Falsafah Perang Sun Tzu Dalam Trading


Psikologi Trading Sun Tzu Art of War

 

Tahukah anda, seperti peperangan dan perniagaan, trading memerlukan strategi, disiplin dan komitmen untuk berjaya. Kita boleh menganggap pengurusan psikologi memainkan peranan terbesar untuk kejayaan anda dalam trading. Apakah aspek yang penting dalam trading? Komponen utama dalam trading boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

 

  1. Strategi dagangan untuk keluar masuk pasaran.
  2. Pengurusan risiko.
  3. Pengurusan psikologi.

 

Amatur seringkali meletakkan usaha sepenuhnya untuk membina strategi dagangan yang berkesan dan sempurna. Mereka menghabiskan banyak masa dan wang untuk mencari holy grail system yang tidak akan terkalah oleh pasaran. Namun mereka gagal untuk melihat dan mengkaji aspek yang lebih utama, iaitu pengurusan psikologi.

 

If you know your enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles

– Sun Tzu

 

Memetik ayat dari buku berjudul Art of War, dalam falsafah perang Sun Tzu ada menyatakan bahawa untuk memenangi peperangan, anda bukan hanya perlu mengenali musuh, tetapi anda juga perlu mengenal diri anda. Bagaimana anda boleh menggunakan falsafah perang Sun Tzu ini dalam trading? Dalam trading terdapat dua perkara yang perlu difahami.

 

  1. Psikologi disebalik pergerakan harga pasaran.
  2. Psikologi diri anda sebagai trader.

 

 

Kepentingan pengurusan psikologi

 

Sebagai trader sudah tentu kita belajar untuk memahami dan mengkaji psikologi disebalik pergerakan harga pasaran untuk membina sebuah sistem dagangan yang berkesan. Namun tanpa pengurusan psikologi diri yang baik, sistem yang dibina tidak akan berkesan jika gagal dipatuhi. Amatur seringkali melanggar peraturan sistem dagangan mereka, kemudian meletakkan kesalahan keatas sistem dagangannya itu tanpa menyelidik hal psikologi dirinya.

 

Sistem dagangan yang baik amatlah penting, namun ianya hanya menyumbang sekurang-kurangnya hanya 20% dalam kejayaan anda sebagai trader. Kita boleh menganggap, pengurusan risiko menyumbang kira-kira 30% dan pengurusan psikologi menyumbang kepada 50% kejayaan kita dalam trading. Aspek psikologi memainkan peranan yang penting kerana ianya menentukan tingkah laku anda sebagai trader.

 

Tanpa pengurusan psikologi yang baik, anda akan gagal mematuhi sistem dagangan anda dan seterusnya memusnahkan peluang menjana keuntungan yang konsisten. Oleh itu, penting untuk anda menitik berat hal psikologi diri untuk menjadi seorang trader yang hebat. Halangan utama psikologi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu ketamakan dan ketakutan.

 

Kesan Ketamakan & Langkah Mengurusnya

 

Ketamakan boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Antaranya adalah mindset yang salah, iaitu keinginan untuk membuat keuntungan besar dalam masa yang singkat. Ianya jika tidak dikawal, akan menyebabkan anda membuka posisi dagangan tanpa menghiraukan tentang risiko yang bakal ditanggung. Ingatlah bahawa kita sering terdedah dengan risiko kerugian, tiada siapa yang dapat menjamin masa hadapan.

 

Dengan mengambil risiko yang melampau, kebarangkalian untuk anda menghadapi kerugian yang besar amat tinggi. Bila ini berlaku, proses membuat keuntungan anda akan terbantut. Lebih parah lagi bila akaun dagangan anda mengalami Margin Call. 

 

Bagi mengurus emosi ketamakan yang diluar kawalan, anda perlu fahami realiti sebenar trading. Tiada siapa yang terlepas dari kerugian. Kuncinya dengan sentiasa memikirkan tentang risiko sebelum dibuai dengan bayangan keuntungan yang bakal diterima.

 

Kesan Ketakutan & Langkah Mengurusnya

 

Ketakutan ialah naluri semula jadi sebagai seorang manusia, ianya penyebab kita masih hidup pada hari ini. Namun dengan perspektif yang salah, emosi ketakutan boleh menjadi ilusi yang mengekang anda dari mencapai kejayaan. Oleh itu anda perlu perbetulkan perspektif anda terhadap bidang trading dan pasaran. Sesudah itu, anda perlu ketahui kemana anda perlu salurkan emosi ketakutan ini. Dalam trading Margin Call bukan lah sesuatu kebiasaan buat profesional traders, jadi anda perlu salurkan emosi ketakutan kepada situasi ini supaya anda mengurus risiko dengan baik.

 

Kerugian pula adalah sesuatu perkara biasa. Profesional trader juga mengalami kerugian. Anda tidak mampu mengawal masa depan, tetapi anda mampu untuk mengurus risiko supaya kerugian yang bakal di alami adalah minima. Ketakutan yang melampau terhadap kerugian akan mengekang anda dari mengambil peluang yang berbaloi atau mendorong anda keluar dari posisi dagangan yang menguntungkan terlalu awal.

 

Amatur hanya bersedia untuk keuntungan tetapi tidak bersedia untuk kerugian dan ini menjadi punca timbulnya emosi ketakutan mereka yang melampau. Jadi kuncinya adalah, ubah mindset untuk sentiasa bersedia untuk kerugian. Ketahui risiko anda, uruskan risiko dengan baik dan hanya ambil risiko yang anda dan akaun dagangan anda mampu untuk tanggung.

 

Tips Dalam Usaha Mengurus Psikologi

 

Seperti yang telah dikatakan, untuk berjaya anda juga perlu mengenal diri anda. Kenal pasti apa emosi yang sering menyebabkan anda sabotaj sistem dagangan anda dan kemudian fahami puncanya. Anda boleh mula dengan mencatat emosi yang anda alami ketika melakukan aktiviti dagangan. Dengan mengenal pasti halangan psikologi anda, ianya lebih mudah untuk anda perbaiki dari masa ke semasa.

 

Seterusnya, anda tidak dapat mengubah tingkah laku anda sebagai trader tanpa menguruskan puncanya. Sebagai contoh, jika anda sering mengalami emosi ketamakan melampau yang berpunca kerana sering membayangkan keuntungan besar yang bakal diterima, anda perlu alihkan fokus daripada keuntungan kepada proses trading.

 

Games are won by players who focus on the playing field, not by those whose eyes are glued to the scoreboard.

– Warren Buffett

 

Baca juga : Senarai Buku Pelaburan & Kewangan Terbalik

Ikuti akaun twitter penulis : Dan Alsagoff

1 thought on “Falsafah Perang Sun Tzu Dalam Trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!