Paul Tudor Jones – Pedagang Macro Global

Lagenda pedagang macro global, Paul Tudor Jones ialah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perdagangan. Beliau memiliki sebuah firma yang dikenali sebagai Tudor Investment Corporation. Firma tersebut dikhabarkan mempunyai aset kira-kira 10 Billion US dollar. Selain itu, beliau dilaporkan mempunyai nilai kekayaan peribadi bernilai 5 billion US dollar.

 

Beliau mula menempa nama dalam dunia pelaburan apabila berjaya meramalkan kejadian yang dikenali sebagai “Black Monday” dengan tepat pada tahun 1987. Selain itu, beliau juga dikenali kerana menjadi seorang inovator dalam pelaburan macro global. Beliau merupakan antara individu yang berpengaruh dalam dunia perdagangan.

 

PENGLIBATAN DALAM BIDANG PEDAGANG

Pada suatu hari, beliau terbaca tentang pedagang komoditi terkenal pada waktu itu, iaitu Richard Dennis yang menjalankan eksperimen turtle. Hal ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap beliau. Beliau berkata,

“Saya fikir bahawa Dennis mempunyai pekerjaan yang paling hebat di dunia”

 

Pada tahun 1976, beliau tamat belajar dari Universiti Virginia lalu meminta sepupu beliau, William Dunavant jr untuk berkenalan dengan dunia perdagangan. Dunavant kemudian meminta  Jones bertemu dengan seorang broker komoditi bernama Eli Tullis. Tullis bersetuju untuk membimbing Jones untuk berdagang di New York Cotton Exchange .Disitulah lagenda pedagang macro global, Paul Tudor Jones mula berkecimpung dalam dunia perdagangan.

 

DETIK DETIK KEJAYAAN BELIAU DALAM PERDAGANGAN

Pada tahun 1980, empat tahun selepas tamat belajar, dia mula berdagang secara peribadi dan menjadi seorang floor trader di New York Cotton Exchange.Dari tahun 1980 hingga 1984, beliau hanya mengalami sebulan sahaja kerugian semasa berdagang! Pencapaian seperti ini amat menakjubkan kerana tidak ramai pedagang mempunyai bakat seperti beliau.

 

Walaupun dapat menjana keuntungan yang banyak, beliau menyatakan bahawa beliau berasa sangat bosan. Hal ini kerana beliau tidak mempunyai rakan sekerja dan berasa keseorangan. Ekoran itu,beliau melancarkan Tudor Future Fund dan menguruskan dana pelaburan kira kira berjumlah 1.5 juta US dollar. Melalui fund tersebut, beliau dapat berkongsi idea dan strategi bersama rakan seperjuangan.

 

Zaman kemuncak kegemilangan beliau ialah semasa pasaran mengalami kejatuhan pada 19 october 1987, peristiwa ini juga dikenali sebagai “Black Monday”. Peristiwa ini ialah peristiwa kejatuhan besar pasaran saham di seluruh dunia. Hal ini kerana banyak saham kehilangan nilai yang begitu besar dalam masa yang singkat. Contohnya Dow Jones Industrial kehilangan satu per lima daripada nilai sebelum berlakunnya perisitiwa tersebut. Ramai pelabur yang mengalami kerugian teruk sewaktu perisitiwa tersebut.

 

Namun, Jones bersama seorang rakannya Peter Boorish sudah meramalkan peristiwa tersebut dengan tepat. Beliau dapat menghasilkan keuntungan 3 kali ganda dari modal asal beliau kerana mempunyai posisi “short” yang besar dalam pasaran. Selepas peristiwa itu,nama beliau menjadi perbualan hangat dalam industri pasaran kewangan.

 

TEKNIK PERDAGANGAN 

Beliau ialah seorang pedagang macro global.Ini bermakna keputusan yang diambil berdasarkan keadaaan ekonomi global dan situasi politik sesuatu negara. Beliau berdagang dalam banyak aset kelas tapi lebih cenderung untuk berdagang dalam pasaran future. Antara faktor prima mengapa beliau lebih cenderung untuk berdagang dalam pasaran future ialah kerana terdapat banyak kecairan dalam pasaran tersebut.

 

Antara teknik yang digunakan oleh beliau dalam perdagangan ialah menggunakan elliot wave. Elliot wave ialah satu teknikal analisis dalam perdagangan kewangan untuk menganalisis kitaran pasaran dan meramalkan trend pasaran dengan mengenalpasti ekstrim dalam psikologi pelabur, tinggi dan rendah sesuatu harga dan faktor-faktor lain.

 

PENGURUSAN RISIKO

Lagenda pedagang macro global, Paul Tudor Jones sangat mementingkan pengurusan risiko dalam mencari peluang perdagangan. Menurut perspektif beliau, dalam dunia perdagangan,para pedagang seharusnya mengkaji dan mencari peluang untuk berdagang dengan keuntungan yang besar dan risiko kerugian yang rendah.

 

Menurut Tony Robbins yang pernah bekerjasama dengan beliau,kebanyakkan pedagang menyangka mereka perlu untuk mengambil risiko yang besar untuk mendapat keuntungan yang besar tapi tidak untuk Jones. Beliau mencari peluang dagangan di mana risiko paling sedikit dan potensi keuntungan yang besar. Menurut Tony lagi,Jones tidak akan berdagang melainkan beliau yakin sekirannya beliau berdagang sebanyak 1 US dollar, beliau sekurang-kurangnya akan mendapat 5 US Dollar  pulangan.

 

FILOSOFI DALAM PERDAGANGAN

Dalam perdagangan, beliau menekankan supaya sentiasa membuat analisis sendiri dan sentiasa bersemangat untuk mendapatkan ilmu secara konsisten. Ia merupakan kunci utama untuk mencapai keuntungan dalam pasaran mana-mana kelas aset sekalipun. Ramai pedagang pada hari ini yang mementingkan keuntungan semata-mata dan meletakkan kepentingan ilmu pengetahuan di belakang.

 

Beliau berkata”rahsia untuk berjaya dalam perdagangan ialah tidak jemu untuk belajar dan sentiasa dahagakan informasi dan ilmu yang baru kerana saya fikir terdapat situasi tertentu dimana kita betul-betul boleh memahami apa yang memotivasikan pembeli dan penjual dalam pasaran. Ekoran itu,kita akan mendapatkan gambaran yang jelas tentang apa yang bakal berlaku dalam pasaran dan ia hanya memerlukan kesungguhan dan dedikasi untuk mencari informasi dalam pasaran.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!