U.S. Economic Indicators | Analisis Fundamental

Semua tindakan dan reaksi dalam pasaran boleh dicetuskan oleh data ekonomi. Sekiranya anda menggandakannya dengan lebih 50 indicator ekonomi yang dikeluarkan setiap minggu, bulan atau suku, anda akan mula memahami bagaimana pasaran saham, bon dan forex bergerak. Antara petunjuk ekonomi yang dapat mempengaruhi pasaran kewangan adalah :

 

1. Consumer price
2. Industrial production
3. Retail sales
4. New home construction

 

Ini kerana, indikator-indikator ini dapat mempengaruhi nilai pelaburan sehingga kerajaan perlu mengambil langkah luar biasa untuk mengawal aliran maklumat ekonomi yang sensitif. Ini tidak selalunya berlaku. Tiga puluh tahun yang lalu, hampir tidak ada garis panduan untuk laporan ekonomi. Kurangnya peraturan dan pengawalan terhadap penerbitan data berpengaruh ini menyebabkan wujud penyalahgunaan. Ahli politik cuba mengawal penyebaran berita ekonomi demi meraih sokongan pengundi.

 

Presiden Nixon (Kredit : Science History)

 

Ketika Presiden Nixon mendengar bahawa Commerce Department hendak menyiarkan kepada umum berkenaan data housing starts, beliau menekan agensi tersebut untuk menyiarkan laporan itu pada masa yang tepat demi mendapatkan pengaruhi politik yang lebih kuat. Malah firma Wall Street menyedari bahawa big money dapat dihasilkan dari data ekonomi. Sesetengah broker berusaha memberikan sejumlah besar wang kepada media yang bersedia membocorkan berita ekonomi kepada pihak mereka sebelum laporan itu ditulis.

 

Sesiapa yang mendapat data ekonomi terlebih dahulu akan memperoleh keuntungan berjuta-juta USD dalam beberapa minit dengan mengetahui saham dan bon mana untuk diperdagangkan. Akhirnya manipulasi terang-terangan dari petunjuk ekonomi ini menyebabkan Senator William proxmire marah lalu memanggil sidang Kongress pada tahun 1970-an untuk membincangkan isu ini. Menjelang akhir dekad itu, kerajaan Amerika Syarikat mula menyusun kalendar dengan lebih ketat, merangkumi peraturan mengenai bagaimana data ekonomi akan diedarkan.

 

Hari ini, hampir setiap petunjuk ekonomi utama disiarkan di bawah peraturan yang ketat bagi meningkatkan integriti dan bagaimana orang ramai mendapat maklumat sensitif tersebut. Trading berdasarkan maklumat dalaman mengenai petunjuk ekonomi kini hampir tidak pernah didengari. Walaupun begitu, ini masih meninggalkan kita tugas yang penting. Bagaimana anda menentukan apa yang sebenarnya ditunjukkan oleh semua indikator ekonomi?

 

Bagaimana anda mentafsir maklumat yang diperolehi? Nantikan sambungan dalam bahagian II.

 

Baca juga : Masa Depan USD Sebagai Mata Wang Rizab Dunia

Ikuti kami di Telegram : Market Demon

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!