Indicator Volume Dalam Trading

Kebanyakan trader banyak memfokuskan secara eksklusif pada price quote, tidak dinafikan ianya sangat penting. Indicator Volume dalam trading merupakan indicator yang amat berguna dalam menganalisa bagi menyokong keputusan yang dibuat dalam dagangan. Volume menggambarkan aktiviti peniaga dan pelabur didalam sesuatu instrumen. Setiap unit yang dihasilkan volume mewakili tindakan dua individu: iaitu penjual dan pembeli.

 

Trader kebiasanya memplot volume dalam bentuk histogram —carta bar menegak yang menunjukkan aktiviti dalam sesuatu instrumen setiap hari. Melalui Volume seseorang trader itu boleh melihat bagaimana bull dan bear bertindak balas terhadap perubahan harga dan memberi petunjuk sama ada trend kemungkinan akan berterusan atau sebaliknya. Di bawah merupakan antara contoh penggunaan indicator volume.

indicator volume dalam trading

Sebaliknya, trader berpengalaman tahu bahawa analisis volume dapat membantu mereka memahami pasaran dengan lebih mendalam dan berdagang dengan lebih baik. Volume dagangan bergantung pada ukuran jumlah dagangan dan tahap aktiviti buyer dan seller. Sekiranya anda membandingkan antara dua instrumen pasaran, anda akan lihat instrumen mana yang lebih aktif dan liquid. Trader akan dapat menilai instrumen yang lebih berkualiti dengan saringan yang menggunakan indicator volume.

 

Crowd Psychology

Volume mencerminkan tahap penglibatan kewangan dan emosi di kalangan peserta pasaran. Perdagangan bermula dengan komitmen kewangan antara dua pihak iaitu buyer dan seller. Keputusan untuk membeli atau menjual mungkin rasional, tetapi tindakan untuk buy atau sell menimbulkan kesan emosi pada kebanyakan peserta pasaran. Pembeli dan penjual selalu mengharakan setiap buy dan sell yang mereka buat adalah betul dan keuntungan berpihak kepada mereka. Di sini volume akan mencerminkan tahap penglibatan emosi dalam kalangan peserta pasaran.

 

Setiap detik saat pasaran akan mengambil wang dari yang kalah dan memberikannya kepada pemenang. Apabila harga naik, buyer akan menjana wang dan seller akan kerugian. Apabila harga jatuh, seller akan membuat keuntungan manakala buyer akan kerugian. Pemenang akan merasa gembira, sementara yang kalah merasa tertekan dan marah. Apabila harga meningkat, seller mengalami kesakitan, dan ketika harga jatuh, buyer pula akan kesakitan. Semakin meningkat volume, semakin banyak kesakitan yang dialami oleh buyer dan seller.

 

Peserta pasaran bertindak balas terhadap kerugian yang mereka alami seperti katak yang dimasukkan ke dalam air panas. Sekiranya anda meletakkan katak ke dalam air panas, ia akan melompat sebagai tindak balas terhadap kesakitan yang mendadak, tetapi jika anda masukkan katak ke dalam air sejuk dan memanaskan air tersebut  secara perlahan-lahan, anda boleh merebus katak tersebut hidup-hidup. Sama juga dalam pasaran sekiranya perubahan harga tiba-tiba terjadi kepada peserta pasaran, mereka akan terus melompat dari kesakitan yang mereka alami dari kerugian dengan keluar dari kedudukan buy atau sell mereka.

 

Apabila volume dagangan menurun, ini menunjukkan bahawa peserta pasaran yang kerugian semakin  berkurangan serta trend akan berubah. Ini berlaku disebabkan oleh peserta pasaran yang rugi mengetahui mereka berada di pihak yang salah dan mengalami kerugian. Pada situasi ini peserta pasaran lebih takut unutuk masuk ke dalam pasaran. Kejatuhan volume adalah tanda bahawa arah trend yang baru(reversal) akan berlaku.

 

Volume yang sangat tinggi juga memberi isyarat bahawa trend semakin hampir ke penghujungnya. Ini menunjukkan bahawa banyak peserta pasaran yang kalah keluar dari posisi mereka. Anda mungkin boleh ingat kembali posisi yang anda ambil, apabila posisi yang anda ambil mengalami kerugian yang teruk dan anda keluar dari posisi tersebut disebabkan kerugian yang ditanggung dan trend berubah semula ke arah yang anda harapkan, tetapi pada masa itu tanpa anda.

 

Ini berlaku berulang kali kerana kebanyakan manusia bertindak balas terhadap tekanan dan pada masa yang sama ingin menyelamatkan modal dagangan mereka. Manakala profesional adalah disebaliknya mereka tidak akan bertahan semasa pasaran bertentangan dengan analisa mereka dan akan keluar dari posisi mereka secepat mungkin dan akan tunggu peluang baru sebelum masuk semula ke dalam pasaran.

 

Lonjakan pada volume menandakan pembalikan aliran menurun yang bakal berlaku berbanding aliran menaik. Volume yang tinggi pada trend menurun menunjukkan ketakutan pemain pasaran. Takut itu merupaka emosi jangka pendek. Lonjakan pada volume dalam trend menaik didorong oleh ketamakan, harga akan bergerak lebih perlahan, dan menunjukkan emosi pemain pasaran mulai gembira. Mungkin sedikit perlahan dalam fasa menaik selepas berlaku lonjakan volume yang tinggi, tetapi trend cenderung untuk kembali menaik semula.

 

Volume dagangan biasanya rendah dalam trading ranges kerana jumlah volume yang sedikit dan perlahan. Pada fasa trading ranges pemain pasaran lebih merasa selesa dengan perubahan harga yang kecil, dan fasa ini boleh berlanjutan pada masa yang agak lama. Breakout sering dilihat dengan peningkatan volume yang dramatik kerana posisi yang salah akan keluar dari pasaran dengan cepat dan terhasilnya peningkatan pada volume. Breakout yang berlaku tetapi volume yang rendah menunjukkan sedikit komitmen emosi terhadap trend baru dan Ini menunjukkan harga cenderung kembali ke trading range.

 

Peningkatan volume semasa rally menunjukkan bahawa lebih banyak buyer dan seller masuk ke dalam pasaran. Buyer berhasrat untuk membeli walaupun mereka perlu membayar, dan seller ingin menjual kepada buyer. Peningkatan pada volume menunjukkan bahawa orang yang kalah akan digantikan dengan orang baru yang rugi kerana membeli pada harga yang sudah tinggi tanpa memikirkan risiko. Apabila volume mula mengecil semasa rally, ini menunjukkan bahawa buyer dan seller menjadi kurang berminat untuk membeli dan menjual. Volume yang mengecil menunjukkan trend akan berubah.

 

Apabila volume mula mengecil semasa trend penurunan, ini menunjukkan bahawa seller semakin berkurang untuk sell, sementara buyer tidak lagi buy kerana dipengaruhi oleh emosi takut. Buyer yang pintar yang mempunyai posisi sudah menjual lama, manakala amatur terus memegang posisi mereka. Volume yang mengecil adalah salah satu tanda perubahan trend akan berlaku.

 

4 Simple Volume Trading Strategies

 

Ikuti kami di Twitter : Market Demon

Baca juga : Strategi Perdagangan Richard Wyckoff

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!