Economic Indicators Berpengaruh | Analisis Fundamental Bahagian III

Secara umumnya, economic indicators yang paling berpengaruh dan berkemungkinan besar boleh menggegarkan pasaran saham, bon dan mata wang (Forex) memiliki beberapa sifat :

 

1. Ketepatan
2. Ketepatan masa
3. Tahap kitaran perniagaan
4. Keupayaan ramalan
5. Tarikan atau tumpuan ramai

 

Economics Indicator Berpengaruh
Fundamental Analysis (Kredit : PremiereTrade)

 

Ketepatan

Data ekonomi tertentu diketahui lebih berkesan berbanding data yang lain dalam menilai kesihatan ekonomi. Apa yang menentukan ketepatannya dikaitkan dengan bagaimana data itu dikumpul dan disusun. Sebilangan besar petunjuk ekonomi adalah berdasarkan tinjauan awam. Oleh itu, mendapatkan sampel dalam jumlah yang besar dan tepat merupakan prasyarat untuk ketepatan.

 

Sebagai contoh, untuk mengukur perubahan inflasi harga pengguna (CPI), Bureau of Labor Statistics mengirimkan ejen dan melakukan tinjauan melalui panggilan telefon setiap bulan untuk mengetahui berapa banyak harga yang telah berubah pada 80,000 barangan dan perkhidmatan melibatkan 23,000 kedai runcit di seluruh negara. Untuk mengira peralihan keyakinan pengguna (Consumer Confidence), Conference Board, sebuah organisasi penyelidikan perniagaan, membuat bancian terhadap 5,000 buah isi rumah setiap bulan. Sekiranya indicator mempunyai sejarah mengalami penyemakan dan penyusunan semula, secara amnya data ini mempunyai imbangan yang lebih rendah dalam pasaran kewangan.

 

Laporan perbelanjaan pembinaan (Construction Spending) bulanan oleh Commerce Department adalah laporan yang paling kerap disemak semula dan dengan demikian data ini sering diabaikan oleh komuniti pelaburan. Sebaliknya, angka permulaan perumahaan (Housing Starts) jarang disemak semula, maka ia menjadi indicator yang dianggap lebih baik.

 

Ketepatan Masa

Pelabur mahukan berita ekonomi yang paling cepat yang dapat mereka gunakan. Pelabur memantau laporan situasi pekerjaan kerana ia dikeluarkan pada minggu pertama setiap bulan. Sebaliknya, pelabur kurang berminat dengan laporan kredit ansuran pengguna kerana maklumatnya berusia dua bulan pada saat ia dikeluarkan.

 

Tahap Kitaran Perniagaan

Terdapat saat-saat ketika data ekonomi dikeluarkan dan ia ditunggu dengan penuh harapan. Namun, data yang sama juga kurang mendapat perhatian pada waktu yang lain. Kenapa situasi ini berlaku? Jawapannya adalah bergantung pada kedudukan ekonomi dalam kitaran perniagaan. Kitaran perniagaan adalah corak berulang dalam ekonomi yang terdiri dari :

 

1. Expansion
2. Peak
3. Recession
4. Trough

 

Economic Indicators Berpengaruh
Kitaran Perniagaan

 

Semasa recession, apabila terdapat pengangguran yang tinggi dan industri tidak dapat beroperasi, inflasi kurang menjadi perhatian. Oleh itu, data-data seperti CPI, yang mengukur inflasi di peringkat runcit tidak memberi kesan terhadap pasaran kewangan. Dalam tempoh recession, indicator yang menjadi tajuk utama adalah :

 

1. Housing starts
2. Auto sales
3. Major stock indexes

 

Ini kerana, indicator ini sering memberikan petunjuk awal bahawa pemulihan ekonomi sedang berlaku. Setelah aktiviti perniagaan berjalan lancar, data inflasi seperti CPI kembali menjadi tumpuan sementara indicator lain diketepikan.

 

Keupayaan Ramalan

Beberapa indicator mempunyai reputasi yang baik dalam melihat titik perubahan ekonomi. Antaranya adalah pesanan awal untuk barangan tahan lama (Durable Goods Orders). Durable goods orders merupakan petunjuk ekonomi yang dikeluarkan setiap bulan oleh Bureau of Census yang menunjukkan pesanan baru untuk penghantaran barangan tahan lama. Ia merupakan indikator ekonomi utama yang digunakan oleh pelabur dalam memantau kesihatan ekonomi. Oleh kerana pelabur bertindak balas terhadap pertumbuhan ekonomi, penting bagi pelabur untuk mengenalpasti trend pertumbuhan ekonomi.

 

Durable goods orders memberi maklumat tentang aktiviti pengilang pada masa akan datang. Pesanan yang diterima pada bulan semasa boleh menyediakan peluang kerja pada bulan-bulan yang akan datang bagi mengisi pesanan yang diterima. Oleh sebab itu, data ekonomi ini diklasifikasikan sebagai leading economic indicator. Barang tahan lama adalah barangan mahal yang boleh bertahan tiga tahun atau lebih. Ianya termasuk jentera berat, peralatan komputer, jentera perindustrian, kereta kebal, dan kapal terbang.

 

Perniagaan dan pengguna biasanya membuat pesanan untuk barangan tahan lama apabila mereka yakin ekonomi dalam keadaan baik. Peningkatan pesanan menandakan ekonomi semakin berkembang. Ia juga menjadi petunjuk kenaikan harga saham pada masa hadapan. Data ekonomi ini memberitahu pelabur apa expectation terhadap sektor perkilangan, yang merupakan komponen utama ekonomi. Data yang lemah pada umumnya akan mengakibatkan penurunan dalam pasaran bond. Walau bagaimanapun, data seringkali tidak menentu. Pelabur dan penganalisis biasanya tidak terlalu bergantung kepada data dalam satu bulan, tetapi menggunakan purata data dalam beberapa bulan sebelum bagi membuat penilaian.

 

Tarikan Atau Tumpuan Ramai

Bergantung sama ada anda seorang pelabur, ahli ekonomi, pengeluar, atau jurubank. Beberapa indicators mungkin lebih menarik perhatian anda berbanding yang lain. Pemimpin perniagaan misalnya, mungkin memberi tumpuan pada penjualan rumah baru (New Home Sales) untuk melihat sama ada pengguna mempunyai kecenderungan untuk berbelanja. Dengan memantau statistik tersebut, syarikat yang menjual perabot dan peralatan rumah dapat memutuskan sama ada mahu mengembangkan operasi, melabur dalam inventori baru atau menutup operasi.

 

Bersambung dalam bahagian IV (Leading Indicators).

Baca juga : U.S Economic Indicators | Analisis Fundamental Bahagian I

Ikuti kami di Telegram : Market Demon

 

 

1 thought on “Economic Indicators Berpengaruh | Analisis Fundamental Bahagian III

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!