Home » Hawkish dan Dovish dalam Trading

Hawkish dan Dovish dalam Trading

Hawkish Dovish
Gambar : Hawkish dan Dovish

 

Hawkish dan Dovish merupakan istilah yang digunakan untuk mengukur nada daripada kenyataan dari pada jurucakap-jurucakap bank pusat seperti pengerusi ‘Federal Reserve’ atau ahli-ahli lembaga yang lain. Selalunya, kedua-dua istilah ini dikenalpasti melalui sidang media yang dilakukan oleh bank pusat selepas data dikeluarkan.

Seperti contoh, data berkenaan kadar faedah di umumkan oleh ‘Bank of Japan’ yang diumumkan setiap dua bulan akan disusuli dengan sidang media untuk menjelaskan keputusan yang dilakukan. Daripada sidang media yang berlaku inilah terdapat nada yang boleh dikenalpasti sama ada Hawkish atau Dovish.

 

Apa itu Hawkish?

Di ambil melalui perwatakan dan penampilan yang garang daripada helang, ‘Hawkish’ merupakan istilah yang digunakan untuk mengambarkan nada ‘mengetatkan’ atau ‘panas’ di dalam ucapan wakil bank pusat berkenaan polisi ekonomi. Ucapan-ucapan wakil bank pusat yang lebih ke arah mengetatkan atau menaikkan kadar faedah boleh menggambarkan nada ‘hawkish’. Seperti contoh;

“Bank of England menyatakan bahawa terdapat kemungkinan akan kewujudan kadar inflasi yang tinggi. Maka, usaha menaikkan kadar faedah berkemungkinan akan berlaku untuk beberapa suku tahun ke hadapan”

 

 

 

Apa itu Dovish?

Di ambil melalui perwatakan dan penampilan yang lembut daripada burung merpati, ‘Dovish’ merupakan istilah yang bertentangan dengan ‘Hawkish’. Istilah yang menggambarkan nada ‘lembut’ di dalam ucapan wakil bank pusat berkenaan dengan polisi ekonomi negara. Ucapan-ucapan yang lebih ke arah perlonggaran polisi atau penurunan kadar faedah boleh digambarkan sebagai nada ‘Dovish’. Seperti contoh;

“Bank of Japan mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat peningkatan dan perkembangan ekonomi yang sihat berkenaan dengan kadar pekerja yang telah kembali bekerja. Maka, kami penurunan kadar faedah berkemungkinan boleh di pertimbangkan.”

Maka daripada ucapan yang dibuat pada sidang media pedagang boleh mengukur nada sentimen yang dikeluarkan oleh pembuat dasar polisi.

 

Dapatkan bonus 30 USD Percuma

 

Kegunaan Hawkish dan Dovish untuk Para Pedagang

Para pedagang boleh menggunakan istilah ‘Hawkish’ dan ‘Dovish’ sebagai indikasi yang boleh digunakan untuk berdagang. Hal ini kerana para pedagang dapat mengenalpasti sentimen pasaran yang boleh berlaku semasa pengumuman polisi oleh wakil-wakil daripada bank pusat.

Terdapat ‘volume’ pedagang yang tinggi pada waktu pengumuman polisi kewangan seperti pengumuman FOMC, kadar faedah (interest rate) dan lain-lain. Maka dengan pemahaman berkenaan nada sentimen yang ada, para pedagang dapat menambah hujah dalam pemilihan dagangan.

 

Krisis Rampasan Kuasa Ukraine dan Krisis Cuba

 

Pengetahuan Tambahan : 12 Peraturan Kehidupan Jordan Peterson

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

About Post Author

1 thought on “Hawkish dan Dovish dalam Trading

Leave a Reply

Your email address will not be published.