Warren Buffett Tiada Pelaburan Emas?

warren buffett pelaburan emas
Warren Buffett (Credit: Business Insider)

Siapakah Warren Buffett?

Siapakah Warren Buffett? Benarkah dikenali sebagai “Oracle of Omaha? Warren Buffett merupakan salah seorang pelabur yang paling berjaya dengan kekayaan bernilai hampir USD71 billion. Sebagai CEO Berkshire Hathaway yang mempunyai lebih daripada 60 syarikat, beliau berjanji untuk mendermakan 99% daripada jumlah kekayaannya. Pada 2019, Buffett telah menderma sebanyak USD3.6 billion, dimana sebahagian besar disalurkan kepada Yayasan milik rakannya, Bill dan Melinda Gates. Baru-baru ini, Buffett dan Gates telah melancarkan The Giving Pledge, bagi menggalakkan jutawan untuk mendermakan sebahagian daripada kekayaan mereka kepada badan amal kebajikan.

 

Antara Emas Dan Perak?

Warren Buffett telah melabur hampir USD1 billion dalam perak, bukan tidak meminati emas tetapi hanya kerana prinsip asas pelaburan yang dipegang. Beliau bersikap lantang dalam menyuarakan keengganan beliau terhadap pelaburan dalam emas. Bagi beliau, emas tiada nilai kerana emas tiada guna melainkan untuk perhiasan.

“Emas tidak memberi apa-apa, ia hanya duduk dan melihat saja.”

Salah satu asas pelaburan yang dipegang oleh Warren Buffett adalah seseorang pelabur perlu melabur hanya dalam perkara yang memberi manfaat dan boleh berkhidmat untuk masyarakat. Perak mempunyai banyak kegunaan di dalam industri, sebagai contoh digunakan dalam barangan elektronik kerana mempunyai sifat konduktif yang tinggi dan juga tidak karat, jadi perak banyak digunakan di dalam pendawaian, computer, telefon dan sebagainya. Perak menepati syarat yang diletakkan oleh Warren Buffett, dalam pandangan seorang pelabur pula, perak mempunyai nilai yang sesuai untuk banyak kegunaan sebagai logam industri dan agak sukar ditukar ganti dengan logam-logam lain.

 

Manakala emas pula tidak menepati syarat yang telah diletakkan oleh Warren Buffett. Walaupun mempunyai nilai tersendiri, emas tidak seperti perak. Sebahagian besar kegunaan emas adalah untuk perhiasan tetapi secara amnya tiada kegunaan yang praktikal. Pendapat Warren Buffett, kerana hampir tiada nilai yang wujud bagi emas, maka ia bukanlah aset pelaburan yang baik.

 

Baca Juga: Lagenda Pedagang Macro Global

Rujukan: Investopedia

 

“You will face many defeats in life, but never let yourself be defeated.” – Maya Angelou

 

 

1 thought on “Warren Buffett Tiada Pelaburan Emas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!