Home » Trading Indicator

Apa Itu Trading Indicator?

 

Trading Indicator adalah statistik yang digunakan untuk mengukur keadaan semasa arah aliran kewangan atau ekonomi. Indicator digunakan oleh ramai peserta pasaran sama ada saham ataupun Foreign Exchange (FOREX). Dalam dunia dagangan, indicator biasanya merujuk kepada corak carta teknikal yang diperoleh daripada harga, volume ataupun kadar turun naik (volatility). Indicator Teknikal adalah seperti:

  1. Moving Average (MA)
  2. Relative Strength Index (RSI)
  3. Volume
  4. Stochastic

 

Dalam ekonomi pula, Trading Indicator bermaksud data ekonomi yang digunakan untuk mengukur tahap ekonomi secara menyeluruh dan jangkaan arah pasaran. Perkara ini adalah seperti:

  1. Consumer Price Index (CPI)
  2. Producer Price Index (PPI)
  3. Gross Domestic Product (GDP)
  4. Non Farm Payroll (NFP)

 

Indicator dikategorikan kepada:

  • Indicator ekonomi
  • Indicator teknikal

 

Indicator ekonomi adalah statistik yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan atau kemerosotan secara menyeluruh dalam sektor ekonomi. Dalam analisis fundamental, indicator ekonomi yang mengukur keadaan ekonomi dan industri semasa digunakan untuk memberi gambaran tentang potensi harga.

 

Indicator teknikal digunakan secara meluas dalam analisis teknikal untuk menjangka perubahan dalam aliran saham ataupun corak harga dalam mana-mana aset yang didagangkan.

 

Indicator Ekonomi

 

Indicator Ekonomi
Foto oleh: Learning Center – FXStreet

 

Terdapat banyak indicator ekonomi yang dicipta oleh sumber yang berbeza dalam sektor swasta dan juga awam. Sebagai contoh, Biro Statistik Buruh (Bureau of Labor Statistics) yang merupakan cabang penyelidikan Jabatan Buruh Amerika Syarikat (U.S. Department of Labor) menyusun data tentang harga, pekerjaan & pengangguran dan produktiviti. Laporan tersebut mengandungi maklumat tentang inflasi, harga import & eksport dan perbelanjaan pengguna.

 

Institut Pengurusan Bekalan (Institute of Supply Management) atau dikenali sebagai ISM ialah persatuan profesional bukan kerajaan bertujuan untuk pengurusan bekalan dan pembelian profesional. Institut tersebut telah membuat ISM Manufacturing Report on Business sejak 1931.

 

Laporan tersebut mengandungi indeks komposit, Indeks Pengurusan Pembelian (Purchasing Managers` Index, PMI) yang mengandungi maklumat mengenai pesanan pembuatan dan bukan pembuatan. Indeks ini memperhatikan aktiviti ekonomi dengan teliti. Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (U.S. Department of Commerce) menggunakan data ISM dalam penilaian ekonominya. Indikator Ekonomi yang lain seperti kadar faedah, bekalan wang dan sentimen pengguna juga diambil kira.

 

Indicator Teknikal

 

Indicator Teknikal
Foto oleh: Bybit Learn

 

Dalam konteks teknikal analisis, indicator adalah berdasarkan kiraan matematik melibatkan pergerakan harga atau volume untuk membantu membuat keputusan berdagang. Hasil daripada indicator bertujuan untuk membantu pedagang membuat analisis. Terdapat 4 jenis indicator utama dalam dagangan iaitu:

  1. Trending
  2. Oscillator
  3. Volatility
  4. Volume

 

Trending Indicator dicipta untuk membantu pedagang berdagang dalam pasaran untuk mengikuti arah aliran sama ada semasa harga menaik ataupun menurun. Indicator ini boleh membantu menunjukkan trend harga semasa kepada para pedagang.

 

Oscillator Indicator memberi idea kepada pedagang sewaktu ada momentum pada harga tertentu. Apabila harga naik lebih tinggi, indicator akan menaik dan begitu juga sebaliknya. Sewaktu indicator mencapai paras yang “extreme”, harga berkemungkinan akan mengubah arahnya. Walaubagaimanapun, hanya kerana paras indicator yang “extreme”, tidak bermaksud pedagang boleh menyertai pasaran. Oscillator boleh kekal pada paras “extreme” pada masa yang lama.

 

Volatility Indicator mengukur seberapa besar ayunan naik dan turun dalam pasaran. Apabila harga turun naik dengan keadaan yang laju, ia boleh dikatakan mempunyai kadar naik turun (Volatility) yang tinggi. Penting untuk mengambil tahu kadar naik turun pada pasaran sebelum masuk ke dalam pasaran.

 

Volume Indicator adalah berdasarkan formula matematik yang menunjukkan kecairan dalam sesebuah pasaran. Volume harus dilihat kepada sejarah yang terkini kerana perbandingan sejarah semasa dengan sejarah 50 tahun yang lalu mungkin memberikan data yang kurang tepat. Semakin terkini data volume, data tersebut lebih relevan.

Perhatian: Berhati-hati apabila terlalu bergantung pada indicator untuk membuat sebarang keputusan. Data yang diterima perlu dianalisis dan ditafsir dengan betul

 

Baca juga: Jenis-jenis Trader

Ikuti kami di Twitter: Market Demon

Ikuti kami di Telegram: Market Demon

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: