Home » Intrinsic Value

Dalam pemilihan saham untuk didagangkan, kita selalu fikir, apakah saham yang sesuai untuk dibeli, adakah saham yang masih hangat diperdagangkan atau pun yang masih diparas murah untuk dibeli? Salah satu cara untuk mengenalpasti dan menilai sesebuah saham adalah melalui pengiraan Intrinsic Value. Persoalannya ialah, apakah itu Intrinsic Value?

 

Pengenalan Intrinsic Value

Intrinsic value adalah salah satu value investing yang diperkenalkan oleh Benjamin Graham, adalah cara untuk kita mengenalpasti harga sebenar sesebuah syarikat tersebut. Intrinsic value adalah salah satu langkah untuk mengenalpasti kedudukan saham itu berada di paras untuk didagangkan.

 

Intrinsic value

 

Metrik Intrinsic Value

Untuk mengenalpasti bagaimana cara untuk menilai sesebuah saham melalui pengiraan intrinsic value, terdapat beberapa metrik untuk diambil kira bagi menapis dan menyenaraikan untuk pemilihan terakhir sebelum kita memulakan pembelian saham. Berikut adalah antara langkah untuk mengira nilai intrinsic sesebuah saham:

 

Quantitative Metric

Faktor kuantitative bagi sesebuah syarikat adalah dianalisa melalui kadar kesihatan kewangan sesebuah syarikat tersebut. Antara langkah untuk menganalisa kewangan sesebuah syarikat, adalah dengan mengenalpasti nisbah kewangan atau Financial Ratio dan Financial Statement Analysis. Antara contoh kuantitative metrik ini adalah Free Cash Flow.

 

Free Cash Flow

Seperti mana yang kita tahu, cash flow atau aliran tunai adalah faktor penting bagi sesebuah syarikat untuk menjalani operasi perniagaan mereka.

Free Cash Flow juga menjadi penanda aras bagi sesebuah syarikat bahawa kestabilan kewangan telah dicapai dan mempunyai jumlah lebihan untuk menjalankan operasi syarikat dan perbelanjaan kapital.

 

Aliran tunai lebihan ini terdiri selepas mengambil kira lebihan kewangan dari aliran tunai operasi, aliran tunai pelaburan dan aliran tunai kewangan.

 

Aliran tunai operasi ialah melalui perbelanjaan dalaman sesebuah syarikat tersebut, terdiri dari perbelanjaan dari bayaran gaji dan upah serta pembayaran cukai syarikat.

Aliran tunai pelaburan iaitu melalui penjualan aset dan pelaburan dalaman.

Aliran tunai kewangan iaitu dari pembayaran balik hutang syarikat atau pembelian balik saham syarikat tersebut.

 

Dengan adanya Free Cash Flow, sesebuah syarikat itu dapat menjalankan perniagaan secara teratur dan stabil, syarikat itu dapat menggunakan lebihan aliran tunai untuk memperkembangkan syarikatnya dari segi membeli aset, melabur ataupun menambah bilangan pekerja.

Lebih tinggi amaun Free Cash Flow sesebuah syarikat, lebih tinggi peluang untuk sesebuah syarikat untuk terus berkembang dan lebih tinggi peluang untuk para pelabur memperdagangkan saham syarikat tersebut.

 

Qualitative Metric

Faktor kuantitative bagi sesebuah syarikat adalah dilihat dari segi model bisnes, niche dan target market mereka. Untuk penilaian ini, kita boleh kenal pasti sesebuah syarikat itu adakah mereka diselia oleh pihak pengurusan yang berkualiti atau produk tersebut masih dikira sebagai produk yang trending dan masih relevan di pasaran.

Dengan mengambil kira kedua metric tersebut, kita dapat mengenalpasti risiko untuk pembelian saham sesebuah syarikat. Melalui cara ini juga kita dapat memilih dan menilai saham sesebuah syarikat adakah saham tersebut diparas overvalue ataupun undervalued.

 

Dapatkan $30 Percuma Disini

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai informasi pelaburan saham, ikuti kami di pautan telegram Market Dominance

 

Ikuti Kami Di Twitter : Market Demon 

Ikuti Kami Di Telegram : Market Demon

 

About Post Author

Leave a Reply

Your email address will not be published.