Home » Bagaimana Pilihan Raya Presiden Perancis Berfungsi?

Bagaimana Pilihan Raya Presiden Perancis Berfungsi?

Bagaimana Pilihan Raya Presiden Perancis Berfungsi?

Pilihan Raya Presiden Perancis
kredit: istockphoto

Pada hari ini, pengundi Perancis akan menyertai Pilihan Raya Presiden Perancis selama dua pusingan iaitu pada 10 April  dan 24 April. Mari kita lihat bagaimana Pilihan Raya Presiden Perancis berfungsi.

 

Siapa layak mengundi?

Semua rakyat Perancis yang lahir pada atau sebelum 9 April 2004 iaitu sekurang-kurangnya berumur 18 tahun sebelum malam pengundian serta berdaftar untuk mengundi layak untuk mennyertai pilihan raya presiden. Rakyat Perancis boleh dilucut hak pengundian oleh mahkamah atas sebab-sebab tertentu.

 

Selain pemilihan pembandaran dan parlimen Eropah, rakyat Kesatuan Eropah yang menetap di Perancis tidak layak untuk menyertai plihan raya presiden.

 

Sistem Pengundian Dua Pusingan

Rakyat Perancis akan menyertai dua pusingan bagi pemilihan presiden. Secara teori, seorang calon mampu untuk menang dengan hanya satu pusingan jika berjaya meraih lebih 50 peratus undian. Namun secara praktikal, tiada calon yang mampu lakukan sedemikian setakat ini.

 

Presiden pertama Perancis pada era politik moden iaitu Charles De Gaulle mempunyai sikap skeptik terhadap parti-parti politik. Beliau cuba untuk menyekat pengaruh parti-parti tersebut dengan melaksanakan sistem pengundian berdasarkan konsep universal suffrage. Universal suffrage di sini bererti semua orang tanpa mengira kasta layak untuk mengundi. Maka, seorang calon mampu untuk memenangi pilihan raya tanpa naungan sebuah parti yang besar.

 

Sebagai contoh, penyandang terkini iaitu Emmanuel Macron mampu untuk memenangi pilihan raya pada tahun 2017 dengan hanya parti yang diasaskannya sendiri serta tidak pernah memenangi mana-mana pilihan raya sebelum ini.

 

Pengundi pada pusingan pertama berpeluang untuk memilih mana-mana calon idaman mereka. Namun pada pusingan kedua, pengundi perlu membuat keputusan dengan memilih satu daripada calon-calon yang telah menang pada pusingan pertama. Dalam hal ini, pengundi perlu membuat keputusan yang bijak untuk melantik calon yang bakal menjadi presiden Perancis yang terbaru.

 

Siapa layak menjadi Presiden Perancis?

Mana-mana rakyat Perancis berumur 18 tahun ke atas layak menjadi calon atas syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Syarat-syarat tersebut termasuk:

  1. telah berdaftar untuk mengundi
  2. tidak lucut hak untuk bertanding oleh mahkamah (kes rasuah menjadi antara faktor yang kerap menjadi sebab lucut hak)

Calon presiden hanya layak untuk dicalon selama dua penggal sahaja.

 

Selain itu, terdapat sistem yang dikenali sebagai parrainages atau dalam erti kata lain surat sokongan. Untuk menjadi calon presiden secara rasmi, seorang calon perlu mendapatkan 500 tandatangan elected officials dari sekurang-kurangnya 30 jabatan kerajaan perancis atau wilayah Perancis di luar negara menunjukkan sokongan mereka terhadap calon tersebut.

 

Sumber: france24

Baca juga: Pilihan Raya Presiden Perancis 2022

Ikuti Kami di Twitter: Market Demon

Ikut Kami di Telegram: Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.