : Filem Terbaik Yang Wajib Ditonton Setiap Traders & Investors

Ikuti kami di Telegram : Market Demon

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!