Home » Forex Trading

Forex

 

Apa itu Forex?

Forex atau ‘Foreign Exchange’ merupakan pasaran yang digunakan oleh pedagang untuk menjual beli matawang asing. Secara asasnya berdagang di dalam pasaran matawang lebih mudah berbanding dengan stock ataupun saham. Hal ini kerana, forex hanya memerlukan para pedagang untuk memantau beberapa pasangan matawang. Matawang yang paling lazim di pantau oleh ‘traders’ adalah matawang daripada 8 buah negara. 8 buah negara utama yang sering dipasangkan adalah :

 

  • Australia (AUD)
  • Canada (CAD)
  • Europe (EUR)
  • Japan (JPY)
  • United Kingdom (GBP)
  • United States (USD)
  • New Zealand (NZD)
  • Switzerland (CHF)

 

Selain itu, Forex merupakan dagangan dua hala yang bermaksud pedagang boleh membuat keuntungan dengan menjual melalui pembelian atau penjualan matawang. Maka dengan ini, pedagang Forex dapat memanfaatkan dua trend sama ada ‘bullish trend’ atau ‘bearish trend’. Pedagang Forex juga akan kurang mengalami kesan dalam dagangan meskipun terdapat masalah krisis negara-negara, ekonomi ataupun geopolitik misalnya krisis di Ukraine

 

Forex didagangkan dalam pasangan yang digabungkan antara dua jenis matawang. Seperti contoh US Dollar dipasangkan bersama Japanese Yen akan membentuk pasangan USDJPY. Pasangan-pasangan yang terbentuk daripada gabungan matawang lebih mudah diperhatikan atau di analisa melalui laman web TradingView. Di TradingView, kita juga dapat melihat dan menganalisa carta selain daripada matawang seperti komoditi, stock dan cryptocurrencies.

 

 

Berdagang dalam Pasaran Forex

Pasaran Forex merupakan pasaran yang terbesar juga pasaran yang paling tinggi ‘liquidity‘ di dalam dunia. ‘Liquidity‘ yang bermakna kecairan mewakili ‘volume‘ di dalam pasaran tersebut. Rekod menyatakan bahawa terdapat trillion dollar transaksi pertukaran matawang setiap hari berdagang. Pasaran Forex juga merupakan jaringan elektronik antara bank, broker, institusi dan ‘retail traders‘. Pembelian dan penjualan matawang boleh dilakukan pada setiap hari bekerja selama 24 jam. 

 

Terdapat beberapa jenis ‘traders yang boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Tetapi bagi ‘traders‘ yang menggunakan pendekatan berjangka masa pendek, waktu yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti dagangan adalah ketika pasaran berada di dalam keadaan cair atau mempunyai ‘volume‘ yang tinggi. Volume yang tinggi selalunya boleh berlaku ketika pertindahan antara dua sesi. 

 

Selain itu, volume yang tinggi juga boleh didapati apabila terdapat tumpuan-tumpuan pada pengumuman penting seperti pengumuman kadar faedah daripada bank pusat, jumlah pekerjaan dan beberapa data ekonomi yang lain. Ekonomi setiap negara pula bergantung dengan ‘supply‘ dan ‘demand‘ yang berada di dalam pasaran juga daripada pendapatan negara tersebut. Sebagai contoh negara Jepun, Jepun merupakan pengeluar barang-barang elektronik. Jika sesuatu yang berlaku dengan bekalan elektronik di Jepun, negara yang mengimport bekalan elektronik tersebut akan mengalami masalah permintaan sekaligus akan menjejaskan keadaan matawang.

 

Dapatkan 30 USD Percuma

 

Perbezaan Pasaran Forex dan Saham

Berbeza dengan pasaran Forex, pasaran saham merupakan pasaran ‘satu hala’ di mana para pedagang saham akan memberikan fokus lebih kepada syarikat atau perbadanan yang tertentu. Pasaran saham juga lebih kepada ke arah pemilikan ‘share‘ atau pemilikan ekuiti syarikat. Para pedagang saham hanya boleh membuat keuntungan apabila pegangan saham yang dipegang mereka berjaya melonjak naik kepada harga yang lebih tinggi.

 

Pergerakan pasaran Forex juga jauh lebih tinggi dan besar hinggakan mencecah lebih dari trillion dollar transaksi untuk sehari. Mana kala pasaran saham pula, disebabkan fokus utama adalah pada kesihatan kewangan syarikat dan keupayaan untuk mengekalkan kestabilan syarikat, maka tahap kecairan terhadap pasaran saham agak terhad. Pasaran saham selalunya bersifat jangka masa panjang. 

 

“Waiting helps you as an investor and a lot of people just can’t stand to wait. If you didn’t get the deferred-gratification gene, you’ve got to work very hard to overcome that.”

– Charlie Munger

 

Reaksi Market dalam Trading

 

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

  

Leave a Reply

Your email address will not be published.