Home » “Big Power Switch Off” Sedang Dirancang Bagi Memprotes Kenaikan Kos Tenaga

“Big Power Switch Off” Sedang Dirancang Bagi Memprotes Kenaikan Kos Tenaga

Penganjur protes “Big Power Switch Off” meminta semua penduduk di UK untuk mematikan elektrik mereka selama 10 minit pada hari ini bagi menghantar mesej tentang peningkatan kos tenaga. Sudah tentu krisis kos sara hidup adalah sesuatu yang telah atau pasti akan menjejaskan hampir semua orang di negara itu. Oleh itu, dengan mengambil kira perkara itu, Big Power Switch Off telah dianjurkan, dengan rakyat Britain diminta menutup lampu dan mencabut palam peralatan elektrik mereka sebagai tanda protes terhadap harga tenaga yang tidak munasabah.

 

 

Terdapat beberapa faktor disebalik kenaikan kos tenaga, termasuk kebergantungan UK pada sumber tenaga Rusia, yang menjadi masalah sekarang disebabkan oleh sekatan yang berkaitan dengan perang di Ukraine. Tetapi ramai yang berpendapat bahawa kerajaan perlu bertindak untuk membantu mereka yang benar-benar bergelut. Menurut Resolution Foundation, dianggarkan sekitar 1.3 juta orang termasuk 500,000 kanak-kanak berada dalam kelompok miskin mutlak akibat krisis kos sara hidup. Mereka tidak mampu walaupun untuk mendapatkan perkara asas dalam kehidupan seperti perumahan, elektrik, makanan dan air.

 

Kenaikan harga yang berterusan, gaji yang tidak berubah, dan kejatuhan taraf hidup yang paling teruk dalam sejarah, bermakna mereka yang tidak bergelut sebelum ini akan terkesan, dan mereka yang sudah terkesan akan berada dalam keadaan yang lebih teruk. Dengan itu, rancangan dikalangan mereka yang menganjurkan protes ini di Twitter adalah untuk meminta semua orang mematikan bekalan elektrik mereka selama 10 minit bagi menghantar mesej kepada syarikat tenaga tentang kesukaran mereka.

 

Sekiranya anda tertanya-tanya, protes ini adalah inspirasi dari apa yang berlaku di Sepanyol. Pada bulan Mac yang lalu, Sepanyol telah mengadakan protes yang sama sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Pedro Sanchez, memulakan pakej baru langkah kecemasan ekonomi.

 

Baca juga : Krisis Bekalan Makanan Di China

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Big Power Switch Off

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.