Gunung Everest Dapat Dilihat Dengan Jelas Selepas Coronavirus Lockdown

Selepas lockdown akibat coranavirus (COVID-19), kadar pencemaran udara telah mengalami penurunan. Ini menjadikan puncak tertinggi di dunia, iaitu Gunung Everest dapat dilihat dari kota Kathmandu, Nepal, buat pertama kalinya. Beberapa keping gambar Gunung Everest yang menakjubkan telah ditangkap dari jarak 124 batu.

 

Gunung Everest
Gunung Everest

 

The Nepali Times menyiarkan gambar-gambar tersebut di media sosial minggu lalu, sambil mengatakan lockdown telah menyebabkan udara di Nepal dan India utara menjadi bersih. Gambar-gambar yang diambil dari Chobar, Kathmandu Valley, pada 10 Mei oleh jurugambar Abhusan Gautam menunjukkan langit yang cerah dengan pemandangan pergunungan Himalaya berwarna putih. Gunung Everest terletak di sempadan antara Nepal dan Tibet.

 

 

Selain itu, Nepal pada minggu ini mengumumkan lanjutan arahan lockdown di seluruh negara hingga 2 Jun. Semua pergerakan di jalan raya, sama ada dengan kenderaan atau berjalan kaki, kini dilarang dengan pengecualian keselamatan yang sangat terhad. Menurut data dari Johns Hopkins University, lebih daripada 450 kes coronavirus (COVID-19) telah dilaporkan di Nepal dengan tiga angka kematian.

 

Sejak seluruh dunia melaksanakan lockdown, ketika berjuta-juta orang tidak lagi melakukan pergerakan sama ada melalui jalan darat mahupun udara, pelepasan karbon dioksida harian telah menurun sebanyak 17%. Angka ini diukur dari bulan Januari hingga awal April oleh Nature Climate Change.

 

Rujukan : The Hill

Baca juga : Bagaimana Keadaan Dunia Pasca Lockdown?

Ikuti kami di Telegram : Market Demon

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!