Home » Crab Bucket Mentality

Crab Bucket Mentality

Crab Bucket Mentality
Kredit: verywellhealth

Apa itu Crab Bucket Mentality?

Crab Bucket Mentality merupakan keadaan di mana dalam sesuatu persekitaran sosial, peserta (participants) akan mempunyai suatu jenis gaya pemikiran iaitu mereka akan sentiasa berkomplot untuk menjatuhkan antara satu sama yang lain.

 

Anda pernah lihat ketam dalam baldi?

 

Kalau anda letak ketam di dalam baldi, anda tidak perlu letakkan penutup untuk mengelakkan ketam itu daripada terlepas. Cukup hanya perlu letakkan ketam tersebut bersama ketam-ketam yang lain. Kalau dibiarkan, ketam tersebut mampu keluar dengan diri sendiri. Tetapi, perkara itu tidak berlaku.

 

Tahukah anda mengapa terjadinya sedemikian?

Hal ini kerana tatkala ketam tersebut cuba untuk keluar, ketam-ketam yang lain di dalam baldi akan menariknya kembali. Ketam-ketam di dalam baldi tersebut bukan sahaja tidak mahu keluar bahkan juga tidak mahu ketam-ketam yang lain membebaskan diri dari baldi tersebut.

 

Dalam bahasa Inggeris, gambaran yang tepat diberikan ialah:

“If I can’t have it, neither can’t you”.

 

Bagaimana kita boleh kaitkan perkara ini dengan dunia sebenar?

 

Dalam dunia ini ramai orang mempunyai mentalitiy zero-sum game. Zero-sum game didefiniskan sebagai situasi di mana bagi satu pihak untuk mendapatkan sesuatu (gain), satu pihak lain perlu kehilangan sesuatu tersebut (loss).

 

Crab mentality ini atau mentaliti ketam ini juga berpunca dari scarcity mentality.

 

Apa itu scarcity mentality?

Scarcity mentality ialah pandangan bahawa semua sumber, peluang, dan kejayaan ialah sesuatu yang begitu terhad.

 

Perkara ini akan membawa kepada pemikiran:

“kalau aku nak berjaya, orang lain tak boleh berjaya sekali kerana kejayaan itu terhad”.

 

Ini gambaran mengenai scarcity mentality. Seseorang menjadi iri hati dengan kejayaan orang lain kerana mereka berfikir bahawa kejayaan orang lain itu akan menyekat kejayaan mereka sekali. Perkara ini lebih common dari apa yang anda sangkakan. Antonim kepada Scarcity mentality ialah Abundance mentality.

 

Apa itu Abundance mentality?

Abundance mentality merupakan antara penyelesaian dalam mencegah Crab Bucket mentality. Abundance mentality merupakan lawan kepada scarcity mentality di mana idea asas kepada mentaliti ini ialah setiap orang sentiasa mempunyai peluang tidak terhad untuk berjaya.

 

Hal ini akan menjadikan seseorang itu tidak menjadi dengki kepada orang lain kerana dia tidak berfikir bahawa kejayaan orang lain akan menutup peluangnya sendiri. Bahkan abundance mentality juga akan membawa kepada situasi menang-menang atau positive sum game di mana manfaat yang dimiliki melebihi kemudaratan.


Kesimpulan

Apa yang anda dapat praktikkan dengan pengajaran di atas ialah jika anda tidak mampu untuk menolong orang lain menjadi berjaya, jangan berkomplot agar dia menjadi gagal dalam usahanya untuk mencapai sesuatu matlamat.

 

Antara sikap manusia yang menjadi penghalang kepada meraikan kejayaan orang lain ialah sikap ego dan dengki. Manusia yang mempunyai mentaliti seorang “loser” tidak suka melihat kejayaan orang lain kerana itu akan mengingatkan diri mereka mengenai kegagalan yang mereka alami. Mereka juga akan menjadi begitu teruja ketika melihat orang lain gagal.

 

Maka untuk menjadi orang berjaya, cuba amalkan menjadi seorang yang benar-benar berbangga dengan kejayaan yang dimiliki oleh orang lain tanpa rasa iri hati.

 

Hal ini kerana:

“success breeds more success”.

 

Kejayaan membawa kepada kejayaan yang lain. Sebaliknya, mentaliti ketam hanya akan menimbulkan suasana lose-lose situation di mana tiada siapa yang akan meraih apa-apa keuntungan.

 

Baca Juga: Langkah Pengurusan Masa Yang Efektif

Ikuti Kami Di Twitter: Market Demon

Ikuti Kami Di Telegram: Market Demon

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.