Home » Bill Williams Moyang Psikologi Perdagangan Moden

Bill Williams Moyang Psikologi Perdagangan Moden

Bill Williams atau lebih dikenali sebagai Moyang Psikologi Perdagangan Moden, merupakan seorang tokoh yang berpengaruh dalam dunia pasaran kewangan dan psikologi. Beliau dilahirkan pada tahun 1932 di Amerika dan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2019. William mempunyai kelulusan dalam Kejuruteraan Fizik dan Kedoktoran dalam Psikologi. Williams mula dikenali ramai selepas beliau menghasilkan karya penulisannya dan mencipta beberapa indikator pada awal  1990-an yang menggunakan konsep dagangan yang sangat unik.

 

Perjalanan Bill Williams
Rajah 1.1 Bill Williams

Legasi Bill William Dalam Pasaran Dagangan dan Psikologi

Bill Williams berpengalaman lebih dari 60 tahun dalam pasaran dagangan. Beliau juga telah mendidik ribuan pedagang lebih daripada 60 buah negara di setiap benua  selama 30 tahun. Selain itu, beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan berkenaan pasaran kewangan untuk membantu para pedagang dan 3 karya terbaik beliau adalah :

  1. Trading Chaos
  2. New Trading Dimensions
  3. Trading Chaos: Second Edition

 

 

Dalam penulisan  Williams, beliau  menegaskan bahawa pasaran kewangan tidak dapat diramal sepenuhnya.  Sebaliknya, pedagang seharusnya mengalihkan tumpuan kepada psikologi dan tingkah laku terhadap  pergerakkan yang berlaku di dalam pasaran kewangan. Untuk memahami dan mengenal pasti tingkah laku tersebut, beliau telah mencipta “Wiseman Indicators and the Alligator Trading System” sebagai indikator untuk  membantu para pedagang.

 

Antara Indikator beliau yang popular adalah:

  • Accelerator/Decelerator Oscillator. Digunakan untuk mengukur kelajuan pergerakkan harga pasaran. Indikator ini akan menunjukkan petanda awal sebelum berlakunya perubahan arah pasaran.
  • Alligator. Digunakan untuk mengenal pasti kekuatan momentum sesuatu arah dalam pasaran. Ianya digunakan untuk mencari peluang sebelum masuk ke dalam pasaran kewangan.
  • Awesome Oscillator. Digunakan untuk mengukur momentum harga pasaran dan mencari kebarangkalian untuk berlakunya perubahan arah pasaran.
  • Fractals. Digunakan untuk menentukan purata pergerakkan harga pasaran.
  • Gator Oscillator. Bertujuan untuk menyokong hujah sebelum membuat keputusan dalam pasaran. Peserta pasaran sering menggunakan indikator ini bersama “Alligator
  • Market Facility Index. Digunakan untuk mengukur jumlah peserta dalam pasaran.

 

William berpendapat bahawa pedagang seharusnya menggabungkan pemahaman  tentang struktur pasaran  yang terbentuk dengan kemampuan diri sendiri untuk  memanfaatkan setiap peluang. Pada pendapatnya juga, beliau mengatakan  ;

“it’s important to stop doubting oneself and simply enjoy trading”

Dapatkan 30 USD Trade Bonus

Baca Juga: Pengajaran Dari Sir Isaac Newton

Ikuti Kami Di Twitter: Market Demon

Ikuti Kami Di Telegram: Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.