Home » 6 Trend Yang Mempengaruhi Ekonomi Amerika Syarikat

6 Trend Yang Mempengaruhi Ekonomi Amerika Syarikat

Memahami trend yang mempengaruhi ekonomi Amerika Syarikat ini mungkin mampu melindungi masa depan kewangan anda terutamanya jika anda seorang pelabur atau pedagang. Hanya dalam beberapa bulan, pandemik COVID-19 memusnahkan ekonomi Amerika Syarikat dalam krisis yang tidak dijangka.

 

Pemulihan Ekonomi Amerika Syarikat Daripada Pandemik

Pada suku pertama 2020, ketika COVID-19 mula merebak ke seluruh Amerika Syarikat, pertumbuhan ekonomi merosot sebanyak 5%. Ini menandakan bermulanya kemelesetan 2020. Ia juga menamatkan 128 bulan pengembangan ekonomi, paling lama dalam sejarah negara itu. Pada suku kedua, ekonomi menguncup sebanyak 31.4%, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) suku tahunan tidak pernah mengalami penurunan lebih daripada 10% sejak penyimpanan rekod bermula pada tahun 1947.

 

Ekonomi Amerika Syarikat pulih pada suku ketiga, berkembang sebanyak 33.1%. Walaupun begitu, ia tidak cukup untuk mengimbangi kerugian terdahulu. Pada Disember 2020, GDP Amerika Syarikat dijangka menguncup sebanyak 2.4% tetapi meningkat sebanyak 4.2% pada 2021. Menjelang suku keempat, ia telah meningkat sebanyak 7.0%. Pada permulaan wabak, kadar pengangguran melonjak kepada 14.7% pada bulan April apabila syarikat memberhentikan pekerja. Ia kekal dalam dua digit hingga julai tahun itu.

 

Tetapi pada awal tahun 2021, kadar pengangguran telah jatuh kepada 6%. Menjelang bulan kedua 2022, ia telah menurun kepada 3.8%, sangat hampir dengan kadar pengangguran sejurus sebelum wabak melanda, iaitu 3.5%.

 

Ekonomi Amerika Syarikat

Kenaikan Kadar Faedah Di Amerika Syarikat

Apabila ekonomi Amerika Syarikat semakin panas, inflasi juga semakin meningkat. Federal Reserve (Fed) menggunakan kadar faedah untuk membantu mengawal inflasi. Pada Mac 2020, Federal Open Market Committee (FOMC) telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk menangani kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Mereka menurunkan Federal Funds Rate menghampiri sifar, menyasarkan julat antara 0.00% dan 0.25%. Fed Funds Rates ialah kadar penanda aras untuk kadar boleh laras dan pinjaman jangka pendek.

 

Pada September 2020, FOMC mengumumkan mereka akan mengekalkan kadar penanda aras pada tahap itu sehingga inflasi mencapai 2.0% dalam tempoh masa yang panjang. Ramalan Fed pada 16 Disember mengatakan ia tidak akan berlaku sehingga sekurang-kurangnya 2023. Tetapi ia berlaku lebih awal daripada itu. Isu rantaian bekalan, harga rumah yang melambung tinggi dan turun naik harga minyak yang tidak menentu, antara faktor menyebabkan inflasi meningkat dengan cepat.

 

Menjelang Februari 2022, inflasi telah meningkat kepada 7.9%, lonjakan terbesar sejak 1982. Fed telah mengambil langkah untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah bagi pinjaman kadar tetap dan jangka panjang untuk menggalakkan pemulihan selepas wabak. Mereka telah memulakan semula program pelonggaran kuantitatif (QE) pada 2020, Fed turut mengumumkan mereka akan membeli $500 bilion Perbendaharaan Amerika Syarikat dan $200 bilion sekuriti bersandarkan gadai janji. Tidak lama kemudian mereka mengembangkan pembelian QE kepada jumlah yang tidak terhad.

 

Kos pinjaman menjunam, dengan gadai janji jatuh ke paras yang paling rendah. Kos pinjaman yang rendah itu mendorong harga rumah naik lebih tinggi. Tetapi menjelang mesyuarat pada Mac 2022, FOMC tidak boleh mengabaikan inflasi yang semakin meningkat dengan pantas dan mereka mengumumkan akan menjual sekuriti serta menaikkan Fed Fund Rate sebanyak 25 mata asas, kepada 0.25% hingga 0.50%. FOMC juga berkata mereka menjangkakan akan terus menaikkan kadar untuk mengawal inflasi.

