Cip Baru Samsung Secure Element (SE) S3FV9RR

cip Secure Element (SE) S3FV9RR

Syarikat elektronik Korea Selatan Samsung meneruskan komitmennya terhadap teknologi crypto dengan cip keselamatan terbarunya cip Secure Element (SE) S3FV9RR. Titan teknologi Korea Selatan Samsung mengumumkan penyelesaian keselamatan standalone turnkey yang menjamin keselamatan pada setiap transaksi cryptocurrency di telefon pintar dan tablet.

 

Penyelesaiannya bagi masalah yang selalu dihadapai oleh pengguna ialah cip Secure Element (SE) S3FV9RR dan perisian yang kini dipertingkatkan. Ia dirancang untuk menjamin proses boot, isolated storage dan pembayaran yang berdasarkan mudah alih. Cip SE baru ini telah disahkan dengan standard keselamatan Common Criteria (CC) EAL 6+, yang digunakan dalam aplikasi dengan syarat keselamatan yang ketat, iaitu e-pasport dan dompet cryptocurrency.

 

Perkembangan terkini crypto yang berkaitan dengan Samsung

Samsung berminat terhadap teknologi seperti cryptocurrency dan blockchain, oleh itu syarikat Samsung telah melabur banyak dalam DLT, dan telah mengintegrasikan teknologi tersebut dalam produknya sendiri. Awal bulan ini, Samsung Pay bekerjasama dengan platform kad Visa cryptocurrency Swipe, yang membolehkan pengguna membuat pembayaran crypto dengan peranti Samsung Pay.

 

Di era mobiliti dan interaksi tanpa sentuhan ini, Samsung menjangkakan peranti seperti telefon pintar atau tablet adalah selamat serta melindungi data peribadi dan membolehkan aktiviti fintech seperti perbankan mudah alih, perdagangan saham dan transaksi cryptocurrency.

 

Baca juga : Bitcoin Kelas Aset Utama Tahun 2020.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram: Market Demon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!