Home » Ekonomi Rusia Kembali Ke Landasan

Ekonomi Rusia Kembali Ke Landasan

Inflasi telah melonjak dan prospek jangka panjang tidak menentu dalam ekonomi Rusia. Menurut John McCain, senator dan bekas calon Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2015,

 

Rusia adalah stesen minyak yang menyamar sebagai sebuah negara.

Dalam banyak aspek, ternyata kenyataan McCain adalah betul. Pendapatan Rusia daripada sumber minyak dan gas telah membantunya mengharungi sekatan ekonomi yang dikenakan oleh negara Barat sebagai tindak balas terhadap pencerobohannya ke atas Ukraine. Pada 10 Jun, bank pusat Rusia mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan kadar faedah kembali kepada 9.5%, kadar di mana sebelum perang bermula.

 

Normalisasi kadar dasar utamanya hanyalah satu tanda bahawa ekonomi Rusia telah mengenepikan kesan sekatan Barat. Bank pusat menggandakan kadar faedah kepada 20% selepas pencerobohan bagi menghalang mata wang Rubel daripada mengalami kejatuhan nilai secara mendadak. Dasar itu nampaknya berjaya. Menjelang penghujung bulan April, Rubel telah pulih, lebih tinggi dari nilainya sebelum krisis Ukraine.

 

Ekonomi Rusia
Mata Wang Rusia

 

Ini membolehkan bank pusat Rusia mengurangkan kembali kadar faedah secara beransur-ansur. Bank pusat itu dijangka akan mengurangkan lagi kadar faedah dalam masa terdekat. Harga minyak dan gas yang tinggi juga telah membantu Rusia. Walaupun Kesatuan Eropah (EU) telah bersetuju untuk memboikot 75% import minyak Rusia, negara itu telah dapat mencari pembeli alternatif untuk bahan apinya.

 

Menurut anggaran dari Institut Kewangan Antarabangsa, pendapatan Rusia daripada eksport sepanjang tiga bulan lalu adalah 65% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Imbangan dagangan untuk tiga bulan lalu hampir empat kali lebih tinggi berbanding setahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, Rusia tetap menerima kesan ekonomi di bahagian lain. Kenaikan harga import mendorong inflasi harga pengguna (CPI) meningkat daripada 9% pada Februari kepada 17% pada Mei, jauh melebihi sasaran bank pusat iaitu sebanyak 4%.

 

Inflasi kini mungkin telah mendatar, tetapi rakyat Rusia menghadapi kekurangan banyak barangan Barat, sekatan ekonomi telah menyebabkan jualan kereta baharu jatuh empat perlima, dan banyak kedai serta restoran ditutup. Pakar ekonomi menjangkakan bahawa import perlu dipertingkatkan untuk memulihkan keseimbangan ekonomi.

 

Baca juga : Era Baru Nuklear

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Win A RM2000 Mydin Gift Card

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published.