Home » First Principles Thinking

First Principles Thinking

Pernahkan anda mendengar tentang First Principles Thinking?

 

Tahukah anda pemikiran ini digunakan oleh antara individu yang kerapkali mendapat gelaran orang terkaya di dunia iaitu Elon Musk. Mari kita bedah bagaimana Elon Musk menggunakan metode ini dan bagaimana anda dapat aplikasi dalam dunia pelaburan dan perdagangan.

 

Elon Musk telah menciap sesuatu mengenai apa yang beliau jangkakan daripada tenaga kerja syarikat sosial media gergasi iaitu Twitter, Inc.

Jika pengambilalihan (Twitter) berjaya, syarikat akan sangat fokus terhadap kejuruteraan perisian, reka bentuk, keselamatan maklumat, dan perkakasan pelayan.

Juga, jangkaan etika bekerja ialah sangat tinggi, tetapi tidak melebihi apa yang saya letakkan untuk diri saya

 

Elon Musk memang terkenal sebagai seorang yang bekerja keras. Beliau dikatakan sentiasa bekerja selama 100 jam seminggu tetapi kemudian dikurangkan kepada 80-90 jam seminggu.

 

Namun, saya tidak ingin untuk menyentuh mengenai jumlah jam bekerja. Hal ini kerana manusia ada kecenderungan untuk menipu diri sendiri. Anda boleh katakan anda telah bekerja selama 100 jam seminggu, sedangkan itu hanya kerja yang berimpak rendah.

 

Anda perlu fokuskan kepada kerja yang mempunyai impak yang besar. Perkara ini memerlukan kejujuran dalam menilai apakah jenis kerja yang akan memberi impak besar dan apa yang tidak.

 

 

Fokus artikel ini adalah membedah cara pemikiran Elon Musk dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seperti dinyatakan di atas, Elon Musk menggunakan First Principles Thinking.

 

FIrst Principles Thinking ini berasal dari dunia Fizik. Ia didefiniskan sebagai cara melihat masalah itu secara hakiki dan bukan secara analogi. Ramai orang sebenarnya mempunyai sikap iaitu mereka terlalu emosi dengan masalah yang mereka ada. Tahap yang lebih teruk ialah mereka akan mengikat identiti mereka dengan masalah tersebut. Hal ini menjadikan sesuatu masalah begitu sukar untuk diselesaikan.

 

 

Bagaimana Elon Musk menggunakan metod First Principles

Pada ketika Elon Musk ingin membeli roket untuk syarikatnya, beliau mendapati harga roket begitu mahal sehingga mencecah jutaan dolar US. Orang yang biasa akan cepat berputus asa tetapi Elon Musk bukan orang biasa. Pendekatan beliau adalah mengambil tahu mengenai komponen-komponen roket. Kemudian, mencari harga bagi setiap komponen tersebut. Beliau mendapati roket dapat dihasilkan dengan harga yang jauh lebih murah dari nilai pasaran.

 

 

Bagaimana anda dapat menggunakan metod ini sebagai trader

Ramai orang ketika mereka menghadapi kerugian dalam tempoh masa yang sangat lama, mereka akan mula persoalkan diri mereka. Adakah mereka tidak mempunyai kebolehan untuk berdagang. Kemudian, ramai yang mengambil jalan mudah dengan cepat berputus asa. Sedangkan apa yang mereka perlu lakukan ialah analisa diri mereka dan kaji balik apa yang mereka buat. Kekalkan yang baik dan tinggalkan yang buruk.

 

Seorang trader yang diprofilkan dalam Market Wizards iaitu David Ryan telah berjaya meraih pulangan sebanyak 1000% dalam trading. Pada suatu ketika, prestasi beliau begitu teruk. Beliau boleh sahaja berputus asa tetapi beliau memilih untuk berhenti seketika dan mengkaji semula semua aktiviti trading beliau. Beliau akhirnya menjumpa punca masalah iaitu beliau banyak beli saham yang telah bergerak dengan banyak. Beliau memastikan perkara ini tidak berlaku lagi dan akhirnya beliau menjadi antara top trader.

 

 

Baca juga: Halangan Psikologi Dalam Trading

Ikuti Kami di Twitter: Market Demon 

Ikuti Kami di Telegram: Market Demon 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.