Professional Traders vs Retail Traders

Kebanyakkan retail traders kurang memahami apa yang professional traders lakukan. Perihal ini mendorong retail traders cuba mencontohi apa yang dilakukan professional traders tapi dengan cara mereka sendiri menyebabkan mereka membuat terlalu banyak kesilapan dan mengikut ‘jalan’ yang salah dalam trading.

Anda perlu memahami apakah objektif anda terlebih dahulu kemudian mencontohi apa yang dilakukan oleh professional traders. Dalam artikel ini, saya kongsikan siapakah professional traders dan apa yang mereka lakukan.

 

Siapakah professional trader? 

 

Professional traders merupakan trader sepenuh masa yang bekerja dengan institusi kewangan. 90% daripada masa bekerja mereka digunakan khusus untuk menjadi ‘market makers’ dalam semua kelas aset, termasuklah saham, komuditi, pertukaran mata wang asing dan bond. Hanya 10% sahaja masa yang digunakan untuk menjana keuntungan dalam pasaran. 

 

Market Makers merupakan bisness ‘roti dan mentega’ bank bank pelaburan dimana ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu, perniagaan agensi dan perniagaan risiko. Perniagaan agensi membuat arahan kepada bank bank pelaburan jika mereka hendak membeli sesuatu aset dan caj keatas bank bank pelaburan dikenakan dalam bentuk komisyen. Anda perlu tahu ianya risiko yang rendah bagi bank bank pelaburan kerana maklumat yang diberi oleh perniagaan agensi ini ditapis menggunakan algorithm yang dibina mereka. 

 

Stock Screener
Contoh Algorithm yang diguna pakai oleh professional trader (Credit: F2C)

 

Kebiasaannya professional traders bank pelaburan akan melakukan aktiviti dagangan sebanyak 50-200 posisi dalam satu masa. Jika anda merasakan kerja sebagai professional traders menyeronokkan anda silap ianya terlalu membosankan. Dalam aktiviti perdagangan mereka itu, posisi yang diletakkan dalam pasaran mereka tidak mahukan sekalipun. Tujuan mereka melakukannya adalah untuk menarik aktiviti perniagaan kedalam firma, seterusnya bank mendapat komisyen. Ianya digelar sebagai “Negative Selection Portfolio”

 

Hanya 10% masa yang digunakan oleh professional trader bank pelaburan untuk menjana keuntungan di dalam pasaran kewangan menerusi semua kelas aset. Hal ini sejajar dengan apa yang dilakukan oleh professional trader yang bekerja sebagai hedgefunds managers. Tugas mereka adalah sama, melindungi dana yang dilaburkan oleh pelabur. Ianya disebut sebagai “Positive Selection Portfolio”. Apa yang mereka kejarkan adalah hasil pulangan yang konsisten dalam jangka masa panjang kerana hendak mendapatkan keputusan AUM (Asset Under Management) yang cemerlang. Jika AUM tidak dijaga dengan baik, tiada pelabur yang akan melabur dengan mereka. 

 

Matlamat mereka jelas, untuk mengembangkan dana pemulaan dalam tempoh yang ditetapkan, lebih baik jika target dicapai sebelum tempoh yang tetapkan. Sebagai contoh mereka tetapkan dalam masa 5 tahun dana mereka sudah bertambah sehingga 5 billion USD. Jika matlamat ini dicapai sebelum tahun ke-5 adalah sangat baik kerana meraka boleh keluar lebih awal dan menjual dana mereka. Untuk mempercepatkan matlamat ini, mereka tidak akan sama sekali mengeluarkan dana daripada akaun trading. Seperti professional traders di bank bank pelaburan, hedgefund managers mengenakan bayaran seperti bayaran pengurusan, bayaran prestasi kepada pelanggan untuk mendapatkan gaji pokok mereka. 

 

Mencontohi Professional Traders

 

Kesilapan yang biasa dilakukan oleh retail traders adalah mereka menganggap trading ini sebagai pendapatan sampingan dan lebih teruk lagi ada yang menganggap sebagai sumber kewangan bulanan mereka. Hal ini boleh terjadi sekiranya anda mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Antara contoh situasi yang boleh terjadi:  

 

Katakan anda membuka akaun dagangan dengan modal sebanyak 1000 USD sebagai pemulaan dan anda berdagang di pasaran forex. Bulan pertama anda dapat membuat keuntungan dua kali ganda, anda mengeluarkan keuntungan anda itu. Bulan berikutnya kitaran yang sama berlaku dan berterusan sehingga bulan ke-12, saiz akaun anda pada bulan ke-12 adalah sama seperti permulaan anda. Ini adalah amalan yang tidak baik. 

 

Situasi seterusnya, situasi yang sama dengan contoh diatas, anda bermula dengan modal sebanyak 1000 USD, anda raih dua kali ganda pada bulan kedua dan anda mengeluarkan keuntungan yang dijana, bulan ketiga anda mengalami kerugian, sumber anda makin berkurang daripada permulaan. Adakah anda masih akan mengeluarkan dana daripada akaun tersebut? Sekiranya ya, kuasa dagangan anda sudah berkurang daripada permulaan. Sekiranya tidak adalah pilihan anda, adakah anda tambahkan dana supaya kuasa beli anda seperti permulaan? Jika ini yang anda lakukan, anda sebenarnya mendedahkan diri anda terhadap risiko yang besar. 

 

Perkara ini tidak dilakukan oleh professional traders. Apabila mereka membuat keuntungan mereka tidak akan mengeluarkan dana tersebut untuk mengelakkan daripada terdedah kepada risiko jika mereka mengalami kerugian dimasa akan datang. 

 

 

Ikuti Market Demon di Twitter: Market Demon 

Baca Juga: The Seven Sisters: Syarikat Minyak Terbesar Dunia

 

Financial Independence is a mental, emotional and educational process

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!