Emosi Fear & Greed Dalam Trading

Fear and Greed Trading Investing

Fear & Greed Index (credit : trade santa)

 

Pasaran sangat sinonim dengan emosi Fear & Greed. Saya yakin anda pasti sering mendengar bahawa untuk berjaya membuat keuntungan yang konsisten dalam ketidaktentuan pasaran, keputusan dagangan perlu dilaksanakan secara rasional dan bukan atas dasar emosi. Pengurusan psikologi dan emosi adalah aspek utama kejayaan profesional traders. Namun apakah yang kita faham berkenaan emosi dalam trading?

 

 

 

Anda mungkin pernah atau masih melakukan revenge trade, mengabaikan peraturan keluar masuk pasaran, mengambil risiko yang terlalu besar dan pelbagai kesilapan lain lagi. Kesemua keputusan dan tindakan yang melanggar sistem dagangan anda berpunca daripada emosi yang menganggu ketika aktiviti dagangan dijalankan. Oleh itu, penting untuk kita fahami apakah punca timbulnya emosi ini.

 

 

Fear and Greed Trading Investing

Fear & Greed Cycle (credit : property update)

 

 

Kesan Emosi Fear & Greed

Emosi utama yang sering memusnahkan peluang kejayaan traders ialah Fear & Greed. Kesan ketamakan akan mendorong anda terlalu fokus kepada serangan dengan mengambil risiko yang terlalu besar kerana ingin membuat keuntungan besar dalam tempoh masa singkat. Emosi ketakutan pula boleh mendorong anda untuk menutup posisi yang menguntungkan terlalu awal.

 

Penting untuk kita berfikiran secara objektif ketika melakukan aktiviti dagangan. Setiap keputusan hendaklah dilakukan secara rasional. Ketamakan dan ketakutan yang melampau, hanya akan memusnahkan peluang kejayaan membuat keuntungan konsisten dari pasaran.

 

Punca Timbulnya Fear & Greed

Emosi sering menjadi pengahalang potensi seorang trader untuk melakukan keputusan dagangan dengan baik. Namun dari manakah ianya timbul? Emosi secara asasnya berpunca daripada prediction atau bayangan jangkaan terhadap perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Sebagai perumpamaan, ketika anda berasa gayat dan takut berada di bangunan yang tinggi, anda secara tidak sedar sedang membayangkan anda jatuh dari bangunan tinggi tersebut.

 

Greed

Ketika anda predict atau membayangkan corak dan arah pergerakan harga pasaran mengikut jangkaan analisa yang terlah dilakukan, bias anda menjadi semakin kuat dan seterusnya akan menimbulkan emosi Greed. Sebagai contoh kesan, anda cenderung menjadi tamak dan berfikir untuk menambahkan saiz posisi dagangan kerana bias dan keyakinan anda terhadap jangkaan tersebut. Secara tidak sedar anda sudah mengambil risiko yang lebih besar dari sepatutnya dan melanggar sistem dagangan anda.

 

Tiada siapa yang dapat menjamin apa yang bakal berlaku pada pasaran di masa hadapan. Oleh itu, kemahiran mengurus risiko amat penting dalam kejayaan anda sebagai trader. Anda akan gagal mengurus risiko jika keputusan dagangan dibuat atas dasar emosi. Pasaran tidak peduli tentang pendapat atau prediction anda terhadapnya. Perhatikan motif di sebalik harga pasaran, kemudian bertindak atas maklumat yang diberikan oleh pasaran dan bukannya atas pendapat anda terhadap ke mana pasaran harus pergi.

 

Fear

Disaat anda predict pasaran bergerak arah bertentangan dengan analisa anda, ini akan membuka ruang untuk emosi Fear menguasai anda. Antara contoh kesan, anda akan cenderung berfikiran untuk menutup posisi dagangan terlalu awal dan menyebabkan anda berada dalam kelompok Weak Hand. Elakkan dari menumpukan fikiran kepada prediction anda. Sebaliknya apa yang perlu diberi tumpuan adalah, exit strategy dan fokus kepada apa maklumat yang sedang dinyatakan oleh pasaran.

 

Sebagai seorang trader, kita perlu sentiasa bersedia untuk menerima risiko. Setiap peluang hadir bersama risiko. Namun ini tidak bermaksud kita boleh mengambil risiko sewenang-wenangnya. Risiko perlu dirurus dengan baik dan exit strategy hendaklah jelas supaya kita dapat bertindak secara objektif dan bukan atas dasar emosi.

 

 

Ikuti Twitter penulis : @Dan_Alsagoff

Baca juga : Falsafah Perang Sun Tzu Dalam Trading

 

React, don’t predict.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!