Apa itu saham FAANG?

Saham FAANG

 

 Pernahkah anda mendengar tentang saham “FAANG”? Dalam dunia kewangan, ia ialah satu akronim yang merujuk kepada 5 saham teknologi di Amerika Syarikat yang paling dominan, Facebook(FB), Amazon(AMZN), Apple(AAPL), Netflix(NFLX), dan Alphabet(GOOG) atau lebih dikenali sebagai Google. Akronim ini dicipta oleh Jim Cramer, host televisyen dalam rancangan Mad Money pada tahun 2013.

 

Saham FAANG dalam pasaran saham

 

 Saham FAANG terdiri daripada syarikat-syarikat gergasi yang mendominasi pasaran dunia dunia. Jumlah nilai saham ini dalam pasaran jika semua nilai saham syarikat-syarikat ini digabungkan ialah kira-kira 4.1 trilion dollar. Nilai ini direkodkan pada januari 2020. Pertumbuhan drastik mereka baru-baru ini didorong oleh pembelian berprofil tinggi yang dilakukan oleh pelabur besar dan berpengaruh seperti Berkshire Hathaway (BRK), Soros Fund Management, dan Renaissance Technologies. Ini adalah sebahagian besar daripada pelabur besar dan berpengaruh yang telah menambah saham FAANG dalam portfolio mereka.

 

 Saham FAANG diperdagangkan di bursa Nasdaq dan Indeks S&P 500. Indeks S&P 500 mewakili 500 syarikat-syarikat gergasi di Amerika Syarikat. Nilai saham ini mewakili sekitar 15% dari S&P 500  dan ia satu nilai yang agak besar memandangkan S&P 500 secara umum dilihat sebagai proksi untuk menggambarkan ekonomi Amerika Syarikat secara keseluruhan. Saham FAANG mempunyai pengaruh yang besar terhadap indeks ini atau secara ringkasnya turun naik harga saham ini boleh memberi impak yang besar terhadap prestasi S&P 500. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2018, saham FAANG sahaja membawa keuntungan hampir 40% keuntungan indeks S&P 500 dari paras terendah yang dicapai pada Februari 2018.

 

 

 Saiz dan pengaruh besar saham FAANG telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan wujudnya “bubble”. Kebimbangan ini mula tercetus pada tahun 2018, ketika saham teknologi yang telah mendorong kenaikan yang konsisten di pasaran saham, mula kehilangan kekuatannya. Pada bulan November 2018, beberapa saham ini kehilangan lebih dari 20% dari nilai sebelumnya dan saham tersebut dijangka bakal mengalami perubahan trend. Berdasarkan anggaran, saham FAANG kehilangan nilai lebih dari satu trilion dolar dari nilai tertinggi akibat penurunan mendadak dalam pasaran pada bulan November 2018.

 

 Namun begitu, terdapat juga pelabur yang mempercayai trend saham ini belum berubah berdasarkan kekuatan fundamental saham ini dan mereka mempunyai pelbagai bukti untuk menyokong hujah mereka. Sebagai contoh, Facebook adalah rangkaian sosial terbesar di dunia dengan  jumlah pengguna hampir 2.5 bilion orang di seluruh dunia. Dalam tempoh dua belas bulan terakhir pada Januari 2020, ia mencatatkan pendapatan  65 bilion dolar dan pendapatan bersih 18 bilion dolar. Selain itu, Amazon juga dilaporkan berada dalam keadaan yang kukuh kerana berjaya mendominasi “Bussiness to Consumer” (B2C) e-dagang. Dengan lebih daripada 120 juta produk yang dijual, ia mempunyai kira-kira 150 juta pelanggan aktif di Amerika Syarikat, di mana lebih daripada separuh pelanggan, melanggan untuk menjadi ahli Amazon Prime setiap bulan. Pendapatan tempoh dua belas bulan terakhir Amazon ialah sebanyak 265 bilion dolar dan pendapatan bersih sebanyak 11 bilion dolar.

 

 Prestasi kewangan yang kukuh yang ditunjukkan oleh saham FAANG telah menjadi faktor utama perkembangan drastik dalam pertambahan nilai saham ini. Sejak lima tahun kebelakangan ini, nilai saham Facebook dan Amazon masing-masing menokok sebanyak 185% dan 500%. Selain itu, nilai saham Apple dan Alphabet semakin mengukuh dengan kenaikan nilai saham sekitar 175% dan Netflix menyaksikan nilainya meningkat hampir 450%.

 

Baca juga: Sejarah Illuminati

Ikuti kami di Telegram: Market Demon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!