Home » Cobra Effect

Cobra Effect

Apa itu Cobra Effect?

Cobra Effect merupakan situasi di mana penyelesaian kepada sesuatu masalah itu menjadikan masalah tersebut lebih parah. Pada kebiasaannya, kesan ini digunakan untuk kritik dasar kerajaan yang mempunyai niat yang baik tetapi lebih kepada membawa padah.

 

Asal Usul 

Cobra Effect ini berasal dari zaman pemerintahan kolonial British di India. Pada ketika itu di Delhi, pentadbir British mendapati sedang menghadapi epidemik ular tedung. Ular tedung menjadi terlalu banyak sehingga tidak mampu untuk dikawal. Maka, pentadbir British telah melaksanakan insentif kepada orang ramai untuk membunuh ular tedung. Setiap ular tedung yang dibunuh akan diberi ganjaran oleh kerajaan. Pada awalnya, strategi ini berjaya dalam mengurangkan populasi ular tedung.

 

 

Namun selepas beberapa ketika, muncul taktik untuk mengaut keuntungan dengan menternak ular tedung. Modus operandi kepada taktik ini ialah ular tedung akan diternak kemudian dibunuh dengan serta-merta. Kemudian, bangkai ular tedung tersebut akan diserahkan untuk mendapatkan ganjaran. Selepas beberapa lama kemudian, pihak pentadbir British telah membongkar taktik tersebut dan tidak lagi melaksanakan insentif membunuh ular tedung.

 

 

Penternak ular tedung kini sedang menanggung liabiliti yang besar. Maka apa yang mereka lakukan?

 

 

Mereka hanya mampu untuk melepaskan ular-ular tersebut ke dalam hutan. Dengan ini, populasi ular tedung kembali meningkat. Strategi yang pada awalnya dirangka untuk mengurangkan populasi ular tedung kini menyebabkan peningkatan dalam populasi ular tedung. Daripada kisah di atas, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana sesuatu inisiatif yang pada dasarnya mempunyai niat yang baik akhirnya bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah bahkan menjadikan masalah itu lebih teruk lagi.

 

 

Kesan Cobra Effect Dalam Kehidupan

Punca kepada terjadinya Cobra Effect ini dapat disimpulkan dengan keinginan untuk mendapatkan penyelesaian yang mudah kepada sesuatu masalah yang jauh lebih rumit. Contohnya, seorang bos pejabat yang kononnya ingin meningkatkan produktiviti syarikat dengan menetapkan waktu bekerja yang lebih lama. Sekilas pandang, ini kelihatan seperti polisi yang bagus namun ia hanya akan menyebabkan pekerja untuk membazir banyak masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Perkara ini seiring dengan Parkinson’s Law yang menyebut:

Tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu kerja untuk akan mengembang mengikut masa yang ditetapkan.

 

 

Baca juga: Hawkish dan Dovish dalam Trading

Ikuti Kami di Twitter: Market Demon

Ikuti Kami di Telegram: Market Demon

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.