Home » Inflasi Dan Kadar Tukaran

Inflasi Dan Kadar Tukaran

Mengapa nilai tukaran mata wang jatuh apabila berlaku inflasi yang lebih tinggi? Bagaimana inflasi mempengaruhi kadar tukaran? Kadar inflasi yang lebih tinggi di sesebuah negara berbanding negara lain akan cenderung mengurangkan nilai mata wang negara tersebut kerana inflasi yang tinggi bermakna harga barangan negara tersebut meningkat dengan lebih cepat berbanding negara lain.

 

Oleh itu, produk negara tersebut menjadi kurang kompetitif di pasaran global. Permintaan untuk eksport akan merosot, secara tidak langsung akan terdapat kejatuhan permintaan untuk mata wang mereka. Katakan, inflasi di United Kingdom lebih tinggi berbanding negara Eropah yang lain. Pengguna di United Kingdom akan mendapati import Eropah lebih murah. Mereka akan menjual Pound supaya dapat membeli barangan Eropah dengan menggunakan Euro. Oleh kerana ramai yang menukar Pound kepada Euro, berlaku peningkatan bekalan dalam Pound. Ini akan mengurangkan nilai mata wang tersebut. Manakala, pertambahan permintaan terhadap Euro akan menyebabkan nilainya meningkat berbanding Pound.

 

Inflasi dan kadar tukaran

 

Dalam tempoh selepas perang, United Kingdom mengalami kadar inflasi yang lebih tinggi berbanding Jerman. Ini menyebabkan Pound menyusut berbanding Mark Jerman. Selain itu, spekulasi juga boleh menyebabkan perubahan dalam nilai tukaran mata wang. Jika pasaran melihat dasar bank pusat atau kerajaan persekutuan yang berkemungkinan menyebabkan inflasi, contohnya bank pusat mengurangkan kadar faedah, maka mereka akan cenderung untuk menjual mata wang negara itu.

 

Bagaimana Kadar Tukaran Mempengaruhi Inflasi?

  1. Sekiranya berlaku susut nilai dalam kadar tukaran, ia berkemungkinan menyebabkan inflasi meningkat (harga import lebih mahal)
  2. Peningkatan dalam kadar tukaran cenderung untuk mengurangkan inflasi (harga import lebih murah)

 

Mengapa Susut Nilai Mata Wang Menyebabkan Inflasi?

Susut nilai bermakna permintaan terhadap mata wang tersebut berkurang, import lebih mahal dan eksport lebih murah. Selepas susut nilai :

 

  1. Inflasi yang diimport. Harga barangan import akan naik kerana lebih mahal untuk dibeli dari luar negara.
  2. Permintaan domestik menjadi lebih tinggi. Eksport yang lebih murah meningkatkan permintaan terhadap produk sesebuah negara. Terdapat juga pengurangan dalam permintaan untuk barangan import, mengalihkan penggunaan kepada barangan domestik.
  3. Kurang insentif untuk mengurangkan kos. Pengilang yang mengeksport melihat peningkatan dalam daya saing tanpa perlu mengambil sebarang usaha. Sesetengah berpendapat, ini mungkin mengurangkan insentif mereka untuk mengurangkan kos dan kita mendapat inflasi yang lebih tinggi dalam jangka panjang.

 

Penilaian Kesan Terhadap Inflasi

Kenaikan inflasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor lain seperti peningkatan dalam harga tenaga seperti minyak. Kesan ke atas inflasi boleh jadi terhad sekiranya berlaku kemelesetan. Kesannya juga bergantung kepada keanjalan permintaan dan sama ada firma akan mengalihkan kos kadar tukaran kepada pengguna. Sebagai contoh, firma boleh mengurangkan margin keuntungan daripada meningkatkan harga import.

 

Baca juga : Kadar Faedah Dan Nilai Mata Wang

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

Bagaimana Kadar Faedah Mempengaruhi Nilai Mata Wang

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.