Home » Heikin Ashi Candlestick

Heikin Ashi Candlestick

Heikin Ashi Candlestick
Gambar : Standard Japanese Candlestick vs Heikin Ashi Candlestick

Heikin Ashi” juga dikenali sebagai “Heikin-Ashi” atau “Heiken Ashi” merupakan teknik chart atau candlestick yang digunakan untuk mengambarkan pembentukan harga mengikut ‘timeframe‘ yang tertentu. Dalam bahasa Jepun, ‘Heikin‘ bermaksud purata (average) dan ‘Ashi‘ yang bermaksud kelajuan (pace).

 

Maka Heikin Ashi bermakna purata kelajuan harga. Heikin Ashi selalunya digunakan untuk menapis noise di dalam pasaran. Teknik Heikin Ashi telah dicipta beberapa ratus tahun yang lalu oleh Munehisa Homma yang merupakan tokoh penting di dalam dunia perdagangan. 

 

Mula Berdagang Sekarang

 

Heikin Ashi (Pros)

 

Heikin Ashi Candlestick
Gambar : Heikin Ashi

Terdapat beberapa kelebihan untuk para pedagang apabila menggunakan Heikin Ashi. Antaranya ialah lebih jelas dan pembentukan yang lebih setara. Selain itu, pedagang juga dapat memilih dengan bebas berkenaan warna bullish candle dan bearish candle. Pedagang boleh merujuk warna yang dipilih untuk mengenalpasti trend pergerakkan harga. Penggunaan Heikin Ashi juga dapat menyingkirkan noise di dalam chart berbanding dengan penggunaan japanese candlestick yang biasa. 

 

Cara untuk menentukan kekuatan trend melalui Heikin Ashi ialah dengan memerhati pembentukan shadow pada candlestick tersebut. Sebagai contoh, apabila di fasa bearish trend, candlestick yang menunjukkan penurunan trend tidak menunjukkan pembentukan shadow dia atas.

 

Manakala, apabila berada di fasa bullish trend, candlestick yang menunjukkan kenaikan trend tidak menunjukkan pembentukan shadow di bawah. Dengan informasi ini, pedagang dapat membuat keputusan untuk memegang atau menutup position dengan lebih effisien serta dapat menyingkirkan sifat ‘weak hand‘ di dalam proses dagangan.

 

Heikin Ashi Candlestick
Gambar : Bearish Trend vs Bullish Trend

Risk On dan Risk Off

 

Heikin Ashi (Cons)

Walaupun banyak kelebihan yang pedagang boleh dapat dengan penggunaan Heikin Ashi, tetapi terdapat juga beberapa kelemahan yang boleh memberikan mengganggu pedagang untuk membuat keputusan yang cepat. Antaranya ialah Heikin Ashi tidak menunjukkan paras harga yang sebenar.

 

Ini kerana, pembentukkan candlestick Heikin Ashi merupakan pembentukkan yang berhasil daripada purata harga pada waktu tertentu. Selain itu, untuk pedagang yang selalu memanfaatkan pergerakkan yang pantas, penggunaan Heikin Ashi merupakan pilihan yang tidak sesuai.

 

Study Guide for The New Trading For A Living

 

Ikuti kami untuk mendapatkan info dan berita terkini berkenaan perkembangan isu global dan tempatan. 

Twitter Market Demon

Telegram Market Demon

 

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published.