 

Perubahan Iklim Amerika Syarikat Menyebabkan Lebih Banyak Bencana Alam

Iklim Amerika Syarikat berubah akibat pemanasan global yang disebabkan oleh peningkatan gas rumah hijau. Apabila negara mengalami hari yang lebih panas, harga makanan meningkat. Kedua-dua hasil jagung dan kacang soya di Amerika Syarikat menjunam dengan mendadak apabila suhu meningkat melebihi 28.89 darjah celsius. Peningkatan paras laut memburukkan lagi banjir di bandar-bandar rendah, mengancam 30% penduduk Amerika Syarikat yang tinggal di daerah berhampiran pantai dan lapan daripada 10 bandar terbesar di dunia.

 

Banjir telah melanda pantai Amerika Syarikat tiga hingga sembilan kali lebih kerap berbanding 50 tahun lalu. Dari 2005 hingga 2017, kenaikan paras laut menelan belanja lebih daripada $2 bilion. Antara 2014 dan 2016, kemarau di California menelan belanja dianggarkan $3.8 bilion. Hampir tiga perempat daripada kerugian adalah di selatan Central Valley. Apabila kemarau berlanjutan, perubahan iklim memburukkan lagi iklim yang sudah kering dengan mempercepatkan penyejatan air. Kekerapan kebakaran hutan juga meningkat hampir 400% sejak tahun 1970. Kebakaran hutan telah berlaku beberapa tahun kebelakangan ini di tempat-tempat termasuk California, Colorado dan Oregon.

 

Pasaran Kewangan Mengawal Harga Minyak, Gas Dan Makanan Amerika Syarikat

Bekalan dan permintaan telah menjadi kurang penting dalam mengawal harga. Sebaliknya, harga minyak, gas dan makanan ditentukan oleh commodities traders dan nilai dolar dipengaruhi oleh foreign exchange traders. Kepantasan urus niaga juga telah meningkatkan turun naik ekonomi. Harga gas dan minyak naik dan turun bergantung pada mood pelabur.

 

Kuasa Global Amerika Syarikat Merosot

Sebelum The Great Depression, Amerika Syarikat adalah satu-satunya kuasa besar dunia. Pada tahun 2009, negara G-20 menjadi tumpuan utama dalam ekonomi global dan memberikan lebih banyak pengaruh kepada :

 

1. Brazil
2. Rusia
3. India
4. China

 

Negara-negara pasaran baru muncul (EM) ini pada mulanya terselamat daripada kemelesetan lebih baik berbanding Eropah atau Amerika Syarikat. Ekonomi mereka yang kukuh memberikan kelebihan untuk menuntut lebih banyak kuasa ekonomi global. Walaupun masing-masing mempunyai masalah ekonomi sendiri tetapi mereka berjaya mengekalkan pengaruh di peringkat global. Kehilangan status kuasa besar Amerika Syarikat yang dirasakan adalah disebabkan serangan terhadap perdagangan bebas, penyumberan luar pekerjaan, dan manipulasi mata wang. Tetapi walaupun dengan dasar perlindungan, pengaruh dan kuasa negara EM ini akan terus berkembang.

 

Persaraan Yang Tidak Pasti

Tinjauan Keyakinan Persaraan Tahunan menunjukkan bahawa pada 2021, kira-kira satu pertiga daripada pekerja Amerika Syarikat hilang keyakinan bahawa mereka akan mempunyai cukup wang untuk hidup selesa selepas persaraan. Malah mereka yang mampu untuk bersara mungkin terus bekerja dalam beberapa kapasiti. The Great Recession dan wabak, kedua-duanya meninggalkan parut emosi.

 

Kebanyakan orang akan menyesuaikan diri dengan melepaskan landasan kerjaya lama. Mereka ingin mencari rezeki yang bermakna bagi mereka. Ada yang menggunakan inovasi teknologi dan ‘remote work’ untuk mencipta pekerjaan baharu yang sesuai dengan gaya hidup mereka. Sebahagian yang lain bekerja secara sementara untuk membiayai gaya hidup, trend yang sejajar dengan syarikat yang ingin mengekalkan kos yang lebih rendah untuk mengelak perbelanjaan penjagaan kesihatan.

 

Cara terbaik untuk berkembang maju? Melalui freelance gig, cuba cari cara untuk menjana wang daripada hobi. Jadi realistik tentang daya tarikan anda dalam pasaran kerja, sama ada disebabkan oleh usia anda atau sejarah kerja anda. Dapatkan kemahiran baru untuk kerja sambilan. Buka fikiran tentang perkara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan lebih banyak wang. Akhir sekali, berhati-hati dengan arah aliran ekonomi dan ambil kesempatan daripadanya.

 

Baca juga : Perniagaan Di Zaman Stagflasi

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Win A RM2000 Mydin Gift Card

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.