Home » Apa Itu Kemelesetan Ekonomi?

Apa Itu Kemelesetan Ekonomi?

Tertanya-tanya apa sebenarnya real GDP (KDNK) atau siapa yang memutuskan sama ada kita berada dalam kemelesetan? Beberapa bulan yang lalu, ketakutan terhadap kemelesetan Amerika Syarikat nampaknya tidak masuk akal. Kemudian inflasi menjadi lebih tinggi dan Vladimir Putin mengarahkan tentera Rusia menceroboh Ukraine, mencetuskan lagi perbincangan tentang kenaikan kadar faedah dan kekurangan bekalan yang mengancam untuk pertumbuhan ekonomi global. Jadi, apa sebenarnya kemelesetan? Dan apakah yang dimaksudkan oleh pakar dan ahli ekonomi apabila mereka bercakap tentang real GDP, pertumbuhan ekonomi dan stagflasi?

 

Kemelesetan

Kemelesetan berlaku apabila aktiviti merosot dengan ketara di seluruh bahagian ekonomi selama lebih daripada beberapa bulan. Semasa kemelesetan, pengangguran meningkat, gaji menurun, dan pinjaman menjadi lebih sukar diperolehi. Ia boleh menjejaskan kehidupan orang ramai dalam jangka pendek dan panjang.

 

Kita mengalami kemelesetan singkat apabila COVID-19 melanda pada tahun 2020. Sebelum itu, berlaku kemelesetan besar dari Disember 2007 hingga Jun 2009, ketika Krisis Kewangan Global disebabkan oleh isu pinjaman perumahan di Amerika Syarikat. Krisis Kewangan Global merupakan bencana ekonomi terburuk sejak Perang Dunia II. Kejatuhan pasaran perumahan telah memusnahkan sistem kewangan bukan sahaja di Amerika Syarikat, malah seluruh dunia.

 

Bank pusat Amerika Syarikat, Federal Reserve (Fed) sedang memperlahankan pertumbuhan ekonomi bagi mengawal inflasi. Sebahagian orang bimbang bahawa tindakan yang drastik boleh menyebabkan penurunan dalam aktiviti ekonomi. Sekiranya bank pusat itu menaikkan kadar faedah, kos pinjaman akan menjadi mahal dan perniagaan sukar untuk berkembang. Seterusnya memberi kesan kepada pengangguran, pendapatan dan aktiviti perbelanjaan pengguna.

 

Perang di Ukraine telah memburukkan dilema Fed kerana sekatan terhadap eksport Rusia telah mencetuskan lonjakan dalam harga minyak. Kenaikan harga bahan api boleh mengganggu ekonomi Eropah dan perdagangan antarabangsa dengan Amerika Syarikat.

 

Real GDP

Real Gross Domestic Product (Real GDP) ialah ukuran jumlah pengeluaran negara atau keluaran ekonomi. Real bermaksud ia diselaraskan untuk inflasi bagi memberi gambaran tentang berapa banyak yang dihasilkan tanpa mengira kenaikan harga. Jika real GDP menyusut untuk dua suku atau lebih berturut-turut, ia biasanya bermakna ekonomi berada dalam kemelesetan (tapi tidak semestinya). Real GDP menjunam apabila pandemik melanda, menunjukkan kemelesetan tetapi meningkat semula dan telah melepasi tahap pra-pandemik menjelang suku kedua 2021.

 

Pengeluaran

Pengeluaran ialah jumlah keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh ekonomi. Real GDP ialah satu cara untuk mengukur pengeluaran. Kemelesetan ekonomi dicirikan oleh penurunan dalam pengeluaran ekonomi.

 

Perkembangan Ekonomi

Apabila real GDP meningkat, atau berkembang, kita mempunyai pertumbuhan ekonomi. Ia dianggap sebagai perkara yang baik untuk pengguna kerana apabila lebih banyak barangan dan perkhidmatan dihasilkan, pendapatan meningkat dan orang ramai mempunyai lebih banyak akses kepada barangan tersebut. Ekonomi cenderung melalui kitaran pengembangan dan penguncupan walaupun terdapat usaha kerajaan untuk memastikan ekonomi mereka berkembang dengan stabil.

 

Kemelesetan ekonomi

 

Pengembangan Dan Penguncupan

Ahli ekonomi menggambarkan naik turun ekonomi sebagai kitaran perniagaan yang melalui tempoh pertumbuhan (pengembangan) dan penguncupan. Semasa kitaran pengembangan, kilang menghasilkan lebih banyak barangan, syarikat menjalankan lebih banyak perniagaan dan orang ramai membuat lebih banyak wang, maka real GDP meningkat.

 

Perkara sebaliknya terjadi apabila ekonomi menyusut atau menguncup, semasa kemelesetan. Ekonomi telah berkembang sejak The Great Depression 1930s dan berakhir pada 2009, dengan gangguan singkat pada awal 2020 disebabkan oleh pandemik.

 

Permintaan

Permintaan merujuk kepada berapa banyak barangan yang orang sanggup dan mampu beli. Apabila permintaan untuk barangan dan perkhidmatan menurun, contohnya apabila pengguna tidak merasakan mereka mempunyai wang yang mencukupi untuk terus berbelanja, perniagaan boleh menjadi perlahan sehingga kemelesetan ekonomi bermula. Pada masa ini, permintaan semakin tinggi, terlalu tinggi untuk dipenuhi oleh penawaran yang telah menyebabkan inflasi meningkat dengan pantas.

 

Stagflasi

Stagflasi, ekonomi yang terlalu panas di mana harga meningkat terlalu cepat dan kadar pengangguran tinggi serta ekonomi berkembang terlalu perlahan. Amerika Syarikat tidak pernah mengalami stagflasi sejak tahun 1970-an tetapi sesetengah ahli ekonomi percaya bahawa keadaan sudah matang untuk ia kembali tidak lama lagi.

 

Depression

Jika kemelesetan menjadi cukup teruk, ia dipanggil depression. Kali terakhir depression berlaku ialah pada tahun 1930-an. Ia bermula pada penghujung 1929 selepas Amerika Syarikat mengalami era kemakmuran. Satu daripada empat pekerja tidak dapat menjadi pekerjaan, orang ramai terpaksa membina perkhemahan pondok kadbod yang dikenali sebagai Hoovervilles. Segelintir ahli ekonomi berpendapat depression berkemungkinan terjadi lagi dalam masa terdekat.

 

Dapatkan 30 USD Trade Bonus

Baca juga : Peristiwa The Black Monday

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Apa itu kemelesetan ekonomi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.