Indikator Ekonomi Dunia | Analisis Fundamental

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan indikator ekonomi dunia yang dapat membantu anda dalam pelaburan dan perdagangan. Sepanjang abad ke-20 (1901-2000), selain Amerika Syarikat, tidak ramai yang mengikuti perkembangan ekonomi negara lain dengan serius. Amerika Syarikat memiliki saiz ekonomi terbesar dan paling mandiri di dunia. Pada umumnya, turun naik ekonomi di negara lain tidak memberi kesan pada Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, keadaan telah berubah. Amerika Syarikat masih menjadi kuasa ekonomi tetapi ekonomi antarabangsa sudah mengalami perubahan struktur yang besar dalam tempoh tiga dekad terakhir.

 

Perubahan ini disebabkan oleh pengurangan halangan perdagangan, pemodenan pasaran kewangan global, kemajuan luar biasa dalam telekomunikasi, internet, teknologi komputer dan perisian. Ekonomi dunia kini beroperasi dengan lebih bersepadu. Bagi Amerika Syarikat, kesannya sangat besar. Prestasi ekonomi domestik yang sihat bergantung kepada prestasi negara-negara lain. Negara ini sudah tidak kebal dari bencana kewangan dan politik dunia.

 

Ketika negara-negara OPEC memutuskan untuk menaikkan harga minyak secara mendadak sekitar tahun 1970-an, Amerika Syarikat menerima kesan yang besar. Inflasi Amerika Syarikat meningkat naik, akhirnya membawa kepada kemelesetan terburuk sejak The Great Depression. Bertahun-tahun kemudian, semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, Dow merosot dengan kerugian terbesar. Para pelabur bimbang masalah di Asia akan memberi kesan terhadap ekonomi Amerika Syarikat dan menjejaskan pendapatan korporat.

 

The Russian Default of 1998 (kredit : Francisco J. Campos)

 

Pada tahun 1998, terjadi krisis di Rusia yang dikenali sebagai The Russian Default of 1998. Bond default yang terjadi di Rusia, yang mana saiz ekonominya pada ketika itu tidak dianggap besar, hampir memberi ancaman kepada pasaran dunia sehingga bank pusat Amerika Syarikat, The Federal Reserve (Fed) berada di bawah tekanan untuk mengatur rancangan penyelamatan global. Bond default berlaku apabila penerbit bon gagal membuat pembayaran faedah atau pokok dalam jangka masa yang ditentukan. Ianya biasa terjadi apabila penerbit bon kehabisan wang untuk membayar pemegang bon dan oleh kerana kegagalan itu, kemampuan penerbit bon menjadi terhad untuk memperoleh pembiayaan pada masa akan datang.

 

Kebergantungan Amerika Syarikat Terhadap Negara Lain

Hampir separuh dari pendapatan syarikat dalam S&P 500 berpunca dari perniagaan yang dihasilkan di luar Amerika Syarikat. Lebih daripada 22 juta pekerja Amerika Syarikat, hampir 2/10 pekerjaan melibatkan perniagaan di luar negara itu. 1 daripada setiap 4 dolar yang dihasilkan dalam ekonomi Amerika Syarikat adalah berdasarkan perdagangan. Oleh itu, indikator ekonomi negara lain tidak boleh diketepikan.

 

Sekiranya ekonomi negara lain menunjukkan prestasi yang baik, syarikat Amerika Syarikat berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menjual lebih banyak eksport, memperoleh lebih banyak wang dan mencipta berjuta-juta peluang pekerjaan. Dengan memantau indicator antarabangsa dengan teliti, syarikat Amerika Syarikat dapat mencari pasaran asing baru atau memutuskan sama ada akan mengembangkan atau menutup kemudahan di luar negara.

 

Pelabur Amerika Syarikat dapat mempelbagaikan portfolio mereka dengan lebih bijak dengan mengenal pasti dan membeli saham serta bon asing yang mungkin memberikan pulangan yang lumayan. Selain itu, dengan memantau prestasi ekonomi negara lain, ia dapat membantu pelabur mengenal pasti mood pelabur di seluruh dunia. Selagi pelabur melihat Amerika Syarikat sebagai tempat yang selamat untuk menarik pelaburan, modal dari luar akan terus mengalir dan itu sangat penting untuk ekonomi Amerika Syarikat. Pelabur asing memainkan peranan yang sangat diperlukan dalam membiayai pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat dengan memberi pinjaman kepada negara ini untuk membeli saham, bon dan lain-lain aset.

 

Mengapa Amerika Syarikat Perlu Meminjam Sejumlah Besar Wang Dari Negara Lain?

Ini kerana pengguna dan kerajaan Amerika Syarikat bersama-sama membelanjakan banyak pada kenderaan, komputer, peralatan ketenteraan, dan penjagaan kesihatan sehingga simpanan domestik yang tersisa hanya sedikit. Namun, simpanan adalah nadi yang menjadikan sesebuah ekonomi sihat. Ia digunakan untuk membiayai pelaburan produktif, seperti membina kilang, membiayai penyelidikan dan mengembangkan produk baru yang lebih baik. Tanpa penjimatan yang mencukupi, Amerika Syarikat tidak akan dapat menunjukkan pertumbuhan jangka panjang yang sihat.

 

Untuk menebus kekurangan simpanan domestik, Amerika Syarikat perlu menarik lebihan simpanan negara lain. Di samping itu, apabila semua modal asing memasuki Amerika Syarikat, wujud risiko yang lain. Amerika Syarikat akan menjadi begitu bergantung pada pemiutang luar negara. Hutang luar negara Amerika Syarikat telah meningkat dalam nilai yang mengejutkan dalam dekad terakhir ini, paling tinggi berbanding negara-negara lain di dunia. Dalam masa yang sama, pelabur asing telah memiliki kira-kira 40% dari bahagian aset Amerika Syarikat. Sesuatu yang buruk boleh berlaku jika pelabur menarik pelaburan mereka, melakukan penjualan saham dan bon.

 

Oleh sebab itu, indikator ekonomi antarabangsa memainkan peranan yang besar dalam perumusan strategi pelaburan dan perniagaan. Seperti data ekonomi Amerika Syarikat, secara harfiah terdapat ratusan data ekonomi negara lain yang dikeluarkan setiap bulan. Dengan begitu banyak maklumat yang diperolehi oleh pelabur dan eksekutif perniagaan pada hari ini, bagaimana untuk menentukan data mana yang patut dipertimbangkan dan dipantau?

 

Tidak ada satu jawapan mudah untuk soalan di atas. Setiap pelabur mempunyai minat dan pertimbangan risiko yang berbeza. Anda boleh mempertimbangkan tiga faktor dalam menentukan indikator ekonomi antarabangsa yang mana paling berpengaruh.

 

  1. Selepas Amerika Syarikat, negara mana yang memiliki ekonomi terbesar di dunia?
  2. Seberapa cair pasaran negara-negara tersebut?
  3. Negara mana yang memiliki kepentingan perdagangan dengan Amerika Syarikat?

 

Lihat senarai di bawah untuk indikator ekonomi antarabangsa yang patut dipantau.

 

  1. German Industrial Production
  2. German IFO Business Survey
  3. German Consumer Price Index
  4. Japan Tankan Survey
  5. Japan Industrial Production
  6. France Monthly Business Survey (INSEE)
  7. Eurozone/Global Purchasing Managers Index
  8. OECD Composite Leading Indicators (CLI)
  9. China Industrial Production
  10. Brazil Industrial Production

 

Baca juga : Leading Indicators | Analisis Fundamental

Ikuti kami di Twitter: Market Demon

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

error: Content is protected !!